Sunday, December 4, 2011

KEM LATIHAN BERSAMA PULAU PINANG - LAPORAN HARI KEDUA
































Hari kedua kem dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan perbarisan pagi atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat. Bagi tujuan pemanasan badan, satu sesi aerobik juga turut dijalankan kepada semua yang terlibat. Selepas selesai sesi aerobik, atlet - atlet bersarapan dan seterusnya menjalani latihan secara bersama. Bagi latihan sesi pagi, sukan Angkat Berat menjalani latihan 'standing snatch from hang' dan juga 'free exercise'. Sukan Tinju pula menjalani latihan ringan seperti 'shadow boxing', 'skipping','school boxing' dan juga 'glove work'. Manakala bagi sukan Olahraga, latihan bukit telah dijalankan,

Sesi pada petang hari diteruskan pada jam 2.30 petang dengan sesi kelas. En Edward Da Silva iaitu Pegawai Psikologi dari MSN Pulau Pinang yang telah mengendalikan slot motivasi dan juga 'team bulding' untuk para atlet. Atlet telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membentangkan perbincangan kumpulan berkaitan sukan yang diceburi.Tujuan kelas ini ialah bagi membina dan mengukuhkan tahap keyakinan diri atlet .Sesi ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Sesi latihan petang bermula pada jam 5.30 petang dengan sukan Angkat Berat menjalani latihan 'back squat', 'clean pull' dan 'military press'. Banyak teknik angkatan berjaya diperbaiki oleh atlet kedua - dua negeri dalam sesi ini. Sukan Tinju pula menjalani latihan sparring dalam mengukur kemampuan atlet masing - masing. Olahraga pula menjalani latihan 'long run' selama 40 minit dan juga latihan teknik hayunan tangan.

Sesi diteruskan pada sebelah malam pada jam 8.30 malam oleh Cik Nordiana dari ISN Satelit Pulau Pinang dengan slot tayangan video motivasi dan pengurusan psikologi kepada semua atlet yang terlibat. Program berakhir pada jam 11.00 malam.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment