Tuesday, May 16, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL








TARIKH :15 Mei 2017
MASA : 03.00 Petang
TEMPAT : SMK Tunku Putera, Baling

KEHADIRAN :
1. En. Mohd Ghaffuan Ghazali (JSM)
2. Pn Emy Nor Asmieza Mohd Nor ( ISN Kedah
3. Pn Nuralyaa Rosli ( ISN Kedah )
4. En Abdul Hadi Bin Hussain ( ISN Kedah )
5. En Muhamad Syukri Bin Shamsuddin
6. Atlet: 3 Wanita/ 1 Lelaki


LATIHAN :
- Latihan Kecergasan ( Warm Up )
- 70 km dengan anggaran 40km kelajuan
- 4 X 200 M Sprint

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Tiada



PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan dan salah seorang atlet wanita telah mengalami kecederaan dan direhatkan dalam menjalani latihan.
2. Pemantauan ini juga melibatkan pihak ISN Kedah dan perbincangan telah dijalankan untuk dijalankan ujian kecergasan dan spesifik. Ujian ini akan dijalankan pada 22 Mei 2017 bertempat di MSNK.
3. Kekangan peralatan terutama basikal amat memberi kesan dalam pencarian atlet baru dan permohonan pembelian peralatan telah diberikan kepada pihak MSNK dan masih lagi dalam pertimbangan pihak pentadbiran MSNK.
4. En Ghaffuan Ghazai telah dilantik sebagai jurulatih Sepenuh Masa ( JPM ) bermula pada 16 mei 2017 dan akan ditempatkan di Alor Setar. Atlet yang berada di bawah kendalian En Ghaffuan akan dipindahkan ke SMK Mergong dan sekarang proses penginapan asrama dan pertukaran sekolah sedang dijalankan.
5. Sukan Berbasikal juga dimasukan dalam program HPT dibawah pemantauan pihak ISN Kedah dan cadangan dari PKU bahawa sukan berbasikal trek dan road akan diselraskan dari segi program memandangkan En Ghaffuan akan berpindah ke Alor Setar serta penyeragaman latihan bersama jurulatih JPM negeri akan dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohamad Rodzi.

No comments:

Post a Comment