Wednesday, August 27, 2014

LAWATAN PEMANTAUAN BERSAMA PENGURUS KE PLN SUKAN TINJU







Tarikh : 24 Jun 2014 (Selasa)
Masa : 4.30 petang
Tempat : SMK Baling, Baling

Kehadiran
1. En. Vimalan A/L Palaniappan
2. En. Ganesan a/l Ramasamy (JSM)
3. En. Hizam (Guru SMK. Baling)
4. En. Mohd Farid Mohd Fauzi

Latihan
- Tiada

Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Tiada

Kecederaan
- Tiada

Peralatan

- Tali skipping rosak dan putus.


Program Binaan
- Tiada

Ulasan

1. Latihan tidak dijalankan pada hari tersebut kerana dewan sekolah yang dijadikan tempat latihan telah digunakan sebagai tempat untuk Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah.
2. Guru penyelaras sukan tinju SMK. Baling memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan tapak untuk gelanggang tinju yang akan diberikan oleh pihak cawangan Pelapis nanti.
3. Pihak sekolah telah membina tempat berbumbung dan berlantai simen yang membolehkan gelanggang tinju dipasang di tempat tersebut. Keluasan tapak tersebut ialah 24 x 36.


Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh Nor Azian Hassan.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK





Tarikh: 17 Ogos 2014
Masa: 5.30 Petang
Tempat: SK Jitra 3

Kehadiran:
1. En. Faiz Bin Azmeer
2. En. Sabri Mansor
3. Atlet - 10 lelaki, 7 wanita

LATIHAN
1. Latihan fizikal (melembutkan badan)
2. Latihan kecergasan

UJIAN
-Ujian kecergasan pada 14 Ogos 2014

PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
-PB
-HB
-Springboard
-Mats

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN

1. Latihan dilakukan mengikut jadual.
2. Jurulatih memaklumkan ujian kecergasan yang dilakukan tempoh hari bagus untuk memastikan atlet dalam keadaan cergas.

Sekian, terima kasih Mohd Syafiq bin Md Ali

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU








Tarikh : 15 Ogos 2014
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Baling, Baling

Kehadiran
1. En. Azri Ibrahim (JSM)
2. En. Hizam (Guru SMK. Baling)
3. En. Firdaus (Guru SMK. Baling)
2. Atlet - 20 lelaki

Latihan
1. School Boxing2. Sparring


Ujian
- Tiada

Pertandingan
1. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2014 pada 23 hingga 27 September 2014 di Kota Bharu, Kelantan.
2. Kejohanan Pelapis Antara Zon Siri Akhir 2014 di Kuantan, Pahang pada 9 hingga 11 Oktober 2014.

Kecederaan
- Tiada

Peralatan
- Tali skipping rosak dan putus.


Program Binaan
- Tiada

Ulasan
1. Latihan diadakan seawal jam 8.00 pagi.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3. Jurulatih menekankan teknik-teknik tumbukan dan ujian sparring dijalankan bagi memilih atlet yang bakal menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2014 dan Kejohanan Pelapis Antara Zon Siri Akhir 2014 di Kuantan Pahang.
4. Jurulatih juga menekankan kepada atlet tentang pentingnya kecergasan dan daya tahan bagi menghadapi kejohanan nanti


Sekian. Terima kasih.
Laporan disediakan oleh Nor Azian Hassan.

Sunday, August 24, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 19 Ogos 2014 ( Selasa )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 32 Lelaki, 10 Wanita


LATIHAN
1. Standing Clean
2 . Clean Pull
3. Front Squat
4. Asas Back Squat ( Atlet Baru )


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Antara Zon Akhir yang akan diadakan di Pahang pada 09 – 12 Oktober 2014.



KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Majlis Sukan Negeri Kedah akan membantu segi penambaikan dewan terutamanya lantai dewan.


PROGRAM BINAAN
- Kem Angkat Berat Dalaman akan diadakan pada musim cuti sekolah dan tarikh masih belum ditetapkan lagi.


ULASAN
1. Kehadiran atlet selepas Klinik dan TID Sukan diadakan amat memuaskan dan jurulatih sedang membuat beberapa ujian sebelum pemilihan akhir seterusnya atlet tersebut akan dimasukan ke dalam program.
2. Kehadiran atlet yang ramai menyebabkan dewan menjadiu sempit dan PPn akan berbincang dengan pihak sekolah untuk mempercepatkan proses memperbesarkan dewan secepat mungkin supaya atlet baru dan lama dapat berlatih dengan selesa dan baik.
3. Atlet wanita yang hadir diberi penekanan lebih kerana masih malu-malu dalam sukan ini dan peranan jurulatih serta PPN untuk menarik mereka supaya kekal dalam sukan ini.
4. Selepas pemilihan akhir akan diadakan perjumpaan pihak sekolah, USPTN Kedah dan ibu bapa atlet.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON






Tarikh : 19 Ogos 2014 ( Selasa )
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Dewan Badminton KBA, Alor Setar, Kedah.

KEHADIRAN :

1. Pn.Lindawati
2. En. Ari Ansori
3. Cik Ong Shu Voon
4. Atlet – 12 Lelaki & 6 Perempuan


LATIHAN
1. Stroke
2. Sparring Stroke


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Pelapis Badminton Negeri Kedah akan menyertai 100Plus National Junior Inter-State U18 Mixed Team Championship


KECEDERAAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN
1. Latihan mengikut masa yang telah ditetapkan dan berjalan lancar.
2. Pihak jurulatih memberikan penerangan latihan sebelum latihan bermula.
3. Kehadiran atlet baik.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh Mohd Syahir bin Mohd Sabri

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK





Tarikh: 19 Ogos 2014
Masa: 10.30 Pagi

Tempat: Lapang Sasar Pokok Sena

Kehadiran:
1. En. Zulkefli Bin Ismail
3. Atlet - 11 lelaki, 6 wanita

LATIHAN
- Tiada

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
-Tiada

PROGRAM BINAAN
-Seramai 4 orang atlet daripada program Pelapis Negeri akan ke Kem Bakat Sukan Menembak 2014 yang akan diadakan di Pahang.

ULASAN

1. Latihan pertama bagi atlet yang telah dimasukkan dalam program dijalankan pada hari ini.

2. Sesi pertama latihan lebih difokuskan kepada sesi pengenalan mengenai sukan menembak.

3. Keadaan bilik kebal (bilik simpanan senjata) masih lagi di dalam proses penambahbaikan dimana sekarang hanya menunggu untuk siapkan kamera litar tertutup bagi tujuan keselamatan.

4. Jurulatih menghadapi masalah kekurangan senjata dan paper target untuk digunakan pada sesi latihan.


Sekian,Nterima kasih.
laporan disediakan oleh  Mohd Syafiq bin Md Ali.

LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT










Tarikh: 19 Ogos 2014 ( Selasa )
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Alor Janggus.

KEHADIRAN :

1. En Mohd Farid Mohd Fauzi ( Ketua Unit )
2. En Syafiq bin Mad Ali ( USPTN )
3. En Mohd Syahir B. Mohamad Sabri ( USPTN )
4. En Hafizuddin Bin Rodzi ( USPTN )
5. En Mohd Hafiz Bin Ariffin ( USPTN )
6. Cik Nor Alya Bt Rosli ( ISN Kedah )
7. Puan Intan Marzida ( USPTN )
8. Puan Nor Azian Hassan ( USPTN )
9. Cik Rozaiti Zaidin ( USPTN )
10. En Zamsairon Mat Dan ( USPTN )
11. En Md Nor Osman ( JSM )
12. En Abd Malek Rahman ( JSM )
13. En Hanadzlah ( Guru SMK Alor Janggus )



Laporan Klinik dan TID Sukan Angkat Berat

Klinik dan TID Sukan Angkat Berat diadakan di Dewan Terbuka SMK Alor Janggus dan dijalankan pada jam 8.00 pagi. Seramai 50 orang telah menghadirkan diri dalam pemilihan awal untuk menyertai sukan angkat berat pelapis kedah ini. TID ini telah dikendalikan oleh Cik Nor Alya Rosli iaitu wakil dari pihak ISN Kedah dan beberapa ujian telah dijalankan. Antara ujian yang dijalankan adalah Lompat Menegak, Jangkauan Melunjur dan Standing Broud Jump. Beberapa taklimat ringkas telah diberikan oleh pihak ISN sebelum ujian dijalankan. Semua ujian tamat pada jam 9.45 pagi.

