Sunday, August 10, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT





Tarikh: 9 Ogos 2014 ( Sabtu )
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KEHADIRAN :
1. En. Md Nor Osman
2. Atlet – 8 Lelaki


LATIHAN
1. Standing Clean and Jerk 90 % x 6 set
2 . Wide Grip Jerk Press
3. Back Squat 90% x 6 set


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Antara Zon Akhir yang akan diadakan di Pahang.



KECEDERAAN
- Seorang atlet yang mengalami kecederaan pinggang telah hampir pulih dan akan sentiasa dipantau oleh jurulatih. Atlet tersebut adalah Nur Hamizan Abu Bakar.



PERALATAN
- Tiada



PRGRAM BINAAN
- Klinik dan TID Sukan Angkat Berat akan diadakan di SMK Alor Janggus pada 19 Ogos 2014 ( Selasa ).



ULASAN

1. Kehadiran atlet memuaskan dan beberapa atlet baru telah pun menjalani latihan di pusat latihan ini.
2. PPN berbincang dengan jurulatih untuk membawa atlet PPS yang berpotensi untuk bersekolah dan menjalani latihan di pusat latihan ini pada tahun hadapan.
3. PPN mencadangkan untuk mengadakan Kem Angkat Berat Kedah dan melibatkan 3 Pusat Latihan iaitu di SMK Alor Janggus, SMK Tunku Anum, dan Program PPS iaitu Pusat Latihan Sanglang serta akan menjemput jurulatih dari Pelapis Kebangsaan untuk turut serta dalam Kem ini.
4. PPN telah mencadangkan kepada pihak MSNk untuk membuka satu lagi pusat sokongan di SMK Bakai, Baling dan memohon peruntukkan dari pihak MSNK untuk menampung elaun jurulatih.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi.

No comments:

Post a Comment