Sunday, June 21, 2015

KEJOHANAN PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2015 - ANGKAT BERAT






Kejohanan Pelapis Zon Utara Sukan Angkat Berat Siri 2/2015.
Tarikh : 12 - 13 Jun 2015.
Tempat : Dewan Terbuka SMK Alor Janggus.



12.06.2015 (HARI PERTAMA)


Jam 4.00 petang, pendaftaran atlet bagi setiap pasukan dijalankan dimulai oleh pasukan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kedah umur bawah 12 tahun lelaki 5 orang lelaki dan 2 orang atlet wanita. bawah 15 tahun, 14 lelaki dan jumlah keseluruhan 19 atlet lelaki dan 2 orang atlet wanita dimana. Perlis, umur bawah 12 tahun lelaki 1 orang dan wanita 3 orang dan jumlah keseluruhan 8 lelaki dan 5 orang wanita. Pulau Pinang, umur bawah 12 tahun lelaki 6 orang, wanita 1 orang. Umur bawah 15 tahun lelaki 22 orang, wanita 2 orang atlet dan jumlah keseluruhan 28 orang atlet lelaki dan 3 orang atlet wanita. Jumlah keseluruhan bagi kontinjen Kedah, Perlis dan Pulau Pinang seramai 54 orang atlet lelaki dan 10 orang atlet wanita.

jam 5.00 petang, mesyuarat pengurus pasukan diadakan bertempat di bilik mesyuarat SMK Alor Janggus disertai En.Mohd Farid B Muhammad Fauzi (pengerusi), En. Hanadzlah B Hassan (wakil SMK Alor Janggus), En. Hafizzudin B Rodzi, En. Muhammad Syahir B Mohamed Sabri (PPN USPTN.Kedah), En. Abdul Malek B Abd Rahman (ketua teknikal kejohanan), jurulatih dari setiap negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.


Jam 6.00 petang, timbang berat badan setiap atlet dijalankan di dewan terbuka SMK Alor Janggus diselia oleh teknikal-teknikal kejohanan.

13.06.2015 (HARI KEJOHANAN)


Jam 8.00 pagi, kejohanan dimulakan dengan acara bagi kategori wanita bawah 12 tahun untuk semua kategori. Selepas itu kategori wanita bawah 15 juga semua kategori dijalankan serentak. Sesi tengah hari diakhiri dengan kategori lelaki bawah 12 tahun untuk semua kategori.

Jam 12.30 tengah hari 2.00 petang kejohanan dihentikan sebentar bagi memberi laluan untuk waktu rehat. Seterusnya dimulakan dengan kategori lelaki 50kg bawah 15, kategori 56kg dan 62kg, 69kg, 77kg, -85kg dan diakhiri dengan kategori +85kg. Upacara penyampaian hadiah dibuat oleh En.Mohd Farid B Muhammad Fauzi (KU.USPTN Kedah), En. Hanadzlah B Hassan (wakil SMK Alor Janggus) dan En. Mohd Syafiq B Ali (PPN. USPTN, Kedah

Sekian, terima kasih.
 Laporan disediakan oleh En. Mohd Syahir b. Mohd Sabri.

KEJOHANAN PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2015 - OLAHRAGA







Kejohanan Pelapis Zon Utara Sukan Olahraga Siri 2/2015.
Tarikh : 13 - 14 Jun 2015.
Tempat : Stadium Mini SMK TATAR, Jitra.



13.06.2015 (HARI PERTAMA)


Jam 10.00 pagi, Mesyuarat pengurus pasukan diadakan di bilik mesyuarat MSN.Kedah. Dipengerusikan oleh En.Idris Saad (JSM USPTN.Kedah) dan dihadiri oleh PPN dari setiap negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kecuali wakil SMK TATAR tidak dapat hadir. Kedah, umur bawah 13-14 tahun menghantar atlet 12 orang atlet lelaki dan 1 orang atlet wanita dan atlet bawah 15-16 tahun, 13 lelaki dan 9 orang atlet wanita dengan jumlah keseluruhan 25 orang atlet lelaki dan 20 orang atlet wanita. Perlis, umur bawah 13-14 tahun menghantar atlet 4 orang lelaki dan 3 orang atlet wanita. Manakala atlet bawah 15-16 tahun, 8 lelaki dan 1 orang atlet wanita dengan jumlah keseluruhan 12 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet wanita. Pulau Pinang, umur bawah 13-14 tahun menghantar 10 orang atlet lelaki dan 10 orang atlet wanita dan atlet bawah 15-16 tahun, 3 lelaki dan 7 orang atlet wanita dengan jumlah keseluruhan 13 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita. SMK TATAR, umur bawah 13-14 tahun menghantar 3 orang atlet lelaki dan 1 orang atlet wanita. Mesyuarat ditamatkan jam 11.00 pagi.


14.06.2015 (HARI KEJOHANAN)


Jam 8.30 pagi, kejohanan dimulakan dengan acara trek dan balapan. Kesemua acara dihabiskan terlebih dahulu sebelum acara padang dimulakan jam 11.30 pagi. Kesemua acara dapat dihabiskan pada jam 2.00 petang dan upacara penyampaian hadiah dimulakan.

Upacara penyampaian hadiah dibuat oleh En.Mahadzir Baharom Kassim (KU.USPTN Perlis). Kejohanan berakhir jam 3.00 petang.








Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syahir b. Mohd Sabri.

KEJOHANAN PELAPIS ZON UTARA SIRI 2 / 2015- SEPAK TAKRAW






Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2 / 2015 telah membuka tirai pada tahun 2015 dimana Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah telah terpilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah dan Persatuan Negeri. Kejohanan ini melibatkan 5 jenis sukan iaitu Tinju, Olahraga, Angkat Berat, Memanah dan Sepak Takraw dan ia berlangsung selama 3 hari di venue yang berlainan iaitu sukan Memanah, Tinju & Sepak Takraw (Kompleks Sultan Abdul Halim), iaitu Angkat Berat (SMK Alor Janggus), dan Olahraga (SMK Tunku Anum).

Berikut merupakan laporan bagi sukan Sepak Takraw :

Hari Pertama

Tarikh : 12 Jun 2015 ( Jumaat )

Masa : 6.00 petang

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan di bilik mesyuarat MSNK pada jam 6.00 petang dan semua jurulatih dan PPN setiap negeri yang bertanding hadir dalam mesyuarat ini. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah dari segi jumlah penyertaan bagi setiap negeri, perubahan atlet dalam regu, dan jadula pertandingan. Pengarah Pertandingan bagi sukan ini telah dikendalikan oleh En Jayasuria Jaafar yang juga merupakan Pengerusi Teknik Sukan Sepak Takraw bagi Negeri Kedah. Berikut merupakan statistik atlet bagi setiap negeri bagi sukan sepak takraw :



BIL
PASUKAN
JUMLAH ATLET
JUMLAH
U12
U14
U16
1.
KEDAH
4
11
11
26
2.
PERLIS
8
11
13
32
3.
P.PINANG
0
11
11
22

JUMLAH
12
33
35
80



Mesyuarat ini tamat pada jam 7.30 malam.



Hari Kedua
Tarikh : 13 Jun 2015 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi

Pada hari ini, Kategori Bawah 12 Tahun membuka tirai gelanggang sepak takraw dengan 10 perlawanan akan dijalankan dan sebanyak 4 pasukan ( regu ) didaftarkan. Kategori Bawah 12 Tahun dijalankan secara pusingan dan mata yang terbanyak akan dipilih sebagai johan dalam kategori ini. Selain itu juga, kategori Bawah 14 Tahun juga dijalankan serentak pada hari pertama dengan 6 pasukan yang akan bertanding dan ia dibahagikan kepada 2 kumpulan. Perlawanan separuh akhir dan akhir akan dijalankan pada hari terakhir kejohanan. Gelanggang C pula membuka tirai bagi kategori Bawah 16 tahun dengan 7 pasukan yang bertanding dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Perlawanan separuh akhir dan akhir juga akan dijalamnkan pada hari terakhir kejohanan. Semua perlawanan tamat pada jam 5.00 petang dan akan bersambung pada keesokan harinya. Secara keseluruhan pengelolaan kejohanan pada hari kedua berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang.

Hari Terakhir
Tarikh : 14 Jun 2015 ( Ahad )
Masa : 8.00 pagi

Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan antara perlawanan yang akan dijalankan pada hari ini adalah kategori double bawah 14 tahun dan 16 tahun.Selain itu juga perlawanan separuh akhir dan akhir juga dijalankan bagi kedua-dua kategori. Semua perlawanan dijalankan tanpa ada sebarang gangguan dan semuanya berjalan dengan baik. Semua perlawanan tamat pada jam 12 tengahari dan acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit USPTN Kedah, En Mohd Farid Mohd Fauzi dan En Adnan Saidin iaitu Raja Sepak Takraw Malaysia serta merangkap Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Kedah.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

KEJOHANAN ZON UTARA SIRI 2 / 2015 - SUKAN TINJU










Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2 / 2015 telah membuka tirai pada tahun 2015 dimana Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah telah terpilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah dan Persatuan Negeri. Kejohanan ini melibatkan 5 jenis sukan iaitu Tinju, Olahraga, Angkat Berat, Memanah dan Sepak Takraw dan ia berlangsung selama 3 hari di venue yang berlainan iaitu sukan Memanah, Tinju & Sepak Takraw (Kompleks Sultan Abdul Halim), iaitu Angkat Berat (SMK Alor Janggus), dan Olahraga (SMK Tunku Anum).

