Sunday, August 24, 2014
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh: 19 Ogos 2014 ( Selasa )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus
KEHADIRAN :
1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 32 Lelaki, 10 Wanita
LATIHAN
1. Standing Clean
2 . Clean Pull
3. Front Squat
4. Asas Back Squat ( Atlet Baru )
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Antara Zon Akhir yang akan diadakan di Pahang pada 09 – 12 Oktober 2014.
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Majlis Sukan Negeri Kedah akan membantu segi penambaikan dewan terutamanya lantai dewan.
PROGRAM BINAAN
- Kem Angkat Berat Dalaman akan diadakan pada musim cuti sekolah dan tarikh masih belum ditetapkan lagi.
ULASAN
1. Kehadiran atlet selepas Klinik dan TID Sukan diadakan amat memuaskan dan jurulatih sedang membuat beberapa ujian sebelum pemilihan akhir seterusnya atlet tersebut akan dimasukan ke dalam program.
2. Kehadiran atlet yang ramai menyebabkan dewan menjadiu sempit dan PPn akan berbincang dengan pihak sekolah untuk mempercepatkan proses memperbesarkan dewan secepat mungkin supaya atlet baru dan lama dapat berlatih dengan selesa dan baik.
3. Atlet wanita yang hadir diberi penekanan lebih kerana masih malu-malu dalam sukan ini dan peranan jurulatih serta PPN untuk menarik mereka supaya kekal dalam sukan ini.
4. Selepas pemilihan akhir akan diadakan perjumpaan pihak sekolah, USPTN Kedah dan ibu bapa atlet.
Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi
Labels:
2014,
ANGKAT BERAT,
PEMANTAUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment