Sunday, May 8, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT








Tarikh: 04 Mei 2016 ( Rabu )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman ( JPM )
2. En Abdul Malek Desa ( JSM )
3. En Hanadzlah Bin Jalaludin ( Guru Peneyelaras )
4. En Mohd Farid Mohd Fauzi ( Ketua Unit USPTN )
5. En Vimalan A/L Palaniappan
6. Atlet – 21 Lelaki, 3 Perempuan



LATIHAN

1. Warm Up
2. Standing Clean & Jerk 80% - 90% x 2 x 6 set
3. Snatch Balance 80% - 90% x 2 x 6 set
4. Front Squat
5. Snatch Balance


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Semua atlet termasuk atlet baru ( Bakat ) akan menyertai Karnival Bakat Siri 1 / 2016 pada 12 hingga 15 Mei 2016 bertempat di Majlis Sukan Negeri Teregganu, Terengganu.


KECEDERAAN
- Tiada



PERALATAN
- Keadaan platform yang semakin uzur dan rosak.


PROGRAM BINAAN
- Perjumpaan bersama ibu bapa atlet akan diadakan pada 10 Mei 2016 bertempat di SMK Alor Janggus.



ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan semua atlet menjalani latihan dengan baik.
2. Atlet baru menjalani latihan dengan baik dan penumpuan latihan adalah dari segi teknik.
3. Kehadiran En Vimalan bagi memantau dan membuat penilaian jurulatih JPM.
4. Beberapa atlet mengalami masalah kesihatan dan masih lagi menjalani latihan dan PPn memaklumkan kepada jurulatih agar latihan ringan diberikan kepada mereka.
5. Latihan bersama atlet kebangsaan iaitu En Aznil Bidin dapat ,meningkatkan motivasi atlet dan menaikan semangat mereka dalam menceburi sukan angkat berat.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

No comments:

Post a Comment