Monday, May 30, 2016

LAPORAN PEMANTAIUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 29 Mei 2016 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman ( JPM )
2. En Abdul Malek Desa ( JSM )
3. En Hanadzlah Bin Jalaludin ( Guru Penyelaras )
4. Atlet – 8 Lelaki, 1 Perempuan


LATIHAN
1. Warm Up
2. Front Squat
3. Jerk Block
4. Clean Pull


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Tiada


KECEDERAAN

- Salah seoarang atlet wanita mengalami kecederaan dibahagian tangan dan telah mendapatkan rawatan di hospital. Tindakan susulan oleh PPN telah diambil untuk urusan tuntutan rawatan di hospital.



PERALATAN
- Paltform yang telah uzur dan bar yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah atlet yang semakin ramai.



PROGRAM BINAAN
- Satu program kem bakat akan diadakan dengan penglibatan semua atlet Program Bakat yang akan dijalankan pada bulan Ogos 2016 dan cadangan tempat adalah di Majlis Sukan Negeri Perlis.




ULASAN

1. Pada musim cuti sekolah ini, jurulatih telah menjalani latihan secara 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang.
2. Atlet dibahagikan mengikut kumpulan mengikut angkatan semasa dan kumpulan 1-3 diatur mengkut program pelapis dan kumpulan 4-5 mengikut program bakat. Hal ini kerana beberapa atlet yang telah mempunyai angkatan yang baik perlu diserapkan mengikut latihan yang sesuai dengan peningkatan dan kekuatan atlet tersebut dan program latihan adalah mengkiut latihan atlet Pelapis dan atlet yang mempunyai angkatan yang kurang dan perlu diberikan penekanan dari segi teknik berada dalam kumpulan 4-5 pula masih menjalani latihan dalam Program Bakat.
3. Kebanyakan atlet yang menjalani latihan di sesi pagi hadir lebih ramai berbanding petang dan ada juga atlet yang menjalani latihan di sesi pagi masih lagi jhadir menjalani latihan di sesi petang.
4. Pertambahan atlet yang semakin ramai terutamanya atlet wanita juga menunjukkan petanda positif dalam sukan angkat berat terutamanya dalam kalnagan pelajar sekolah ini.
5. Ada juga atlet yang masih bercuti bersama keluarga dan akan menjalani latihan semua pada hari Isnin ini.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

No comments:

Post a Comment