Tuesday, February 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM BINAAN LATIHAN GIMNASTIK DI PLN KELANTAN









Program Latihan di Pusat Latihan Negeri Kelantan -Gimnastik Artistik

Seramai 7 orang atlet gimnastik artistik dan dua orang jurulatih separa masa (JSM) daripada pelapis Negeri Kedah telah dibawa untuk menyertai program latihan di PLN Kelantan pada 19-22 Februari 2014 yang lepas.

Objektif latihan ini di adakan adalah untuk memberi ruang kepada JSM untuk melatih atlet-atlet ke tahap skill yang lebih baik kerana kekangan yang dihadapi di pusat latihan sedia ada di negeri Kedah dan kelengkapan yang ada di PLN Kelantan. Selain itu, sdo yang hadir juga mahu melihat sendiri kondisi pusat latihan negeri Kelantan kerana JSM memaklumkan bahawa PLN Kelantan sesuai dijadikan contoh buat Kedah untuk membina gimnasium di PLN kelak.

Pasukan bertolak pada 19 haribulan menggunakan dua buah kereta dan menginap di Kenny Inn sepanjang dua hari program latihan dijalankan. Program latihan pada 20 haribulan bermula pada jam 8.30 pagi selepas sarapan. Sesi pagi berhenti pada jam 12.30 tengah hari dan disambung semula pada sesi petang bermula jam 3.00 petang hingga 6.30 petang.

Sesi pada hari kedua (21 haribulan) bermula pada jam 8.30 dan berehat sebentar pada jam 12.00 tengah hari untuk solat Jumaat. Latihan disambung semula bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam. Latihan selama dua hari ini fokus kepada latihan bagi acara 'vaulting' dimana gimnasium Kelantan yang mempunya 'pit' sesuai digunakan untuk meyakinkan atlet melakukan skill tanpa rasa takut.

Pasukan bertolak balik pada 22 haribulan pagi selepas sarapan dan tiba di Negeri Kedah pada jam 9.00 malam.

Pihak JSM berpuas hati dengan program yang dijalankan kali ini meskipun mengalami kekangan waktu latihan yang singkat kerana yakin prestasi atlet dapat ditingkatkan dengan lebih baik selepas latihan ini dan berharap kelak dapat menjalankan program yang sama dengan jangka masa lebih lama bagi memastikan atlet betul betul dapat impak daripada latihan yang dijalankan.

Daripada pihak USPTN Kedah, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak USPTN Kelantan atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang program diadakan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq bin Md. Ali.

No comments:

Post a Comment