Seterusnya Klinik dan TID Sukan ini diteruskan oleh dengan sesi bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Antara ujian tersebut adalah mengenalpasti postur atau posisi badan ketika squat dan ujian berkenaan asas kekuatan kaki. Selain itu juga, demostrasi dari bekas atlet kedah dan kebangsaan juga menarik minat pelajar untuk menyertai sukan angkat berat turut diadakan. Ketua Unit bersama-sama Tuan Pengetua mengiringgi Tuan Pengarah melawat Pusat Latihan Negeri dan memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet yang sedia ada sebagai peransang untuk terus berjaya dalam sukan angkat berat. Program Klinik dan TID Sukan Angkat Berat tamat pada jam 11.45 pagi.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

LAPORAN UJIAN KECERGASAN BAGI SUKAN OLAHRAGA, ANGKAT BERAT DAN GIMNASTIK







Tarikh: 14 Ogos 2014 ( Khamis )
Masa: 4.00 Petang
Tempat: Dewan Kombat (MSNK).

KEHADIRAN :

1. En Syafiq bin Mad Ali ( USPTN )
2. En Mohd Syahir B. Mohamad Sabri ( USPTN )
3. En Hafizuddin Bin Rodzi ( USPTN )
4. En Mohd Hafiz Bin Ariffin ( USPTN )
5. Cik Nor Alya Bt Rosli ( ISN Kedah )
6. En Mohd Faez bin Mohd Ameer ( JSM Gimnastik )
7. En Abd Malek Bin Abd Rahman ( JSM Angkat Berat )
8. En. Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM Olahraga)


KEHADIRAN ATLET :

1. Olahraga : Lelaki = 17, Wanita = 4
2. Gimnastik : Lelaki = 4
3. Angkat Berat : Lelaki = 6, Wanita = 4


Ujian kecergasan yang dijalankan melibatkan 3 jenis sukan iaitu olahraga, angkat berat dan gimnastik. Unian ini telah diadakan di Dewan Kombat Majlis Sukan Negeri Kedah dan melibatkan seramai 4 orang staff USPTN Kedah, Pegawai ISN Kedah, 3 orang jurulatih dan 35 orang atlet. Semua atlet ini adalah dari 4 pusat latihan iaitu di Pusat Latihan SMK Alor Janggus ( Olahraga dan Angkat Berat ), Pusat Latihan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman ( Angkat Berat ), dan Pusat Latihan Negeri SK Jitra 3 ( Gimnastik ). Ujian kecergasan ini telah dikendalikan oleh pihka ISN Kedah iaitu Cik Nor Alya Rosli dan ujian yang dijalankan adalah Bleep Test.

Penilaian ujian ini akan dianalisis oleh piha ISN dan antara keputusan dalam ujian ini adalah bagi sukan olahraga yang tertinggi adalah tahap 10 / 4 dan yang terendah adalah 4 /3. Bagi sukan Angkat Berat pula yang teringgi adalah tahap 8 / 10 dan yang terendah adalah 3 / 3 manakala bagi sukan Gimnastik yang tertinggi adalah tahap 6 / 3 dan yang terendah adalah 5 / 2.

Rumusan dari ujian kecergasan telah diberikan oleh ISN dan antara perkara yang disentuh adalah mengenai tahap kecergasan atlet mengikut sukan masing-masing dan atlet perlulah menitikberatkan tahap kecergasan diri masing-masing. Selepas ini akan diadakan lagi ujian kercergasan pada bulan 10 dan pihak ISN mencadangkan ujain 2.4km akan diadakan kepada semua atlet USPTN Kedah supaya tahap kecergasan mereka sentiasa dipantau dan berada dalam tahap tahap kecergasan yang terbaik.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Sunday, August 17, 2014

PEMANTAUAN DAN KEJOHANAN DALAMAN BAWAH 14 TAHUN







Tarikh : 16.08.2014
Masa : 8.00 Pagi - 6.30 petang
Tempat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DULANG, YAN, KEDAH.

Kehadiran :

Jurulatih
1. En. Radzuan Bin Abd Ghani ( SMK DULANG, YAN )
2. En. Jaya Suriya Bin Saffar ( SMK TAMAN JELUTUNG, KULIM )
3. En. Anuar Bin Mat ( SK KULIM, KULIM )
4. En. Mohd Yusri Bin Md Rodzi ( SMK ALOR JANGGUS, ALOR SETAR )
5. En. Zulkifli Bin Major ( SMK MODEN KHAS, PENDANG )

Atlet : 96 orang

LATIHAN
1. Wamp up
2. Latihan kemahiran mengawal bola
3.Permulaan Pertandingan

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Peringkat Zon, Kuantan Pahang.

