Tarikh : 02 Mac 2012
Masa : 4.00 PM
Tempat : SMK Alor Janggus, Alor Setar.
KEHADIRAN
1. Mohd Norshah Rizal Bin Ruslan
2. 6 Atlet Lelaki, 2 Wanita
LATIHAN
1. Back Squat.
2. Standing Snatch
3. Press.
UJIAN
1. Ujian Angkatan akan diadakan pada 9 Mei 2012 bagi
atlet-atlet SMK Alor Janggus.
PERTANDINGAN
1. 2 atlet wanita dari SMK Alor Janggus akan menyertai
Karnival Remaja Kebangsaan di Negeri Pahang. Atlet-atlet lain masih lagi tidak
melepasi had kelayakan yang ditetapkan.
KECEDERAAN
- Tiada -
PERALATAN
- Tiada -
PROGRAM BINAAN
1. Klinik Pengenalan Sukan dan TID akan diadakan di Daerah
Langkawi pada 06 hingga 07 Mei 2012 bertempat di SMK Tunku Putra, Langkawi.
Klinik dan TID akan diberi perhatian kepada pelajar wanita kerana atlet wanita
bagi sukan Angkat Berat Negeri Kedah masih lagi berkurangan. Cadangan bagi
mana-mana pelajar yang mengikuti TID ini dan terpilih akan ditempatkan di SMK
Alor Janggus untuk menjalani latihan seterusnya.
ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa
2. Ujian angkatan akan dijalankan pada atlet-atlet SMK Alor
Janggus sahaja kerana atlet-atlet SMK Tunku Anum sedang menjalani Latihan Pusat
FASA II di Pusat Kecemerlangan Sukan Angkat Berat, Rompin, Pahang. Ujian ini
akan dikendalikan oleh En. Mohd Norshah Rizal (JPM).
3. Jurulatih juga memaklumkan bahawa peralatan latihan
seperti Jerk Block dari SMK Tunku Anum akan dihantar ke SMK Alor Janggus dalam
masa terdekat ini.
4. Satu perbincangan akan diadakan bersama pihak sekolah
atau guru penyelaras sukan terbabit untuk memohon satu tempat latihan atau
kelas bagi menempatkan peralatan-peralatan yang akan diambil dari SMK Tunku
Anum supaya tidak rosak. Ini adalah kerana tempat latihan agak terbuka dan
risiko kerosakan peralatan agak tinggi memandangkan peralatan tersebut agak
berat dan mahal.
5. Jurulatih memaklumkan kehadiran atlet semakin baik
setelah diberi teguran. Atlet-atlet menjalankan latihan dengan baik dengan
menerima segala arahan dari jurulatih. Terdapat beberapa atlet yang agak
keletihan kerana waktu persekolahan sehingga pukul 3.30 petang akan tetapi
atlet-atlet tetap menjalani latihan dan mengikut program latihan yang
diberikan oleh jurulatih.
Sekian, terima kasih.
Laporan di sediakan oleh Akmal Hashim
No comments:
Post a Comment