Sunday, November 30, 2014

LAPORAN KEJOHANAN BASIKAL TREK PLN SIRKIT 3/2014






Tarikh : 27 November 2014
Masa : 8.00am - 3.00pm
Tempat : Veloderom Cheras, Kuala Lumpur
Bil. Atlet : 8 Atlet
Bil. J/latih : 1 Pegawai, 2 Jurulatih

Kejohanan Lumba Basikal Trek PLN Sirkit 3/2014. Pelumba, Mohd Harith Haiqal (1km L16-18), Mohd Mujahid B Mohd Shukri, Syamsul Farid B Mohd Rafie, Mohd Fariz Haikal dan Abdul Rashid B Hashim (500m Ujian Masa L15 ke bawah), Mohd Faiz B Shaiful Rizal, Syamsul Farid B Mohd Rafie dan Mohd Mujahid B Mohd Shukri (Team Sprint L16-18).

Keputusan rasmi, Mohd Harith Haiqal (1km Ujian Masa L16-18)-1:35.619, Mohd Mujahid B Mohd Shukri-38.621, Syamsul Farid B Mohd Rafie-39.714, Mohd Fariz Haikal-40.589 dan Abdul Rashid B Hashim-41.407 (500m Ujian Masa L15 ke bawah), Mohd Faiz B Shaiful Rizal, Syamsul Farid B Mohd Rafie dan Mohd Mujahid B Mohd Shukri (Team Sprint L16-18)-1:17.130.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syahir b. Mohd Sabri

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA






Tarikh: 25 November 2014 ( Selasa )
Masa : 5.30 Petang
Tempat: Padang SMK Kuala Ketil ( Pusat Latihan Sokongan )

KEHADIRAN :
1. En. Mahalingam A/L Vyravan (JSM)
2. Atlet – 7 Lelaki, 6 Perempuan



LATIHAN

1. Warm Up
2. Streching
3. Drill
4. Latihan Jalan Kaki


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Tiada


KECEDERAAN
- Tiada



PROGRAM BINAAN
- Kem Latihan Pusat bagi Sukan Olahraga akan diadakan di Majlis Sukan Negeri Kedah pada 7 Disember 2014 melibatkan 2 pusat latihan negeri.


ULASAN
1. Kehadiran agak kurang memuaskan kerana ada atlet yang telah bercuti bersama keluarga.
2. Seramai 15 orang atlet termasuk Pusat Latihan SMK Aman Jaya akan mengikuti Kem Latihan Pusat USPTN bagi sukan olahraga di Majlis Sukan Negeri Kedah.
3. Latihan akan dijalankan pada waktu pagi selepas ini kerana keadaan cuaca pada waktu petang adalah hujan.
4. PPN merancang untuk member pendedahan latihan kepada atlet yang terpilih untuk menjalani latihan bersama Pelapis Kebangsaan ataupun Pelapis Serantau.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi.

LAPORAN PEMANTAUAN ANGKAT BERAT









Tarikh: 28 November 2014 ( Jumaat )
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KEHADIRAN :  
1. En Mohd Nor Osman ( JSM )
2. Atlet –  8 Lelaki, 1 Wanita

LATIHAN
1. Back Squat
2. Standing Clean
3. Jerk Block
4. Free Exercise
 UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
-  Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Bawah 20 Tahun dan Terbuka Sabah 2014 pada 8 hingga 11 Disember 2014 bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, Sabah.

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Seramai 4 orang terpilih ke Kem Bakat Sukan Angkat Berat Siri 2/ 2014 pada 30 November hingga 5 Disember 2014 bertempat di Dewan Angkat Berat, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur.

ULASAN
1.  Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menjalani latihan seperti biasa.
2.  Latihan lebih tertumpu kepada kekuatan kaki dan teknik angkatan.
3.  Jurulatih memberikan sedikit taklimat mengenai teknik angkatan yang baik serta memperbaiki setiap kelemahan atlet.
4.  PPN member sedikit taklimat mengenai rumusan dan prestasi atlet di kejohanan baru-baru ini dan serta menegur masalah disiplin atlet ketika di sekolah.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi


--
En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah,
Majlis Sukan Negara Malaysia
http://usptnkedah.blogspot.com/

Wednesday, November 26, 2014

LAPORAN KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI - ZON UTARA 2014




Tarikh : 22 hingga 24 November 2014
Tempat : Kem Paya Pahlawan Lake Resort Jitra, Kedah Darul Aman
Peserta : 50 orang atlet, 4 Jurulatih dan 7 orang Pegawai.


Unit Sukan Prestasi Tinggi ( USPTN ) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Tahunan USPTN Pelapis Zon Utara 2014 yang telah mengumpulkan seramai 150 orang atlet dari pelbagai sukan bagi setiap negeri dibawah program USPTN. Seramai 50 orang atlet, 4 orang jurulatih dan 7 orang pegawai dari USPTN Kedah telah menyertai kem tersebut.


