Wednesday, May 27, 2015

Laporan Pemantauan Sukan Skuasy








Tarikh : 26 Mej 2015
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Gelanggang Skuasy, Kompleks Sukan Muadzam Shah

Kehadiran
Jurulatih: En. Chong Pak Kau
Atlet: 8 L, 8 W


LATIHAN
1. Wamp up
2. Latihan Sparing Partner
3. Run Court

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
Raket skuasy dan bola


PROGRAM BINAAN
Tiada


ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa.


2.Hasil daripada TID yang dilakukan oleh pihak persatuan dengan kerjasama PPD pada 23 Mei 2015 yang lepas, seramai 26 orang atlet baru yang berumur 5-7 tahun daripada 50 orang atlet yang hadir telah terpilih untuk dimasukkan ke dalam program pada sesi Jun 2015.


3. Hasil perbincangan dengan jurulatih, satu kejohanan tertutup akan diadakan pada akhir tahun ini. Kejohanan ini bertujuan untuk memberi pendedahan pertandingan kepada atlet-atlet baru.

Sekian, terima kasih.
Laporan pemantauan disediakan oleh En. Mohd Syafiq b. Md Ali.

Laporan Pemantauan Sukan Gimnastik Artistik








Tarikh: 25 Mei 2015
Masa: 6.30 Petang
Tempat: SK Jitra 3.

Kehadiran:
1. En. Faiz Bin Azmeer

2. En Sabri Bin Mansor

3. Atlet - 11 lelaki , 5 wanita

LATIHAN
1. Latihan melembutkan badan

2. Latihan kecergasan

3. Latihan kekuatan (strength)

4. Latihan memperkemaskan rutin masing-masing
UJIAN
-Tiada


PERTANDINGAN
-Kejohanan MSSM Sukan Gimnastik 2015 bertempat di SSM Pahang pada 7-13 Jun 2015.

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
-Spring board
-Matress

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN

1. Seramai 24 orang atlet yang menjalani latihan di bawah kendalian Jurulatih En Faiz dan En sabri menyertai kejohanan MSSM yang akan datang.

2. Jurulatih memaklumkan bahawa latihan pusat bagi MSSM akan bermula pada 30 Mei 2015 hingga 6 Jun 2015 bertempat di SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah.
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

Sunday, May 24, 2015

JAWATAN KOSONG - PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN (S27) DI USPTN KEDAH



SYARAT LANTIKAN


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;


a) Warganegara Malaysia;


b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia @ kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan; atau


(ii) Diploma dalam bidang Sains Sukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Dan


d) Lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia & sukan)



Sila hantar resume anda kepada ;

Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah
d/a Majlis Sukan Negeri Kedah
Stadium Sultan Abdul Halim
Jalan Suka Menanti
05150 Alor Setar
Kedah


Tel : 04-7351980 / 7352015

Tarikh tutup : 18 Jun 2015 (KHAMIS)

Sunday, May 17, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU








Tarikh: 15 Mei 2015 ( Jumaat )
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: SMK Baling, Baling

KEHADIRAN :
1. En. Ganesan A/L Ramasamy ( JSM )

2. En Azri Ibrahim ( JSM )

3. Atlet – 18 Lelaki



LATIHAN

1. Warm Up

2. Latihan Kecergasan

3. Boxing Drills ( Punching, Defending, Covering )

4. Mini Sparring



UJIAN

- Tiada


PERTANDINGAN

- Pasukan Tinju Pelapis Kedah mempersipkan diri untuk ke Kejohanan Tinju Peringkat Zon Utara Siri 2 / 2015 yang akan diadakan pada 12 hingga 14 jun 2015 bertempat di Majlis Sukan Negeri Kedah.


KECEDERAAN

- Tiada


PROGRAM BINAAN

- Satu ujian kecergasan akan diadakan pada 22 Mei 2015 bertempat di Dewan tertutup SMK baling dan turut disertai oleh atlet memanah.


ULASAN

1. Semua atlet menjalankan latihan seperti biasa dan berjalan dengan lancar.

2. Kehadiran atlet amat memuaskan dan kebanyakkan atlet baru yang akan bertanding di kejohanan zon hadir menjalani latihan.

3. PPN memberi sedikit taklimat mengenai kejohanan sirkit yang masih belum ditentukan oleh Persatuan Tinju Kebangsaan dan masih lagi belum mendapatkan maklumat mengenai kejohanan tersebut.

4. PPN dan jurulatih melakukan sedikit perbincangan mengenai Kejohanan Tinju Zon Utara Siri 2 / 2015 dan Kedah akan menjadi tuan rumah pada kejohanan ini. Beberapa perkara dibincangkan seperti dari segi teknikal, juri dan persiapan tempat kejohanan.

