Wednesday, April 29, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW







Tarikh : 24.04.2015
Masa : 04.00 Petang
Tempat : Dewan Kombat, Majlis Sukan Negeri Kedah

Kehadiran :

Jurulatih
1. En. Mohd Rushdi Bin Abdul Rahim
Atlet : 15 orang

LATIHAN
1. Wamp up
2. Latihan kemahiran mengawal bola
3. Latihan tubi dan kawalan bola
4. Latihan Pemilihan Regu

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECERDERAAN
Tiada

PERALATAN
Peralatan yg sedia ada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN

1. Latihan dijalankan di Dwan Combat MSNK bagi setiap hujung minggu.
2. Jurulatih memaklumkan seramai 20 orang atlet yang sedang menjalani latihan di PLN SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar dan terdapat beberapa cadangan untuk membawa semua atlet di ketiga-tiga pusat latihan menjalani latihan bersama di MSNK.

3. PPN bercadang untuk mengadakan Mesyuarat JKK Sepak Takraw dalam masa terdekat dan memaklumkan mengenai perancangan program 2015.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

Laporan Pemantauan Sukan Gimnastik Artistik






Tarikh: 26 April 2015
Masa:6.30 Petang
Tempat: SK Jitra 3.

Kehadiran:
1. En. Faiz Bin Azmeer

2. En Sabri Bin Mansor

3. Atlet - 8 lelaki, 7 wanita

LATIHAN
1. Latihan melembutkan badan
2. Latihan fizikal
3. Latihan kekuatan (strength)
UJIAN
-Tiada


PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
-Spring board
-Matress
-Parallel bar

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

2. Atlet-atlet di dalam program Pelapis Negeri akan menyertai Kejohanan MSSK yang akan diadakan pada 7 Mei 2015 Ini bertempat di SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq b. Md Ali.

Monday, April 20, 2015

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2015









Tarikh : 15 hingga 19 April 2015
Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan UUM, Sintok, Kedah
Bilangan Atlet : 4 Lelaki, 4 Wanita = 8 orang atlet


Kejohanan yang berlangsung selama 5 hari ini telah mengumpulkan sebanyak 39 pasukan yang turut disertai oleh pasukan Elit Kebangsaan, Pelapis Kebangsaan, Kelab Memanah Negeri, Pelapis Negeri dan pasukan luar negara iaitu Pasukan Memanah Singapura. Pasukan Pelapis Kedah juga tidak terkecuali menyertai kejohanan ini dan telah disertai oleh serami 8 orang atlet terdiri daripada 4 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet memanah bagi acara recurve, 2 orang jurulatih iaitu En Kamal Ariffin Hamid dan En Nadzry Hashim serta diiringi oleh PPN En Hafizuddin Rodzi ( Pengurus Pasukan ) dan Pn Azlina selaku Guru Pengiring.


Hari pertama dimulakan dengan mesyuarat pengurus pasukan bertempat di Kompleks Sukan UUM pada jam 10 pagi dan semua pertukaran dan perubahan pasukan masing-masing telah dipersetujui oleh semua pengurus serta pihak penganjur. Semua atlet melakukan latihan sepanjang hari pertama kejohanan.


Hari Pertama ( 16.04.2015 ) dimulakan dengan acara recurve lelaki/wanita dan kesemua atlet Kedah terlibat dalam acara ini. Berikut merupakan keputusan pemanah Kedah dalam acara recurve :


Lelaki Individu ( Recurve )
1. Muhd Mustaqim Rusli = 560 ( Kedudukan : 42 )
2. Muhd Nazer Jamil = 550 ( Kedudukan : 49 )
3. Muhamad Syahmi = 529 ( Kedudukan : 64 )
4. Muhamad Azfar = 524 ( Kedudukan 67 )


Wanita Individu ( Recurve )
1. Fakhira Mat Isa = 508 ( Kedudukan : 24 )
2. Nur Alia Amira Jamaluddin = 438 ( Kedudukan : 43 )
3. Aliah Mohd Nur Husni = 438 ( Kedudukan : 44 )
4. Auni Aqilah = 455 ( Kedudukan : 41 )


Ulasan Hari Pertama
- Semua atlet telah melakukan yang terbaik dan kebanyakkan atlet yang menyertai kejohanan ini adalah masih baru dan kelihatan agak gugup ketika bertanding.


Hari Kedua ( 17.04.2015 )
Acara Compound dijalankna dan semua atlet Kedah tidak terlibat. Semua atlet Kedah menjalankan latihan pada waktu pagi dan petang.


Hari Ketiga ( 18.04.2015 )
Hari Ketiga mempertandingkan bagi kategori Berpasukan Recurve dan pasukan Kedah diwakili oleh Muhd Mustaqim Rusli, Muhd Nazer Jamil, Muhamad Syahmi, dan Muhamad Azfar. Pasukan Lelaki Kedah telah melakukan score sebanyak 1639 dan berada dalam kedudukan 14. Bagi pasukan Wanita pula telah mengumpulkan score sebanyak 1401 dan berada dalam kedudukan 12.


