Tuesday, May 3, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH







Tarikh: 1 Mei 2016
Tempat: Sek Men Keb Sik

Kehadiran jurulatih usptn:
1) En Nadzry Bin Hashim
2) En Kamal Arriffin


Kejohanan Memanah Terbuka Sik pada tahun ini merupakan antara kejohanan yang besar dimana terdapatnya penyertaan-penyertaan daripada pasukan luar Negeri Kedah Darul Aman. Kejohanan ini merupakan inisiatif kepada atlet-atlet memanah daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sik sendiri dan dianggap antara kejohanan terbaik bagi atlet-atlet memanah pelapis Kedah khususnya sebagai kejohanan pendedahan kepada mereka.

Kesemua atlet-atlet yang bertanding adalah di bawah nama sekolah masing-masing.


Berikut adalah pecahan jumlah keseluruhan atlet yang bertanding pada Kejohanan Memanah Terbuka Sik kali ini:


Lelaki bawah 12 tahun: 34 orang
Wanita bawah 12 tahun: 32 orang
Lelaki bawah 15 tahun: 36 orang

Wanita bawah 15 tahun: 35 orang
Lelaki bawah 18 tahun: 16 orang
Wanita bawah 18 tahun: 11 orang


USPTN Kedah menghargai usaha daripada pihak sekolah yang mengadakan kejohanan peringkat umur seperti ini kerana ia merupakan sebagai salah satu kejohanan pendedahan bagi atlet-atlet memanah baru.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq b. Md Ali.

No comments:

Post a Comment