Monday, June 16, 2014

LAWATAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 15 Jun 2014 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 10 Lelaki, 2 Wanita


LATIHAN

1. Standing Clean and Jerk 90 % x 6 set
2 . Back Squat x 8 set
3. Front Squat x 6 set

UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 2 / 2014 bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Keadaan platform yang rosak teruk dan sudah tidak dapat digunakan lagi.


PROGRAM BINAAN
- Program TID dan Klinik Sukan akan diadakan di SMK Alor Janggus dan tarikh belum ditentukan lagi.


ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.
2. PPN telah berbincang dengan pihak sekolah dan pihak sekolah bersetuju untuk menaiktaraf dewan ini dengan membaikpulih serta menambah 1 lagi ruang dewan untuk memperbesarkan dewan latihan sedia ada.
3. PPN diberitahu oleh pihak sekolah bahawa pihak JPN terutamanya Pengarah JPN Kedah akan membuat lawatan ke Pusat Latihan ini dan akan memberi peruntukkan kepada pihak sekolah untuk menaiktaraf pusat latihan ini berikutan kejayaan 2 atlet sekolah ini yang telah memperolehi 3 pingat gangsa di SUKMA Perlis 2014.
4. TID dan Klinik Sukan akan dijalankan sebelum puasa bagi menambah jumlah atlet terutamanya atlet wanita.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment