Monday, May 23, 2016
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh: 22 Mei 2016 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus
KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman ( JPM )
2. En Abdul Malek Desa ( JSM )
3. En Hanadzlah Bin Jalaludin ( Guru Penyelaras )
4. Atlet – 20 Lelaki, 5 Perempuan
LATIHAN
1. Warm Up
2. Front Squat
3. Snatch Balance
4. Clean Pull
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Salah seoarang atlet wanita mengalami sedikit kecederaan ringan di bahagian tangan dan tidak mengalami kecederaan yang serius.
PERALATAN
- Paltform yang telah uzur dan bar yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah atlet yang semakin ramai.
PROGRAM BINAAN
- Satu program kem bakat akan diadakan dengan penglibatan semua atlet Program Bakat yang akan dijalankan pada bulan Ogos 2016.
ULASAN
1. Kehadiran atlet baru dan lama amat memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan baik.
2. Dengan kehadiran atlet yang ramai, jurulatih telah membahagikan kepada beberapa kumpulan yang dinilai mengikut angkatan semasa dan setiap kumpulan atlet telah diatur mengikut program latihan yang telah ditetapkan oleh jurulatih.
3. Guru penyelaras memaklumkan mengenai biasiswa sekolah yang akan diberi kepada atlet yang menunjukkan prestasi yang terbaik pada tahun ini.
4. PPN memberikan sedikit taklimat dan kata-kata motivasi kepada atlet yang bertanding pada masa akan datang.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi
Labels:
2016,
ANGKAT BERAT,
PEMANTAUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment