Sunday, May 11, 2014

6TH KFC – TUNKU LAXAMANA / NSC OPEN REGATTA 2014









NAMA KEJOHANAN : 6TH KFC – TUNKU LAXAMANA / NSC OPEN REGATTA 2014
TEMPAT : PORT DICKSON, N.SEMBILAN
TARIKH : 1 – 5 MEI 2014
STATUS KEJOHANAN : KEBANGSAAN


Kejohanan ini telah disertai oleh 11 pasukan yang terdiri daripada pasukan KSA, PSC, MSN Perak, Melaka, Pahang, Sabah, Johor, P.Pinang, Perlis, TESA dan satu pasukan dari luar negara iaitu pasukan BATAM dari Indonesia. Pasukan Pelapis Pelayaran Kedah telah menghantar seramai 10 orang atlet, seorang jurulatih, seorang pembantu jurulatih, dan seorang pegawai USPTN Kedah, dan seorang pegawai pengiring wanita. Berikut merupakan laporan sepanjang kejohanan :


Hari Pertama

- Semua atlet menjalani latihan fizikal pada pukul 7 pagi dan pertandingan berlangsung pada jam 2.30 petang. Semua atlet telah bersiap sedia dan kelengkapan bot yang disewa daripada Persatuan Perahu Layar N.Sembilan mengcukupi dan terdapat masalah pada bot laser 4.7 kerana keadaan bot yang kurang memuaskan. Keadaan angin pada perlumbaaan pada petang itu adalah 3 hingga 5 knot dan cuaca pula berada pada tahap 30c. Sebanyak 2 perlumbaan dapat dijalankan pada petang tersebut memandangkan kelajuan angin yang perlahan dan ini membei kelebihan kepada pelayar yang mempunyai beban tubuh badan yang ringan untuk memastikan bot dapat bergerak laju. Perlumbaan tamat pada pukul 6.30 petang.



Hari Kedua

- Perlumbaan pada hari kedua bermula pada pukul 10.30 pagi dan semua atlet telah bersiap sedia untuk turun ke laut. Persiapan dari segi keadaan bot dan layar di beri penekanan oleh jurulatih supaya tidak ada maalah akan timbul apabila perlumbaan dijalankan. Keadaan angin berkelajuan 4 hingga 7 knot dan cuaca mengjangkau 30c. Atlet diminta untuk sentiasa meminum air kerana cuaca yang sangat panas dan salah seorang atlet Int 4.20 Pelapis Kedah telah pitam ketika perlumbaan dijalankan dan terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Semua atlet menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan berada pada kedudukan yang baik untuk memperolehi pingat terutamanya dalam acara optimist. Perlumbaan tamat pada jam 5 petang.



Hari Ketiga

- Perlumbaan pada hari ketiga bermula pada jam 10.00 pagi dan semua telah berada di venue kejohanan pada jam 8.30 pagi untuk melakukan bot trim dan ‘setting boat’ dilakukan kerana keadaan angin semakin meneingkat/menurun. Kelajuan angin dijangka 6 – 8 knot dan perlumbaan berjalan dengan lancar. Salah seorang atlet mengalami alahan semasa berada dilaut dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jurulatih memberi penekanan mengenai kedudukan atlet semasa beada di starting line untuk lebih senang bergerak dengan lebih laju dan memastikan berada daam kedudkan yang baik untuk memperolehi pingat.
Berikut merupakan pungutan pingat yang diperolehi oleh Pasukan Pelayaran Pelapis Kedah :

Nama
Kategori
Pingat
Imran Hans Ring Vold
Optimist A
2 emas
Mohd Syafie Bin Ali
Optimist B
1 emas & 1 perak
Mohd Shahrul Fitri
Optimist C
1 emas

Diucapkan sekalung tahniah kepada semua atlet dan jurulatih serta diharapkan prestasi atlet dapat ditingkatkan lagi pada kejohanan akan datang dan seterusnya dapat memajukan sukan pelayaran Kedah.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

No comments:

Post a Comment