Friday, October 31, 2014

Laporan Pemantauan Sukan Menembak

Tarikh: 31 Oktober 2014
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Lapang Sasar Pokok Sena
Kehadiran: 
1. En. Zulkefli Bin Ismail
3. Atlet - 6 lelaki, 4 wanita
LATIHAN
- Latihan dry fire
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
-Tiada
KECEDERAAN
-Tiada
PERALATAN
-Pistol dan Rifle perlu di ganti baru kerana senjata sedia ada sudah kritikal untuk di bawa ke kejohanan. 
PROGRAM BINAAN
-Tiada
ULASAN
1. Latihan diteruskan mengikut jadual.
2. PPN telah memaklumkan kepada JSM mengenai Kem Pemantapan Jurulatih yang akan diadakan pada 18-20 November 2014 nanti.
3. JSM menyuarakan pandangan untuk menjadi JPM bagi Pelapis Negeri. Ini kerana buat masa sekarang, En. Zulkefli dibayar oleh USPTN mengikut SPKK dan selebihnya dibayar oleh persatuan negeri.
4. Bilik simpanan senjata (bilik kebal) telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan.
Sekian,
terima kasih
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Bin Md Ali



--
Mohd Syafiq bin Md Ali
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah
Majlis Sukan Negara Malaysia

Laporan Pemantauan Sukan Gimnastik Artistik


Tarikh: 31 Oktober 2014
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: SK Jitra 3
Kehadiran: 
1. En. Faiz Bin Azmeer
2. En. Sabri Mansor
3. Atlet - 12 lelaki, 6 wanita
LATIHAN
1. Latihan fizikal (melembutkan badan)
2. Latihan kecergasan
UJIAN
-Tiada
PERTANDINGAN
-Atlet pelapis negeri akan menyertai Kejohanan Pelapis Grand Final Interzone 2014 yang akan diadakan pada 13-16 November 2014 bertempat di Kuantan, Pahang.
KECEDERAAN
-Tiada
PERALATAN
-PB
-HB
-Springboard
-Mats
PROGRAM BINAAN
-Tiada
ULASAN
1. Latihan dilakukan mengikut jadual.
2. Latihan fokus kepada atlet atlet yang akan bertanding di Kejohanan Pelapis Grand Final Interzone 2014 yang akan datang.
3. PPN telah maklumkan bahawa Syakir Aiman Bin Subri antara calon yang akan diserap ke Pelapis Kebangsaan tidak lama lagi.

Sekian,
terima kasih
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Bin Md Ali




--
Mohd Syafiq bin Md Ali
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah
Majlis Sukan Negara Malaysia

Laporan Pemantauan Sukan Memanah


Tarikh: 30 Oktober 2014
Masa: 5.30 Petang
Tempat: SMK Labu Besar
Kehadiran:
1. En. Kamal Arrifin Bin Hamid
3. Atlet - 9 lelaki, 6 wanita
LATIHAN
1. Strength training
2. Latihan memanah mengikut jarak.
UJIAN
-Tiada
PERTANDINGAN
-Sebahagian atlet akan bertanding di Kejohanan Pelapis Grand Final Interzone 2014 yang akan diadakan pada 12-16 November 2014 bertempat di Kuantan, Pahang.
KECEDERAAN
-Tiada
PERALATAN
-Plate
- Bow
-Arrow
-Target Butt
PROGRAM BINAAN
-Tiada
ULASAN
1. Latihan lebih fokus kepada strenght training.
2. Jurulatih telah dimaklumkan mengenai dua orang atlet yang terpilih ke Pelapis Serantau.
3. PPN juga memaklumkan bahawa dua orang atlet telah terpilih ke kem bakat sukan memanah siri 2/2014 yang akan diadakan di MSN Keramat pada 6-12 November 2014.

Sekian,
terima kasih

Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Bin Md Ali

Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN SKUASY






Tarikh : 27 Oktober 2014 (Isnin )
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah

KEHADIRAN :
1. En. Chong Pakkau (JPM)
2. En. Shahnawaz
2. Atlet - 12 Lelaki.
- 4 Perempuan



LATIHAN
1. Short boast
2. Volley crosscourt


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Pasukan Pelapis Skuasy Negeri Kedah Darul Aman akan mentertai kejohanan RedOne National Junior InterTeam 2014 yang akan berlangsung dari 3 hingga 6 November 2014 di Selangor.



KECEDERAAN
-


PROGRAM BINAAN
-


ULASAN
1. Perjalanan latihan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Jurulatih memberikan penerangan tentang latihan yang akan dibuat pada hari tersebut. Jurulatih terlebih dahulu menunjukkan demonstrasi tentang skill yang perlu dipelajari. Seterusnya memecahkan para pemain kepada beberapa kumpulan untuk melakukan regangan dan memulakan latihan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syahir Mohd Sabri.