Pasukan Kedah lelaki dan Wanita juga menyertai pusingan Olympic Round ( Recurve ) dan pada pusingan pertama Pasukan Wanita Kedah telah menentang pasukan dari Pasukan Pemanah Unisza dah telah tewas dengan mata 0 - 6 manakala Pasukan Pemanah Pelapis Kedah Lekaki telah bertemu pasukan Pemanah PKS dan telah tewas dengan mata 2 - 6 serta tidak layak ke pusingan seterusnya.


Acara Berpasukan Campuran ( Mixed Team ) juga telah dijalankan pada sebelah petang dan pasukan kedah telah diwakili oleh Fakhirah Mat Said dan Muhd Mustaqim. Jumlah score yang dicatatkan oleh kedua-dua pemanah ini adalah 1068 dan berada pada kedudukan ke 12.


Hari Keempat ( 19.04.2015 )
Hari keempat mempertandingkan bagi acara Recurve Olympic Round Individu Lelaki dan Wanita dan Pasukan Kedah diwakili oleh Mohd Syahmi dan Muhd Mustaqim Rusli. Mohd Syahmi bertemu Khairul Anuar dari Pasukan Elit pasa pusingan pertama dan telah tewas dengan mata 0 - 6. Manakala Mohd Mustaqim Rusli telah bertemu Mohd Fareez ( Pasukan PKS ) dan menang dengan mata 6 - 2. mohd Mustaqim layak ke pusingan seterusnya dan telah tewas kepada pemanah Pelapis Kebangsaan dengan mata 3 - 7 di epringkat suku akhir.
Bagi pemanah wanita pula diwakili oleh Auni Aqilah, Fakhirah Mat Isa dan Aliah Mohd Nur Husni. Auni dan Fakhirah bertemu sesama sendiri dan dimenangi oleh Fakhirah dengan mata 0 - 6 manakala Aliah bertemu pemanah dari pasukan Pahang dan telah tewas dengan mata 2 - 6. Fakhiran mara ke suku akhir dan bertemu dengan pemanah dari Sel-SSMP dan tewas dengan mata 3 - 6.


Acara penyampaian hadiah telah dijalankan pada jam 4.00 petang dan kejohanan tamat pada jam 6 petang.


Dengan itu berakhirnya cabaran Pasukan Memanah Kedah di kejohanan ini dan diharapkan para pemanah kedah memperolehi pengalaman dan dapat memperbaiki teknik serta kesilapan yang dilakukan sepanjang kejohanan ini semasa kembali menjalani latihan di PLN masing-masing. Tahniah dans elamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Hafizuddin Mohd Rodzi.

Sunday, April 5, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH







TARIKH : 04 APRIL 2015
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SMK BATU LIMA, GURUN



KEHADIRAN :
1. En. Nadzry ( JSM )

2. En Kamal Ariffin ( JSM )
3. Atlet: 25 Lelaki /18 Perempuan



LATIHAN :

1. Latihan Shooting Foam

2. Latihan Kecergasan

3. Shooting Skil 25 M ( Bawah 12 )

4. Shooting Skill 30 M, 50 M, 70 M


UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :

Pasukan Pelapis Kedah sedang membuat persiapan ke Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2015 yang akan diadakan di Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok pada 14 hingga 19 April 2015.

PERALATAN :
- Tiada

PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kem Latihan Pusat ini mengumpulkan semua atlet memanah yangb terlibat dengan Kejohanan Memanah MSSK dan seramai 43 orang dari kedua-dua pusat latihan USPTN terlibat dalam kem ini.
2. Kem ini merupakan Kem Latihan Pusat Fasa Kedua diadakan sebelum kejohanan berlangsung pada 7 Mei 2015 bertempat di sekolah yang sama.

3. Semua JSM dan jurulatih dari sekolah-sekolah yang terlibat telah berkampung di sini selama 3 hari dan pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti kelas teknikal kepada atlet dan telah disampaikan oleh JSM USPTN Kedah.

4. PPN memebri sedikit taklimat kepada ibu bapa mengenai program USPTN dan bagaimana program ini dijalankan di peringkat negeri.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakn oleh En.Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN OLAHRAGA





Tarikh : 1 April 2015 ( Rabu )
Masa : 6.00 Petang
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar

KEHADIRAN :
1. En. Zamsairon Bin Mat Dan

2. Atlet – 8 Lelaki, 4 Perempuan


LATIHAN

1. Warm Up

2. Speed

3. Hurdles Technique



UJIAN
-

PERTANDINGAN
- Beberapa orang atlet pelapis olahraga akan menyertai Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK) yang akan berlangsung pada 8-11 April 2015 di Kota Setar, Kedah.

KECEDERAAN
-

PROGRAM BINAAN

-



ULASAN

1. Perjalanan latihan mengikut masa yang ditetapkan.

2. Jurulatih terlebih dahulu memberi penerangan tentang latihan yang akan dibuat.

3. Latihan berjalan dengan lancar.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syahir b. Mohd Sabri.