Tuesday, March 8, 2016

Laporan kejohanan 6th KFC-Perlis Open Regatta 2016







Kejohanan: Kejohanan 6th KFC-Perlis Open Regatta 2016
Tarikh: 4-6 March 2016
Tempat: Tasik Timah Tasoh, Perlis

Seramai 7 orang atlet optimist, 2 orang atlet laser 4.7, seorang laser radial, dan seorang laser standard menyertai kejohanan pada kali ini. Manakala seramai 3 orang jurulatih hadir semasa kejohanan berlangsung. Berikut adalah pecahan kelas masing-masing:

Optimist div A: 3 orang
Optimist div B: 3 orang
Optimist div C: 1 orang
Laser 4.7 women: 1 orang
Laser 4.7 men: 1 orang
Laser radial men: 1 orang
Laser std men: 1 orang


Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari menyaksikan sebanyak 7 race dapat dijalankan. Berikut adalah pecahan race dari hari pertama hingga terakhir:


Hari pertama: 2 race
Hari kedua: 4 raceHari ketiga: 1 race


Berikut adalah jumlah pingat yang diperolehi semasa kejohanan:


Syaidatul Athirah bt Sawal - Gangsa
Optimist div B


Iqbal Nazham bin Musmuliadi - Perak
Optimist div C


Natasya Nabila Bt Sawal - Emas
Laser 4.7 F Class


Adifakurdabakiah bin Mohd Latif - Gangsa
Laser 4.7 M Class


Mohd Danial bin Shahidan - Emas
Laser Radial M Class

Mohd dhiarurahman bin Rozaini - Gangsa
Laser Standard Class


Makluman daripada jurulatih, keputusan atlet adalah memberangsangkan dan boleh diperbaiki melalui latihan-latihan dan kejohanan pendedahan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali..

No comments:

Post a Comment