Hari pertama program pada 22 November 2014 dimulakan dengan pergerakan semua atlet negeri masing-masing ke Kem Paya pahlawan, Jitra dan semua atlet perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu pada jam 12.00 tengahari disusuli dengan makan tengahari sehingga jam 2.00 petang. Program bermula pada jam 2.30 petang denga sesi Ice Breaking dan pembahagian atlet dipecahkan kepada 10 kumpulan. Perancangan aktivit seterusnya adalah Jungle Tracking akan tetapi akibat cuaca hujan lebat aktiviti tersebut ditangguhkan kepada hari seterusnya. Sesi sebelah malam pula diteruskan dengan semua atlet, jurulatih serta pegawai berhimpun di surau untuk menunaikan solat berjemaah dan Majlis Bacaan Yassin. Aktiviti diteruskan pada jam 9.00 malam dimana aktiviti kedua iaitu "Management Games" diadakan dan aktiviti tersebut tamat pada jam 12.00 malam.



Hari kedua program diteruskan dengan soat subuh berjemaah dan diteruskan dengan Senamrobik pada jam 8.30 pagi sebelum sarapan pagi. Pada hari berkenaan, semua aktiviti outdoor dilakukan sehingga pukul 2.00 petang. Semua atlet dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka perlulah melalui setiap check point yang telah ditetapkan mengikut clue yang telah diberi. Antara aktiviti yang perlu dilakukan peserta adalah rakit, merentas tasik, flying fox, abseiling dan rempuh halangan. Setiap aktiviti dan check point telah dipantau oleh fasilitator.


Setelah tamat semua aktiviti outdoor pada jam 2.00 petang, semua peserta berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti Jungle Tracking. Memandangkan cuaca pada sebelah petang baik, aktiviti jungle tracking dapat dijalankan dan aktiviti tersebut memakan masa selama 2 jam dengan laluan yang agak mencabar serta menguji ketahanan fizikal peserta serta fasilitator. Aktiviti tersebut tamat pada jam 6.30 petang.Pada sebelah malam, aktiviti kebudayaan mengisi slot aktiviti terakhir dengan semua peserta diminta mempersembahkan persembahan yang telah diberikan. Antara tugasan yang diberika adalah Dikir Barat, Sketsa, Boria, koir, Lawak Jenaka, Tarian 60an dan beberapa aktiviti lagi. Program tamat pada jam 12.30 malam.


Hari terakhir diisi dengan permainan "Management Games" pada jam 8.00 pagi dan sebanyak 5 checkpoint disediakan yang perlu dilaksanakan oleh semua peserta. Aktiviti tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari dan semua peserta diberikan masa untuk bersiap sebelum majlis penutupan dijalankan.

Majlis penutupan dimulakan pada jam 2.30 petang yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Kanan Majlis Sukan Negeri Perlis Encik Zahidi Hamed, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Kedah Encik Mohd Farid Bin Mohd Fauzi, Pemangku Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Perlis Encik Mahadzir Baharom, Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang Encik Hamidi Bin Lokman. Majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah MSN Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang dimana semua atlet akan bergerak pulang ke negeri masing-masing.


Diharapkan dengan penganjuran kem seperti dapat memupuk semangat berdikari, sentiasa berdisiplin dalam apa juga dilakukan dan memupuk semangat setiakawan dalam berpasukan. Selain itu juga, ia dapat mengeratkan silatulrahim antara atlet dan staf USPTN Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi.

Monday, November 24, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO





TARIKH : 21 November 2014
MASA : 6.00 petang
TEMPAT : Dewan Kulim Hindu Sabha

KEHADIRAN :
1. En. Solaimurugan A/L Anandayah (JSM)
2. Atlet : 4 Lelaki, 3 Perempuan

LATIHAN :
1. Latihan kecergasan
2. Latihan Ketangkasan & Fleksibiliti

UJIAN :
-

PERTANDINGAN :
- Pasukan Pelapis Negeri Kedah akan menyertai Kejohan Antara Kelab 2014 di Kompleks Sukan Likas Sabah pada 25-30 November 2014.

PERALATAN :
-

PROGRAM BINAAN :
-

ULASAN :
1. Latihan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Kehadiran atlet kurang kerana sebahagian atlet telah menjalani latihan pada sebelah pagi manakala atlet yang tidak dapat menjalani latihan pada sebelah pagi hadir pada sebelah petang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 18 November 2014 ( Rabu )
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abdul Malek Desa ( Pembantu Jurulatih )
2. Atlet – 11 Lelaki, 2 Wanita



LATIHAN

1. Front Squat
2. Standing Clean
3. Wide Grip Jerk Press
4. Free Exercise


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Bawah 20 Tahun dan Terbuka Sabah 2014.



KECEDERAAN
- Tiada



PERALATAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Tiada



ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menjalani latihan seperti biasa.
2. Latihan lebih tertumpu kepada teknik angkatan dan jurulatih menilai setiap kelemahan atlet semasa Kejohanan Zon Akhir Pelapis 2014 baru-baru ini.
3. Program latihan telah diberikan kepada En Abdul Malek Desa untuk memantau latihan atlet sepanjang jurulatih En Abdul Malek Rahman (JSM ) menghadiri Bengkel Penyelarsan Jurulatih 2014.
4. PPN member sedikit taklimat mengenai rumusan dan prestasi atlet di kejohanan baru-baru ini dan serta menegur masalah disiplin atlet ketika di sekolah.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL




Tarikh : 17 November 2014 (Ahad)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling

KEHADIRAN :

1. En. Ghaffuan Bin Ghazali (JSM)
2. Atlet - 9 Lelaki.

LATIHAN
1. Standing Start
2. Rolling Start

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan ini akan menyertai Kejohanan Lumba Basikal Trek PLN Sirkit 3/2014 pada 25-30/11/2014 di Veloderom Cheras, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
-

PROGRAM BINAAN
-

ULASAN
1. Perjalanan latihan mengikut ketetapan masa.
2. Taklimat mengenai latihan yang akan dibuat diterangkan oleh jurulatih.
3. Jurulatih memberitahu peralatan seperti tayar luar dan tiub perlu ditambah kerana peralatan yang dibekalkan sebelum ini sudah habis.
4. Basikal para pelumba dipastikan dalam keadaan terbaik bagi mengelakkan sebarang hal yang tidak diingini.

Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syahir Mohd Sabri.

Monday, November 10, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON KEDAH







Tarikh : 5 November 2014 ( Rabu )
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Dewan Badminton KBA, Alor Setar.


KEHADIRAN :
1. Pn.Lindawati
2. En. Ari Ansori
4. Cik Ong Shu Voon

3. Atlet – 14 Lelaki & 8 Perempuan


LATIHAN
1. - Stroke
2. - Sparring Stroke
3. - Penguasaan Lapangan


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Tiada


KECEDERAAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN
1. Latihan mengikut masa yang telah ditetapkan dan berjalan lancar.
2. Pihak jurulatih memberikan penerangan latihan sebelum latihan bermula.
3. Kehadiran atlet agak berkurangan memandangkan terdapat beberapa atlet menghadapi peperiksaan penting.


Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syahir bin Mohd Sabri.

Monday, November 3, 2014

LAPORAN KEJOHANAN SKUASY DIVISYEN REMAJA JATI 2014






Tarikh : 31/10 - 1/11 2014
Masa : 9.00am - 6.00pm
Tempat : Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar
Bil. Atlet : 50 atlet
Bil. J/latih : 1 JPM, 1 JSM

Satu inisiatif murni telah diambil Persatuan Skuasy Negeri Kedah Darul Aman dengan menganjurkan Kejohanan Skuasy Divisyen Remaja JATI 2014 dimana objektifnya bagi memberi peluang kepada para pemain yang tidak berpeluang mewakili pasukan Pelapis Negeri untuk bersaing di mana-mana kejohanan sebelum ini merasai suasana kejohanan serta bagi menilai prestasi mereka di atas latihan yang mereka jalani.

Disamping itu juga, bakat-bakat baru skuasy Negeri Kedah ini dapat menunjukkan kemampuan mereka dengan bersaing dengan lawan yang lebih senior dari mereka dan amat diharapkan ini dapat membantu mereka untuk perbaiki corak permainan, mengetahui kelemahan juga mempersiapkan mereka untuk beraksi sebagai atlet Pelapis Negeri Kedah kelak.

Diharapkan kejohanan ini dapat mencapai objektifnya lantas terus membantu pihak USPTN.Kedah khasnya dan Cawangan Pelapis amnya untuk mendapatkan bakal-bakal juara di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.
Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri

LAPORAN PEMANTAUAN PELAYARAN







Tarikh: 30 Oktober 2014 ( Khamis )
Masa: 3.30 hingga 6.00 petang
Tempat: Kompleks Sukan Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah

KEHADIRAN :
1. En. Karimi Bin Abu Bakar (JPM)
2. Atlet – 15 Lelaki, 4 Perempuan



LATIHAN
1. Latihan Kecergasan
2. Ujian Pemeriksaan Bot ( Pengetuan Atlet )


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Pasukan Pelayaran Pelapis Kedah akan menyertai 5th KFC – Terengganu Monsoon Regatta 2014 pada 28 – 30 November 2014 bertempat di Teluk Warisan, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.


KECEDERAAN
- Tiada



PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan kerana ada atlet baru yang datang menjalani latihan
2. Jurulatih telah merombak jadual latihan semasa cuti sekolah dengan pasukan optmist akan menjalani latihan pada sesi pagi dan pasukan laser akan menjalani latihan pada sesi petang.
3. Beberapa atlet dari sekolah terdekat datang untuk menjalani latihan secara “walk in” dan menunjukan prestasi yang baik.
4. Jurulatih memebri taklimat kepada atlet baru berkenaan pemeriksaan bot dan memberi beberapa ujian mengenai pemasangan dan penyediaan bot sebelum turun ke laut.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi