Tarikh : 25 Mei 2011
Tempat : Stadium Darul Aman
Masa : 8.00 PG - 10.30 PG
kehadiran :7 Orang atlet (full time), 1 Jurulatih.
Ujian Kecergasan (Shuttle Run 20M)
Tahap kecergasan atlet memuaskan dimana atlet-atlet tersebut menjalani latihan bermula pada pertengahan April 2011.
Daripada Ujian tersebut, setelah membuat perbincangan dengan jurulatih, atlet-atlet perlu membuat latihan endurance bagi acara balapan.
Jurulatih juga memaklumkan untuk acara balingan tahap kecergasan tersebut memuaskan kerana atlet-atlet balingan tidak memerlukan endurance yang banyak tetapi lebih kepada latihan Speed.
Level tertinggi adalah 8:6 dibuat oleh atlet dalam acara 400M dan terendah adalah 4:4 iaitu atlet acara peluru.
20M SHUTTLE RUN RECORD
1) Daripada keseluruhan 7 atlet, 3 atlet mencatatkan tahap minimum dalam ujian ini
2) 4 atlet mencatatkan tahap pertengahan dalam ujian ini.
3) Tiada atlet yang dapat mencapai tahap yang terbaik dalam ujian ini. Ini adalah kerana atlet-atlet sepenuh masa ini baru sahaja menjalani latihan pada pertengahan April 2011 yang lalu.
4) Dalam ujian ini, tahap kecergasan atlet-atlet agak memuaskan.
5) Jurulatih perlu memperbanyakkan latihan kecergasan bagi meningkatkan tahap endurance, strength, speed dan power atlet.
Latihan
Drill Hurdle.
5 exercise 2 set.
Latihan tersebut adalah untuk teknik hayunan dan asas kekuatan upper body dan lower body.
Akmal Hashim melaporkan dari Stadium Darul Aman.
No comments:
Post a Comment