LAPORAN PEMANTAUAN OLAHRAGA







Tarikh: 27 Oktober 2014 ( Isnin )
Masa : 5.00 Petang
Tempat: Stadium Darul Aman

KEHADIRAN :
1. En. Zamsairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 4 Lelaki, 3 Perempuan



LATIHAN
1. Warm Up
2. Streching
3. Drill
4. Hurdle Training
5. Latihan Teknik Lontaran

UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Ada atlet yang terpilih untuk menyertai Kejohanan Antara Zon Akhir 2014, Pahang dan melakukan persediaan untuk menyertai Kejohanan Terbuka Olahraga Perak All Comers 2014 yang diadakan di Stadium Ipoh, Perak.



KECEDERAAN
- Tiada



PROGRAM BINAAN
- Klinik dan TID Sukan Olahraga akan dijalankan di SMK Seri Mahawangsa bagi acara lontaran sahaja dan cadangan tarikh adalah pada 05 november 2014.



ULASAN
1. Kehadiran agak kurang memuaskan kerana ada atlet yang terlibat dengan peperiksaan dan aktiviti sekolah.
2. Seramai 3 orang atlet akan dihantar ke Pelapis Serantau untuk menjalani latihan sepanjang musim cuti sekolah.
3. Klinik dan TID akan diadakan di SMK Seri Mahawangsa dan pencarian atlet lebih tertumpu kepada atlet lontaran.
4. Pasukan Olahraga USPTN Pulau Pinang akan mengadakan Pendedahan Latihan bersama Pasukan Olahraga Pelapis Kedah pada 30 Oktober hingga 2 November 2014 dan PPN telah memaklumkan kepada jurulatih (JSM) negeri Kedah.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Laporan Pemantauan Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik 1/2014 Hari Ke Lima











Sesi Hari Kelima

27 Oktober 2014


Program pada hari kelima dan terkahir bermula pada jam 9.00 pagi selepas kesemua atlet bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan pada hari kelima di Kem Bakat Sukan Gimnastik 1/2014.

Hari ini semua atlet menjalankan 'control testing' yang diuji oleh jurulatih jurulatih di setiap station berbeza. Ujian dilakukan pada sebelah pagi dan petang. Sebelah pagi ujian yang dilakukan adalah 'flexibility' dan 'physical' manakala ujian 'element' dilakukan pada sebelah petang.

Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam. Kesemua jurulatih dikehendaki berada di bilik seminar bagi rumusan keseluruhan kem oleh En. Onn Kwang Tung bagi MAG dan Natalia Sinkova bagi WAG.

Antara perkara yang diketengahkan adalah seperti berikut:

1. Control Test disarankan oleh jurulatih untuk buat pada hari pertama dan latihan sepatutnya dilakukan pada hari seterusnya untuk memantapkan atlet.

2. Alatan kecil seperti pump guard perlu disediakan kerana ramai atlet mengalami luka di bahagian tapak tangan.

3. Program pembangunan bagi MAG tidak mempunyai masalah dan disetujui oleh para jurulatih.

4. Pihak persatuan akan berikan maklumat kejohanan akan datang lebih awal (3 bulan sebelum) bagi memudahlan jurulatih untuk mengajar element-element yang perlu lebih awal dan bersedia.

Atlet, jurulatih dan pegawai pembangunan negeri bagi Kedah akan bertolak balik ke Alor Setar pada jam 8.30 pagi esok.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.





Monday, October 27, 2014

Laporan Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik 1/2014





Sesi Hari Keempat
26 Oktober 2014


Program pada hari keempat bermula pada jam 9.00 pagi selepas kesemua atlet bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan pada hari keempat di Kem Bakat Sukan Gimnastik 1/2014.


Latihan yang dijanlankan sama seperti hari sebelumnya dengan pecahan kumpulan kecil by-station mengikut apparatus (floor, high bar, uneven bar, pommel horse, vaulting, ring, balance beam, dan parallel bar). Setiap station dikendalikan oleh jurulatih jurulatih yang hadir. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.


En Giam Fook Pang telah memberi kebenaran kepada semua atlet untuk berehat awal pada sesi malam supaya lebih bersedia untuk 'control testing' pada hari terakhir esok.


Program pada hari kelima dan terakhir akan bersambung pada 26 Oktober 2014 jam 9.00 pagi.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

Sunday, October 26, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN ANGKAT BERAT







Tarikh: 25 Oktober 2014 ( Sabtu )
Masa: 7.30 Pagi
Tempat: Pusat Rekreasi Gunung Keriang

KEHADIRAN :
1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 10 Lelaki, 1 Wanita



LATIHAN
1. Latihan Kecergasan


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Pelapis Zon Akhir pada 13 hingga 16 November yang akan diadakan di Kuantan, Pahang.



