Salam
Untuk makluman, setelah menjalani Klinik Pengenalan Sukan
dan TID di Daerah Kota Setar di SMK Alor Janggus bagi sukan Angkat Berat,
Berbasikal dan Olahraga dan SMK Kuala Nerang, Padang Terap bagi sukan Tinju
,satu lagi Klinik Pengenalan Sukan dan TID telah dijalankan di Daerah Langkawi.
Klinik dan TID ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :
Tempat : SMK Tunku
Putra, Langkawi
Tarikh : 06 Mei 2012
Masa : 10.00 pagi –
6.30 petang
Sukan : Angkat Berat
dan Olahraga
Sasaran umur :
Pelajar berusia 13 dan 14 tahun.
Penglibatan : 4
Pegawai, 4 Jurulatih dan 6 Atlet.
Program dimulakan dengan mempromosikan sukan dengan
mengadakan tayangan video, pengenalan peralatan sukan yang berkaitan
dan demo sukan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan program ini.
Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan lebih mendalam mengenai sukan Angkat
Berat dan Olahraga melalui taklimat dan penerangan dari Jurulatih
sukan berkaitan.
Setelah selesai sesi taklimat dan penerangan mengenai sukan
Angkat Berat dan Olahraga, pelajar-pelajar telah diuji dengan beberapa ujian
seperti berikut:
1. Standing
Broad Jump
2. Tekan
Tubi
3. Bangun
Tubi
4. Lompat
Menegak
5. Lari
Pecut 40M
6. Larian
800M
Seramai 82 pelajar telah terlibat dengan program Klinik
Pengenalan Sukan dan TID ini yang meliputi pecahan 50 pelajar lelaki dan 32
pelajar wanita. TID Sukan Angkat Berat pada kali ini lebih tertumpu
kepada pelajar wanita dimana hanya pelajar wanita sahaja menjalani ujian
spesifik oleh jurulatih iaitu Military Press dan Back Squat. Ini memandangkan
kekurangan atlet wanita yang berada di dalam program. Bagi Sukan Olahraga pula
tumpuan diberikan lebih kepada pelajar yang berbakat dalam acara balingan dan
larian jarak sederhana dan jauh ( middle and long distance ).
Bagi Sukan Angkat Berat seramai 14 pelajar wanita telah
lulus dalam ujian pertama dan pelajar-pelajar ini akan dipanggil untuk mejalani
latihan percubaan selama seminggu di PLN Sukan Angkat Berat iaitu di SMK Tunku
Anum Tunku Abdul Rahman.
Bagi Sukan Olahraga pula, seramai 18 pelajar lelaki telah
terpilih ini termasuk pelajar yang berbakat dalam acara middle dan long.
Pelajar –pelajar yang terpilih ini juga akan menjalani ujian yang lebih
spesifik dalam acara balingan, middle dan long di SMK Tunku Anum.
Setelah kedua-dua sukan ini menjalani ujian spesifik di SMK
Tunku Anum, hanya pelajar-pelajar yang berbakat yang akan ditawarkan menjalani
latihan bawah program Pelapis. Bagi Sukan Angkat Berat, pelajar yang telah
ditawarkan akan menjalani latihan dan akan ditempatkan di asrama SMK Tunku Anum
Tunku Abdul Rahman. Bagi Sukan Olahraga pula pelajar-pelajar yang telah
ditawarkan akan ditempatkan di asrama SMK Alor Janggus dan akan menjalani
latihan disana.
Antara yang terlibat dalam menjalankan program Klinik Pengenalan
Sukan dan TID ini adalah Ketua Unit USPTN Kedah, Encik Fairul Fadzli dimana
beliau juga turut turun padang untuk membantu menjayakan program ini. Selain
itu juga, terdapat wakil dari Majlis Sukan Negeri Kedah iaitu Encik
Ashwat serta beberapa pegawai USPTN Kedah terlibat dalam melancarkan
Klinik Pengenalan Sukan dan TID pada kali ini.
Rumusan
Program pada kali ini mendapat sambutan yang baik khususnya
bagi Sukan Angkat Berat dimana pelajar-pelajar wanita menunjukkan minat dan
bersungguh-sungguh untuk menjalani latihan sekiranya terpilih. Dimana Negeri
Kedah telah ketandusan atlet wanita. Sukan Olahraga juga tidak kurang hebatnya
kerana pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di bawah program pelapis.
Dari pemerhatian yang dibuat dari program ini,
pelajar-pelajar di Daerah Langkawi ini mempunyai fizikal yang baik serta
berbakat dalam Sukan Angkat Berat mahupun Sukan Olahraga.
Pihak USPTN Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak SMK Tunku Putra dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Diharapkan program ini mendapat sokongan yang baik dari semua pihak untuk menaikkan
nama Negeri Kedah seterusnya juga menaikkan nama Negara Malaysia.
Sekian.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
No comments:
Post a Comment