Thursday, September 11, 2014

LAWATAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 10 September 2014 ( Selasa )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 20 Lelaki, 9 Wanita


LATIHAN
1. Clean Pull
2 . Back Squat
3. Standing Snatch


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Bawah 16 dan 12 Tahun 2014.



KECEDERAAN
- Tiada



PERALATAN
- Majlis Sukan Negeri Kedah akan membantu segi penambaikan dewan terutamanya lantai dewan dan platform.



PROGRAM BINAAN
- Program Pendedahan Latihan Bersama Jurulatih Angkat Berat Pelapis Kebangsaan pada 15 hingga 19 September 2014 di Dewan Angkat Berat Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



ULASAN
1. Kehadiran atlet lama dan baru amat memuaskan dan atlet yang hadir adalah atlet yang telah dipilih oleh jurulatih untuk didaftarkan dalam program pada bulan Januari tahun hadapan.
2. Atlet baru menunjukkan prestasi yang memberansangkan dan ada atlet yang telah mampu untuk melakukan angkatan yang baik dengan bebanan yang semakin bertambah.
3. Salah seoarang atlet iaitu Nur Aisyah Binti Mahamud telah pun melapor diri untuk menjalani latihan bersama Pelapis Kebangsaan pada 7 September 2014 hingga 31 Disember 2014.
4. Jurulatih mencadangkan latihan bersama semua pusat latihan yang bertempat di Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment