Monday, July 3, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON







Tarikh: 29 Jun 2017 ( Khamis )
Masa: 3.30 Petang
Tempat: Dewan KBA, Kompleks Suka Menanti, Alor Setar

KEHADIRAN :
1. En. Ari Ansori ( JLN )
2. Puan Hildawati ( JLN )
3. Cik Ong Shu Voon ( JPM )
4. Tuan Pengarah MSNK : En Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi
5. Atlet : 25 lelaki, 28 wanita


LATIHAN

1. Agility
2. Mini Games
3. Perlawanan Pemilihan Atlet ke SUKMA Perak 2018


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Tiada


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Pada setiap Hari Ahad akan diadakan Program Penyesuaian Fizikal bagi atlet Badminton dan dikendalikan oleh ISN Kedah.


ULASAN

1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana para atlet masih lagi bercuti bersama keluarga.
2. Pihak KBA telah pun mencadangkan beberapa calon jurulatih dan pihak MSNK memohon untuk dirujuk kepada pentadiran MSNK dalam menentukan pemilihan jurulatih.
3. Tuan Pengarah juga hadir untuk bermain bersama atlet dan memantau latihan atlet.
4. Beberapa orang atlet Pelapis juga telah menerima Skim Kecemerlangan Atlet dan ini sedikit sebanyak dapat meningkat motivasi atlet untuk terus berjaya.
5. Beberapa atlet telah pun tersenarai dalam Program SUKMA Perak 2018 dan PPN memohon kepada pihak jurulatih untuk memantau prestasi mereka dari masa ke semasa.

SEkian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

No comments:

Post a Comment