Monday, April 7, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PELAYARAN







Tarikh: 5 April 2014 ( Sabtu )
Masa: 7.00 Pagi hingga 3 Petang
Tempat: Kompleks Sukan Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah

KEHADIRAN :
1. En. Karimi Bin Abu Bakar (JPM)
2. Atlet – 10 Lelaki, 10 Perempuan

LATIHAN
1. Ujian Kecergasan
2. Teknik Tacking
3. Latihan Gybing
4. Mini Race

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Pelayaran Pelapis Kedah akan menyertai Kejohanan Ke 3 KFC - Perak Open Regatta pada 18 – 20 April 2014 bertempat di Marina Waterfront Lumut, Perak. Pasukan ini juga menjalani latihan untuk Pasukan Pelayaran SUKMA Kedah ke SUKMA Perlis 2014.

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Sesi latihan dimulakan dengan ujian kecergasan oleh jurulatih dan PPN seawal jam 7.00 pagi.
2. Sesi penerangan oleh jurulatih mengenai latihan yang akan dijalankan dan jurulatih memberi tempoh selama 1 jam 30 minit untuk atlet berehat setelah melakukan ujian kecergasan.
3. PPN berbincang dengan jurulatih mengenai penjagaan peralatan yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan ( KSA ) dan ini perlu dipatuhi oleh jurulatih.
4. Ketika latihan di laut, jurulatih menekankan teknik tacking dan gybing yang menjadi teknik asas bagi sukan pelayaran dan cara mengawal bot semasa keadaan kelajuan angin yang baik.
5. Kelajuan angin dijangka dalam lingkungan 7 -8 knot dan agak sesuai untuk menjalankan latihan bagi menjalani sesi latihan teknik tacking dan gybing.
6. Atlet baru menyertai dibawa dengan bot untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang latihan yang akan mereka sertai nanti.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment