Tarikh : 09 Mei 2011
Tempat : Stadium Darul Aman dan Majlis Sukan Negeri Kedah
Masa : 8.00 PG - 10.00 PG / 4.30 PTG - 6.30 PTG
Kehadiran : 8 Orang atlet, 1 Jurulatih.
LATIHAN
Sesi Pagi
(SPEED)
100m = 250m, 110m, 30m, 3 Kali (SPEED)
400m = 300m, 250m, 150m, 100m, 2 Kali (SPEED)
Tukul Besi, Cakera, Lembing (STANDING)
Baling Bola 20 Kali = 5 Set
Sesi Petang
Tukul Besi, Cakera, Lembing (TEKNIK & JARAK)
PEMANTAUAN
Atlet-atlet terbabit membuat persediaan untuk Kejohanan Terbuka Kedah pada 13 dan 14 Mei 2011.
Jurulatih memperbaiki teknik balingan atlet-atlet.
Atlet-atlet menerima segala teguran jurulatih dan memperbaiki balingan.
PERBINCANGAN
En. Zam Sairon iaitu Jurulatih Olahraga tidak dapat bersama pasukan kerana terlibat dengan Karnival Pelapis Negeri di Kelantan.
Oleh yang demikian seorang lagi JSM Olahraga USPTN Kedah iaitu En. Mahaligam dan juga seorang guru pengiring dari SMK Alor Janggus telah ditugaskan untuk menguruskan atlet-atlet yang terlibat pada kejohanan tersebut.
Untuk makluman, atlet-atlet lama yang kembali menjalani latihan adalah Mohamad Hafizal Bin Nanyan 19 Tahun (400m Hurdle), Mohd Helmi Bin Ahmad @ Awang 20 Tahun (100m, 200m), Noor Sharifuddin 20 Tahun (100m, 200m).
Dari perbincangan bersama-sama atlet, mereka menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan ingin menyertai kejohanan dengan lebih kerap lagi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal Hashim.
Laporan disediakan oleh Akmal Hashim.
No comments:
Post a Comment