Sunday, April 3, 2011

PEMANTAUAN @ PLN PELAYARAN,LANGKAWI















Satu sesi pemantauan bagi sukan pelayaran telah dijalankan seperti tarikh berikut:

Tarikh : 01 April 2011

Tempat : Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan.

Kehadiran : 12 orang atlet, 1 jurulatih(En. Sawal Bin Sahini JPM MSN Kedah)

Masa : 8.00 pg - 3.30 ptg.

PEMANTAUAN / AKTIVITI
1. Latihan dijalankan seperti berikut:
  • 8.00 pg - 10.00 pg - latihan fizikal dijalankan diperkarangan kompleks dan dijalankan oleh Cik Siti Noor Baidurah bt Afendy
  • 10.30 pg - 11.30 pg - Atlet membuat persiapan bot sebelum turun ke laut seperti memasang sail, tali dan lain-lain.
  • 11.30 pg - 1.00 tghari - Atlet mula menjalani latihan praktikal di dalam air (race signal, course arial). Anggaran tiupan angin ialah 7-8 knot.
  • 2.30 ptg - 3.30 ptg - Latihan disambung dan jurulatih terpaksa menamatkan latihan lebih awal kerana faktor cuaca yang kurang baik.
  • Jurulatih En. Musmuliadi Bin Mat tidak dapat hadir oleh kerana difahamkan terdapat hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
  • Didapati para atlet dan bot-bot latihan berada dalam keadaan yang baik.
2. Perjumpaan atlet dan perbincangan bersama Timbalan Presiden KSA iaitu En Afendy Bin Abdullah juga dijalankan pada hari tersebut. Berikut merupakan hasil dari perbincangan yang dijalankan:
  • Timbalan Presiden memaklumkan bahawa persatuan sentiasa menjalankan program pembangunan untuk atlet-atlet di bawah program.
  • Untuk makluman pada tahun 2010 persatuan telah menjalankan Program Cabaran KSA 2012 yang melibatkan penyertaan seramai 120 orang pelajar dalam lingkungan 7 hingga 15 tahun. Daripada jumlah tersebut seramai 60 orang telah disenarai pendek untuk manjalani latihan. Beliau juga memaklumkan latihan terpaksa dijalankan secara berfasa disebabkan kekurangan bot bagi acara optimist
  • Pihak USPTN Kedah memaklumkan bahawa, hanya 20 orang atlet terbaik sahaja akan didaftarkan dalam program bagi tahun 2011. Namun begitu bagi atlet yang selebihnya akan sentiasa dipantau dengan bantuan KSA.
  • Saranan untuk membantu program ini adalah dengan memberi bantuan seperti penganjuran Klinik.
  • Memohon kepada KSA supaya laporan kejohanan, pelarasan dan aktiviti dihantar pada masa yang telah ditetapkan oleh USPTN Kedah.
  • Memaklumkan kepada KSA untuk menghantar tuntutan minyak bagi bulan September hingga Disember 2011.
  • KSA memohon cadangan pertambahan JSM dipetimbangkan oleh pihak USPTN Kedah dan pihak Cawangan.

Pemantauan untuk tahun 2011 akan sentiasa dijalankan oleh pihak USPTN Kedah. Cadangan untuk pemantauan bagi PLN Pelayaran ini adalah sebanyak satu kali pemantauan setiap bulan.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim.


No comments:

Post a Comment