Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Kompleks Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah Darul Aman
KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Rizal Mohamad Radzi (Pengarah Msnk)
2. En. Nazri Bin Ahmad (Ketua Unit Elit Msnk)
3. En. Syahir Bin Shokri (Unit Ict Msnk)
4. En. Norashwat (Pegawai Msd Langkawi)
5. En. Affendy (Jurulatih Podium Pelayaran)
6. Cik Khairunhanna (JPM Msnk)
7. Atlet – 26 orang
LATIHAN
- Tiada
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
-Telah terima permohonan dari persatuan untuk menyertai kejohanan Terengganu Monsoon Cup 2017 dan akan diproses.
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN
1.Kunjungan Tuan Pengarah bersama pegawai dari Msnk adalah untuk membincangkan arah tuju perjalanan program sukan pelayaran bersama jurulatih dan persatuan bagi program pelapis hingga elit Negeri Kedah.
2. Tuan pengarah memberi masa kepada pihak persatuan untuk segera dapatkan cadangan nama jurulatih bagi menggantikan tempat jurulatih sedia ada, Khairunhanna dan cadangan nama bagi mengisi kekosongan jurulatih penuh masa dibawah Usptn Kedah.
3. PPN telah memperoleh senarai peralatan yang diperlukan sehingga bermulanya Temasya Sukan Malaysia 2018 dan akan diproses di peringkat Msnk.
4. Terdapat beberapa orang atlet yang layak dari pandangan jurulatih untuk mendapat Skim Kecemerlangan Atlet daripada Msnk dan nama nama tersebut akan dikaji di peringkat Msnk berdasarkan prestasi keputusan yang lepas dan semasa untuk kelulusan.
5. Mengenai permohonan ke Terengganu Monsoon Cup 2017, pihak Msnk bersetuju untuk membantu dari segi kewangan dan peruntukan selebihnya adalah dibawah tanggungan persatuan negeri.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Mohd Syafiq b. Md Ali.
No comments:
Post a Comment