Wednesday, May 29, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA







Tarikh: 29 Mei 2013 ( Selasa )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Stadium Darulaman.

KEHADIRAN : 
1. En. Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 2 Lelaki, 3  Perempuan

LATIHAN
1. Warm Up ( Lari 2 pusingan padang)
2. Drill ABC
3. Teknik Lari Berpagar.
4. Latihan Kekuatan ( Naik-Turun Tangga ) 

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Olahraga Kedah akan menyertai 2 kejohanan yang besar iaitu Kejohanan Terbuka Perlis 2013 pada 1 Jun hingga 2 Jun 2013 dan Kejohanan Terbuka Kedah 2013 pada 7 Jun hingga 8 Jun 2013.

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Seramai 4 orang atlet akan menyertai Kem Bakat Olahraga bagi Acara Lompatan dan Balingan pada 28 Mei hingga 3 Jun 2013  yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
- Seramai 2 atlet sedang menjalani Latihan bersama Jurulatih Olahraga Pelapis Kebangsaan pada 24 Mei hingga 4 Jun 2013 yang diadakan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpuir.
- Program Klinik dan TID Sukan akan diadakan di Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia, Sungai Petani, Kedah.

ULASAN
   1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Jurulatih memberi taklimat tentang latihan yang akan dijalankan dan memohon kepada atlet supaya fokus dan komited dalam latihan. 
3. Atlet dapat memahami dengan cepat setiap tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatih.   
4. Latihan berjalan dengan lancar dan penumpuan yang lebih diberikan kepada atlet yang menyertai  Kejohanan Olahraga Terbuka Olahraga Kedah 2013.

Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin Rodzi.

No comments:

Post a Comment