KECEDERAAN
- Tiada



PERALATAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Tiada



ULASAN

1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana ada atlet yang terlibat dengan akiviti bersama keluarga.
2. Latihan diadakan di luar gym bagi memberi kelainan kepad atlet unutuk menjalani latihan kecergasan.
3. Larian naik dan turun bukit dijalankan bagi meningkatkan stamina dan kekuatan kaki.
4. PPN member sedikit taklimat mengenai rumusan dan prestasi atlet di kejohanan baru-baru ini dan serta menegur masalah disiplin atlet ketika di sekolah.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

LAPORAN PEMANTAUAN OLAHRAGA






Tarikh: 24 Oktober 2014 ( Jumaat )
Masa : 4.00 Petang
Tempat: Firdaus Fitness Gym

KEHADIRAN :
1. En. Zamsairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 5 Lelaki, 3 Perempuan



LATIHAN
1. Warm Up
2. Streching
3. Latihan Bebanan


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Ada atlet yang terpilih untuk menyertai Kejohanan Antara Zon Akhir 2014, Pahang dan melakukan persediaan untuk menyertai Kejohanan Terbuka Olahraga Perak All Comers 2014 yang diadakan di Stadium Ipoh, Perak.



KECEDERAAN
- Tiada



PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN
1. Kehadiran agak kurang memuaskan kerana ada atlet yang telah menarik diri dari sukan olahraga.
2. Latihan Bebanan ini dilakukan dengan pengawasan dari jurulatih dan PPN menyarankan agar latihan dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak sebarang kecederaan berlaku.
3. Latihan bebanan dilakukan di Firdaus Fitness Gym bagi memberi ruang kepada atlet merasai suasana menjalani latihan bebanan di gymnasium yang kelengkapannya lengkap.
4. Atlet yang akan menghadapi peperiksaan akan diberi kelonggaran dalam latihan supaya dapat menumpukan kepada pelajaran dan peperiksaan.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT







Tarikh: 23 Oktober 2014 ( Khamis )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abd Malek Bin Rahman

2. Atlet – 12 Lelaki, 3 Wanita



LATIHAN

1. Standing Clean
2. Standing Snatch
3. Latihan Kecergasan ( Kekuatan Kaki )
4. Free Exercise


UJIAN
- Tiada




PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Pelapis Zon Akhir pada 13 hingga 16 November yang akan diadakan di Kuantan, Pahang.



KECEDERAAN
- Tiada




PERALATAN
- Tiada




PROGRAM BINAAN
- Tiada.



ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan kecuali atlet baru yang diberi cuti latihan selama 1 hari.
2. Perbincangan dengan pihak sekolah memaklumkan bahawa dewan angkat berat PLN SMK Alor Janggus akan dinaiktaraf dan telah pun mendapat kelulusan peruntukkan dari pihak MSNK.
3. Kontraktor akan memulakan kerja penaiktaraf pada 3 Disember 2014 dan segala peralatan yang telah rosak akan digantikan dengan yang baru.
4. PPN menyarankan dalam proses pembinaan dewan semua atlet di PLN SMK Alor Janggus akan menjalani latihan di PLN SMK Tunku Anum sepanjang cuti sekolah nanti.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Laporan Hari Ketiga Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik 1/2014







Sesi Hari Ketiga
25 Oktober 2014 (Sabtu)


Program pada hari ketiga bermula pada jam 7.00 selepas bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan pada hari ketiga.


Latihan diteruskan dengan pecahan kumpulan kecil by-station mengikut apparatus ( floor, high bar, uneven bar, pommel horse, vaulting, ring, balance beam, dan parallel bar). Setiap station dikendalikan oleh jurulatih jurulatih yang hadir. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.


Seramai enam orang atlet telah dibawa ke klinik kerana demam. Atlet yang demam direhatkan daripada mengikuti sesi latihan pada waktu petang dan dijaga oleh PPN.


Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam selepas makan malam dimana kesemua atlet dikehendaki untuk berkumpul di bilik seminar Hotel Sri Petaling bagi sesi 'Team Building'.


Program pada hari keempat bersambung pada 26 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.

SEkian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

Laporan Hari Kedua Kem Bakat Sukan Gimnastik 1/2014








Sesi Hari Kedua
24 Oktober 2014 (Jumaat)


Program pada hari kedua bermula seawal jam 7.00 pagi dimana kesemua atlet dikehendaki untuk bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan.


Sebelum memulakan latihan, taklimat ringkas diberikan oleh En. Giam Fook Pang kepada semua atlet. Atlet seterusnya dibahagikan mengikut pecahan kumpulan kecil mengikut apparatus ( floor, high bar, uneven bar, pommel horse, vaulting, ring, balance beam, dan parallel bar). Setiap station dikendalikan oleh jurulatih jurulatih yang hadir. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.


Sesi malam bermula pada jam 8.00 malam selepas makan malam dimana kesemua atlet dikehendaki untuk berkumpul di dewan Hotel Sri Petaling bagi sesi tayangan video manakala kesemua Pegawai Pembangunan Negeri dan Jurulatih dikehendaki berada di dalam bilik mesyuarat bagi sesi perjumpaan bersama Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin.


Program pada hari ketiga bersambung pada 25 Oktober 2014 jam 7.00 pagi.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.