Sekian Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Monday, May 11, 2015

Laporan Kejohanan KFC 17th Tunku Laxamana Open Regatta 2015 (Hari Ke 3)








Kejohanan: Kejohanan KFC 17th Tunku Laxamana Open Regatta 2015
Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: 8-10 Mei 2015


Laporan hari ketiga


Kejohanan pada hari ketiga bermula pada jam 10.30 pagi. Sebanyak 3 race diadakan pada hari kedua bagi kategori optimist dan 2 race diadakan bagi kategori windsurf dan laser 4.7. Berikut adalah keputusan penuh bagi setiap kategori acara buat atlet pelapis Kedah selepas selesai kesemua 9 race:


Optimist A: Hasrizal Akmal (No.8), Syukri Hakim (No.14) & Mohd Farid (No.19).
Optimist B: Shahrul Fitri (No.1), Shahidatul Athirah (No.13) & Syarifah Alia (No.5).
Optimist C: Mohd Azahar (No.7).
Windsurf: Mohd Naim (No.7).
Laser 4.7: Adifakurbakiah (No.2).


Sesi penyampaian hadiah diadakan selepas tamat perlumbaan pada hari terakhir. Tahniah kepada semua atlet dan jurulatih pelapis Kedah yang terlibat semasa kejohanan ini. Pasukan akan bergerak balik ke Kedah pada pagi ini.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

Sunday, May 10, 2015

Kejohanan KFC 17th Tunku Laxamana Open Regatta 2015 ( Hari Ke 2 )









Kejohanan: Kejohanan KFC 17th Tunku Laxamana Open Regatta 2015
Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: 8-10 Mei 2015


Laporan hari kedua


Kejohanan pada hari kedua bermula pada jam 10.30 pagi. Sebanyak 5 race diadakan pada hari kedua bagi kategori optimist dan 6 race diadakan bagi kategori windsurf dan laser 4.7. Berikut adalah keputusan penuh bagi setiap kategori acara buat atlet pelapis Kedah selepas selesai pertandingan pada hari kedua:


Optimist A: Hasrizal Akmal (No.10), Syukri Hakim (No.15) & Mohd Farid (No.17).
Optimist B: Shahrul Fitri (No.1), Shahidatul Athirah (No.13) & Syarifah Alia (No.4).
Optimist C: Mohd Azahar (No.6).
Windsurf: Mohd Naim (No.7).
Laser 4.7: Adifakurbakiah (No.3).


Perlumbaan pada hari kedua tamat pada jam 5.30 petang.
Kejohanan pada hari ketiga dan terakhir bermula pada jam 9.00 pagi ini.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Mohd Syafiq b. Md Ali. 

Kejohanan KFC 17th Tunku Laxamana Open Regatta 2015 ( Hari Pertama)






Kejohanan: Kejohanan KFC 17th Tunku Laxamana Open Regatta 2015
Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: 8-10 Mei 2015


Laporan hari pertama


Seramai sembilan orang atlet pelapis negeri Kedah telah sertai kejohanan pada kali ini mengikut acara seperti berikut:


Optimist A: 3 lelaki
Optimist B: 1 lelaki 2 wanita
Optimist C: 1 lelaki
Windsurf: 1 lelaki
Laser 4.7: 1 lelaki


Atlet-atlet pelapis Kedah memulakan physical training pada jam 7.00 pagi sebelum mula kejohanan yang berlangsung pada sesi petang.


Kejohanan pada hari pertama bermula pada jam 3.00 petang dan hanya menyaksikan satu perlumbaan sahaja dilakukan bagi kategori optimist manakala dua perlumbaan bagi kategori windsurf dan laser 4.7. Keputusan daripada perlumbaan pada hari ini bagi atlet pelapis Kedah adalah seperti berikut:


Optimist A: Hasrizal Akmal (No.7), Syukri Hakim (No.11) & Mohd Farid (No.15).
Optimist B: Shahrul Fitri (No.1), Shahidatul Athirah (No.11) & Syarifah Alia (No.13).
Optimist C: Mohd Azahar (No.1).
Windsurf: Mohd Naim (No.5).
Laser 4.7: Adifakurbakiah (No.12).


Perlumbaan pada hari pertama tamat pada jam 5.30 petang sebelum acara makan malam yang diadakan pada jam 8.00 malam.


Kejohanan pada hari kedua akan bermula pada jam 9.00 pagi esok.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh EN. Mohd Syafiq b. Md Ali.

Thursday, May 7, 2015

Laporan Pemantauan Sukan Gimnastik Artistik







Tarikh: 7 Mei 2015
Masa: 12.30 Tengah Hari
Tempat: SK Jitra 3.

