Monday, December 5, 2011

KEM LATIHAN BERSAMA PULAU PINANG - LAPORAN HARI KETIGA























Salam,

Hari ketiga yang merupakan hari terakhir kem dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan perbarisan pagi atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat. Seperi sesi pada hari kedua satu sesi aerobik juga turut dijalankan kepada semua yang terlibat. Selepas selesai sesi aerobik, atlet - atlet bersarapan dan seterusnya menjalani sesi latihan.Sukan Angkat Berat menjalani latihan 'standing clean and jerk' dan juga 'back extension'. Sukan Tinju pula menjalani latihan ringan seperti 'jogging', 'skipping','shadow boxing' ' speed punch' dan juga 'partner pedding'. Manakala bagi sukan Olahraga, menjalani latihan ' drill ABC ' dan juga sesi 'relaxation swimming'.

Acara penutup kem telah dijalankan pada jam 1.oo petang dan disempurnakan oleh Tuan Ketua Unit USPTN Kedah iaitu En Mohd Fairul Fadzli. Selain daripada itu, USPTN Pulau Pinang juga turut menyampaikan sedikit cenderahati kepada semua pegawai, jurulatih dan atlet Kedah yang terlibat dalam kem ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua urusetia, jurulatih dan atlet yang terlibat dalam kem ini terutamanya kepada pihak tuan rumah di atas layanan 5 bintang sepanjang program berlangsung. Diharapkan program seperi ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform perkongsian teknologi berkaitan aspek kejurulatihan dan program serta pembinaan sahsiah dan jati diri atlet yang cemerlang.

Kepada pihak USPTN Pulau Pinang, sekali lagi terima kasih diucapkan dan pihak kami bersedia untuk menjadi tuan rumah program ini pada masa hadapan.

' FIELD OF DREAMS '

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment