Sunday, May 14, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN TID SUKAN ANGKAT BERAT














Tarikh: 11 Mei 2017
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: SMK Alor Janggus


KEHADIRAN :
1. En. Abd Malik Bin Abd Rahman ( JPM )
2. En. Abd Malek bin Desa (JSM)
3. En. Norshahrizal bin Ruslan (JPM MSNegeri)
4. Atlet: 98 wanita


- Program Pencarian Bakat baru bagi sukan angkat berat telah diadakan di Pusat Latihan Negeri SMK Alor Janggus pada 11 Mei 2017. Objektif utama TID ini diadakan adalah bagi mendapatkan bakat baru dalam sukan angkat berat terutamanya atlet wanita.

Program yang dijalankan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak persatuan negeri, sekolah dan majlis sukan negeri.

Seramai 98 orang pelajar wanita menyertai program pencarian bakat ini dan kesemuanya berumur 13 tahun. Atlet-atlet yang terpilih akan di masukkan dalam program pelapis pada Jun 2017.

Antara ujian yang dijalankan adalah military press, squat with bar dan medicine ball throw.

Program dimulakan dengan sesi ucapan daripada Pengetua SMK Alor Janggus, wakil persatuan dan tuan pengarah MSN Kedah. Selepas selesai demonstrasi angkatan dan ujian yang dilakukan, En Hafizuddin telah menerangkan tentang perjalanan program dari pelapis hingga ke peringkat elit sebagai makluman kepada pelajar-pelajar tersebut.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq bin Md Ali.

No comments:

Post a Comment