Kehadiran:
1. En. Faiz Bin Azmeer

2. En Sabri Bin Mansor

3. Atlet - 11 lelaki , 12 wanita

LATIHAN
1. Latihan melembutkan badan

2. Latihan fizikal

3. Latihan kekuatan (strength)

4. Latihan mengikut rutin kategori masing-masing
UJIAN
-Tiada


PERTANDINGAN
-Kejohanan MSSK Sukan Gimnastik 2015 bertempat di SMK Pulau Nyior dari 7 Mei 2015- 10 Mei 3015

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
-Spring board
-Matress
-Parallel bar

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN

1. Seramai 24 orang atlet yang menjalani latihan di bawah kendalian Jurulatih En Faiz dan En sabri menyertai kejohanan MSSK mewakili daerah masing-masing. Ada antara atlet tersebut sudah berada di dalam program manakala sebahagian lagi akan didaftarkan pada sesi Jun 2015

2. Jurulatih dan SDO akan membincangkan mengenai program attachment ke Pusat Latihan Negeri lain pada masa akan datang.



3. SDO telah berbincang dengan jurulatih mengenai penganjuran sukan gimnastik artistik bagi kejohanan zon 2015. Perbincangan lebih mendalam akan dilakukan selepas tamatnya kejohanan MSSK.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan En. Mohd Syafiq b. Md Ali.

Wednesday, May 6, 2015

Laporan Pemantauan Sukan Berbasikal






Tarikh : 5.5.2015
Masa : 5.30 Petang
Tempat : SMK Mergong

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Razak Bin Kamis (JPM)

3. Atlet – 5 Lelaki


LATIHAN

1. 50 km Easy Ride


UJIAN

- Tiada


PERTANDINGAN

- Tiada


KECEDERAAN

- Tiada


PROGRAM BINAAN

- Tiada


ULASAN

1. Latihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Pemeriksaan peralatan dan basikal dilakukan dengan teliti sebelum memulakan latihan bagi mengelak sebarang kerosakan dan gangguan ketika latihan dijalankan.

3. Atlet memberi sepenuh komitmen dalam menjalani latihan.

4. SDO akan berbincang dengan jurulatih mengenai pertambahan bilangan atlet di bawah kendalian jurulatih En Razak bin Khamis dan atlet baru akan dimasukkan dalam program pada sesi Jun 2015 ini.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan En. Mohd Syafiq b. Md Ali.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU






Tarikh: 01 Mei 2015 ( Jumaat )
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: SMK Baling, Baling

KEHADIRAN :
1. En. Ganesan A/L Ramasamy ( JSM )

2. En Azri Ibrahim ( JSM )

3. Atlet – 8 Lelaki



LATIHAN

1. Warm Up

2. Latihan Kecergasan

3. Boxing Drills



UJIAN

- Tiada




PERTANDINGAN

- Tiada




KECEDERAAN

- Tiada




PROGRAM BINAAN

- Tiada



ULASAN

1. Semua atlet menjalankan latihan seperti biasa dan berjalan dengan lancar.

2. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana ada atlet yang telah bercuti bersama keluarga.

3. Satu perbincangan bersama pihak sekolah akan diadakan bagi membincangkan mengenai gelanggang tinju yang akan dberikan kepada pusat latihan ini.

4. PPN memaklumkan mengenai kejohanan tinju yang masih belum diputuskan lagi oleh Persatuan Tinju Kebangsaan dan menyarankan kepada jurulatih dan atlet untuk bersiap sedia menyertai kejohanan yang akan diadakan dalam bulan Mei ini.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Laporan Pemantauan Sukan Pelayaran






Tarikh:30 April 2015
Masa: 5.30 petang
Tempat: Kompleks Sukan Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah

KEHADIRAN :
1. En. Karimi Bin Abu Bakar (JPM)
2. En. Musmuliadi (JSM)3. Atlet – Tiada

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Atlet akan menyertai kejohanan ke 17 Tunku Laxamana Open Regatta di Port Dickson pada 7 hingga 11 Mei 2015

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN
1. Kehadiran atlet kurang memberangsangkan kerana keadaan cuaca pada hari tersebut kurang sesuai untuk melakukan latihan di laut.Jadi jurulatih mengambil inisiatif untuk berbincang dengan SDO mengenai program yang akan datang.


2. Sepatutnya pada hari tersebut, jurulatih dan atlet akan bertolak ke Thailand bagi menyertai kejohanan di sana tapi terpaksa batal kerana peruntukan kepada pihak Majlis Sukan Negeri tidak lulus. Jadi pihak jurulatih meluahkan rasa kekesalan tersebut kerana dikhabarkan persiapan bagi ke kejohanan itu sudah siap dan info mengenai status kelulusan agak lewat dimaklumkan.


3. Jurulatih memaklumkan bahawa bagi kejohanan di Port Dickson yang akan diadakan pada minggu hadapan satu selection baru akan dilakukan bagi memastikan atlet benar benar bersedia untuk ke kejohanan tersebut.


4. Mengenai permohonan ke kejohanan di Port Dickson yang akan datang, SDO memaklumkan bahawa permohonan sudah dilakukan dan masih menunggu kelulusan dan penerimaan ID daripada pihak Cawangan Pelapis dan follow up akan dilakukan pada hari selasa ini.


Sekian,
Terima kasih.

Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq b. Md Ali.