Sunday, March 6, 2011

BANTUAN LATIHAN OLAHRAGA @ SEK MEN JITRA









Jurulatih Olahraga USPTN Kedah, En Zamsairon B Mat Dan telah turun padang bagi mambantu pasukan olahraga Sek.men. Jitra sebagai persedian untuk membantu pasukan olahraga sekolah terbabit bertanding di Kejohanan Olahraga MSSD Kubang Pasu. Tarikh latihan di jalankan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 23 – 28 Februari 2011

Masa : 8.00 – 11.00 pagi

Tempat : Padang Sek.Men Jitra dan Stadium UUM Sintok

Aktiviti yang dijalankan sepanjang latihan.

Latihan

1. Program latihan dijalankan khas untuk pra pertandingan dan asas drill untuk pertandingan. Bagi atlet-atlet lontaran latihan ditumpukan kepada kekuatan dan teknik-teknik asas semasa pertandingan.

Perbincangan.

1. Pihak sekolah amat berbesar hati kerana mendapat tunjuk ajar dari jurulatih dan sokongan serta kerjasama dari pihak USPTN Kedah.

2. Jurulatih hanya menjalani latihan mengikut daya ketahan atlet dan asas yang betul kerana kebanyakan atlet baru mencuba dalam bidang olahraga. Dan ramai juga atlet yang berbakat dan mempunyai asas serta teknik yang betul.

3. Jurulatih memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah iaitu program yang dibuat oleh pihak sekolah terlalu singkat. Banyak latihan-latihan asas tidak dapat di buat oleh jurulatih kerana kekurangan masa.

4. Jurulatih memaklumkan kepada pihak sekolah supaya di masa-masa akan datang pihak sekolah akan membuat perancangan yang lebih awal untuk meningkatkan kecermerlangan sukan di sekolah pada masa yang akan datang.

5. Atlet memberi kerjasama yang amat baik serta komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan dan mereka amat berharap program seperti ini akan diteruskan lagi. Ini ialah kerana mereka tidak pernah menjalani latihan seperti yang dijalankan oleh jurulatih dengan latihan asas dan teknik-teknik yang tidak pernah mereka pelajari sebelum ini.

6. Di akhir latihan pihak sekolah serta atlet-atlet mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan jurulatih dan kerjasama dari USPTN Kedah.

Sekian,terima kasih.

1 comment:

  1. selamat maju jaya dalam bidang yg sihat dan amat membanggakan ...

    ReplyDelete