Berikut merupakan laporan bagi sukan Tinju :

Tarikh : 12 Jun 2015 ( Jumaat )
Masa : 8.00 malam

Hari Pertama :

Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2 / 2015 bagi sukan tinju dimulakan dengan ketibaan kontingen setiap negeri ke penginapan masing-masing dan semua negeri tiba selewat-lewatnya jam 5.30 petang. Mesyuarat Pengurus Pasukan Tinju telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Kedah pada jam 8.00 malam. Mesyuarat ini diadakan bagi memberikan taklimat mengenai perjalanan kejohanan dan memaklumkan mengenai perubahan jadual dan atlet negeri masing-masing. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Kedah iaitu En Mohd Farid bin Mohd Fauzi dan turut dihadiri oleh Penyelaras Sukan Tinju MSNK ( Pengarah Pertandingan ), 2 orang hakim dari Persatuan Tinju Kebangsaan, Jurulatih serta PPN Negeri yang terlibat. Penekanan mengenai atlet yang telah bertanding dalam sirkit kebangsaan tidak dibenarkan bertanding amat dititkberat dan pengerusi memberi penegasan berkaitan hal demikian. Mesyuarat tamat pada jam 9.30 malam. Berikut merupakan statistic penyertaan bagi setiap pasukan :

BIL
PASUKAN
JUMLAH ATLET
JUMLAH
U14
U16
1.
KEDAH
8
5
13
2.
PERLIS
3
7
10
3.
P.PINANG
9
3
12

JUMLAH
20
15



Hari Kedua
Tarikh : 13 Jun 2015
Masa : 8.00 pagi
Sesi Pagi :

Pada jam 8.00 pagi pemeriksaan perubatan dan timbang berat dijalankan di bilik teknikal / gym silat Majlis Sukan Negeri Kedah dan pemeriksaan perubatan telah dikendalikan oleh pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah. Setelah selesai pemeriksaan perubatan diteruskan dengan timbang berat setiap atlet yang bertanding bagi menentukan kategori yang bakal atlet sertai dan timbang berat ini telah dikendalikan oleh para jurulatih dan teknikal pertandingan. Undian dijalankan setelah selesai timbang berat dengan semua jurulatih hadir dalam sesi undian ini. Undian tamat pada jam 10.30 pagi dan pertandingan bermula pada jam 2.00 petang.




Sesi Petang :

Perlawanan bermula pada jam 2.30 petang setelah kehadiran pasukan perubatan. Perlawanan berlangsung dengan baik dan lancarnya tanpa ada sebarang kecederaan teruk. Banyak perlawanan yang berlangsung adalah perlawanan suku akhir kerana penyertaan atlet hanyalah seramai 35 orang dan beberapa perlawanan dijalankan ke perlawanan akhir pada keesokan harinya. Perlawanan tamat pada jam 6 petang.



Hari Terakhir
Tarikh : 14 Jun 2015 ( Ahad )
Masa : 2.00 petang

Hari terkahir kejohanan bermula pada jam 2.30 petang dengan 8 bout dijalankan pada hari ini dan kesemuanya adalah perlawanan akhir. Semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku kepada atlet sepanjang perlawanan diadakan. Perlawanan tamat pada jam 5.00 petang dan hadiah pemenang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis iaitu En Syaiful Rizal Bin Mohd Shukri serta Ketua Unit Kedah En Mohd Farid Mohd Fauzi. Tahniah kepada semua pemenang.

Wednesday, June 10, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU






Tarikh: 09 Jun 2015 ( Selasa )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: SMK Baling, Baling

KEHADIRAN :


1. En. Ganesan A/L Ramasamy ( JSM )
2. En Azri Ibrahim ( JSM )
3. Atlet – 13 Lelaki



LATIHAN

1. Warm Up
2. Latihan Kecergasan
3. Boxing Drills ( Punching, Defending, Covering )
4. Mini Sparring



UJIAN

- Tiada




PERTANDINGAN
- Pasukan Tinju Pelapis Kedah mempersipkan diri untuk ke Kejohanan Tinju Peringkat Zon Utara Siri 2 / 2015 yang akan diadakan pada 12 hingga 14 jun 2015 bertempat di Majlis Sukan Negeri Kedah.




KECEDERAAN
- Tiada



PROGRAM BINAAN
- Tiada



ULASAN

1. Semua atlet menjalani latihan seperti biasa.
2. Atlet yang hadir menjalani latihan kebanyakkanya akan menyertai Kejohanan Zon Utara Siri 2 / 2015.
3. PPN memberi taklimat mengenai kejohanan dan maklumat mengenai persiapan kejohanan, penginapan, dan perjalanan atlet ke kejohanan zon nanti.
4. Jurulatih memaklumkan mengenai atlet yang menginap di asrama mengalami masalah untuk hadir ke latihan kerana atlet ini bersekolah dan menginap di asrama sekolah di luar PLN.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi