Tuesday, June 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN TID SUKAN MENEMBAK









Tarikh: 14 Jun 2017
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: SMK Pokok Sena 2

KEHADIRAN :
1. En. Zulkiffli bin Ismail (JPM MSNegeri)
2. En. Sazali bin Dzahuri (JSM USPTN)
3. Puan Nur Ira Mastura binti Baharum (SDO Sukan Menembak)
4.Puan Intan Marzida binti Md Noor (USPTN)
5.Cik Rozaiti binti Zaidin (USPTN)
6. Atlet: 90 orang

Program Pencarian Bakat baru bagi sukan Menembak telah diadakan di SMK Pokok Sena 2 pada 14 Jun 2017. Objektif utama TID ini diadakan adalah bagi mendapatkan bakat baru dalam sukan Menembak dan TID ini hanya dijalankan bagi pelajar tingkatan 1 sahaja. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dan pihak sekolah turut memberi galakkan bagi pelajar untuk menyertai sukan Menembak.

Seramai 90 orang pelajar telah menghadiri program pencarian bakat ini. Atlet-atlet yang terpilih akan di masukkan dalam program pelapis pada Januari 2017.

Program dimulakan dengan sesi ucapan daripada PK Kokurikulum SMK Pokok Sena 2 dan seterusnya taklimat daripada jurulatih. Selepas selasai program TID, Puan Nur Ira Mastura binti Baharum telah menerangkan tentang perjalanan program dari pelapis hingga ke peringkat elit sebagai makluman kepada pelajar-pelajar tersebut.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nur Ira Mastura binti Baharum

No comments:

Post a Comment