KECERDERAAN
Tiada


PERALATAN
Peralatan yg sedia ada


PROGRAM BINAAN
1. Kejohanan dalaman bawah 14 tahun 2014


ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa.
2. Program latihan dan kejohanan dalaman bawah 14 tahun fasa 1 dan kejohanan dalaman bawah 14 tahun fasa 2 akan diadakan di SMK Taman Jelutung, Kulim pada 23.08.2014 nanti.
3. Jurulatih memaklumkan latihan dan kejohanan dalaman ini ditumpukan kepada atlet tingkatan 1,2, untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diserapkan di dalam program pelapis negeri.


Sekian terima kasih
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan

LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARABANGSA CK KLASIK 2014






Tarikh : 8-10 Ogos 2014
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Malawati, Shah Alam, Selangor.
Bil. Atlet : 7 lelaki 2 perempuan
Bil. J/latih : 1 orang

Pasukan Pelapis USPTN.Kedah telah menyertai Kejohanan Taekwondo Antarabangsa CK Klasik Ke-8 2014, Shah Alam, Selangor. Antara atlet yang dibawa untuk menyertai kejohanan, Thevambigai A/P Raja (female super junior fin <23kg) kalah kepada Kelantan, Thevamsini A/P Raja (female super junior fin <23kg) kalah kepada Kelab Jagoh, Shasveen Raj A/L Kumar (male super junior fin <23kg) kalah kepada SPU Martial Art, Harishwaran A/L Ghandi (male super junior fly 23-25kg) kalah kepada Speed Power, Dinesh Tanabalan (male super junior welter 35-37kg) kalah kepada Kelantan Darul Naim, Abassh Veloo (male cadet 12-14 welter 49.1-53kg) mendapat pingat gangsa setelah kalah di pusingan ketiga kepada wakil dari kelab Smart. Kumaresan Chandran (male cadet 12-14 light 45.1-49kg) tidak dapt meneruskan perlawanan kerana mengalami kecederaan di pusingan kedua.

Pasukan Pelapis Kedah berjaya memungut satu gangsa sepanjang kejohanan ini. Latihan yang berterusan kepada para atlet harus diteruskan bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang pada masa akan datang

Sekian.
Laporan disediakan olah Mohd Syahir bin Mohd Sabri

Thursday, August 14, 2014

LAPORAN MESYUARAT JKK SUKAN OLAHRAGA BIL 1/2014






Tarikh : 12 Ogos 2014
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat MSNK


Kehadiran :
1. En Mohd Farid Mohd Fauzi ( Ketua Unit - Pengerusi )
2. En Martin Sherman Anak Minggu ( Jab. Belia dan Sukan Kedah )
3. En Idris Saad ( JSM )
4. En Azizan bin Abd Wahab ( Wakil SMK Alor Janggus )
5. En Sany bin Md Saat ( JSM PPS )
6. En Abdul Halim Md Noh ( Pengetua SMK Aman Jaya )
7. En Mahalingam Vyravan ( JSM )
8. En Zamsairon Mat Dan ( JSM )
9. En Hafizuddin Rodzi ( PPN - Setiausaha )


Agenda Mesyuarat

Antara perbincangan dalam mesyuarat ini adalah taklimat tentang program bagi sukan olahraga USPTN Kedah yang telah dijalankan dan akan dijalankan. Selain daripada itu, makluman mengenai pertukaran pusat latihan negeri di SMK Dato Bijaya Setia akan ditukarkan ke SMK Aman Jaya dan perbincangan bersama pengetua juga telah bersetuju untuk membolehkan pusat latihan olahraga pelapis negeri kedah diadakan di sekolah beliau. Selain itu, mesyuarat ini juga menyentuh mengenai prestasi para atlet Kedah di SUKMA Perlis 2014 yang telah memungut sebanyak 4 Emas, 4 Perak, dan 1 Gangsa. Banyak cadangan serta idea dari para jurulatih bagi meningkatkan mutu sukan olahraga terutamanya dalam program USPTN Kedah supaya lebih mantap dan berkesan. Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan dan bantuan dari pihak sekolah juga diharapkan bagi melahirkan atlet-atlet yang berpotensi untuk diketengahkan dan melalui Program Pelapis inilah mampu melahirkan atlet yang boleh mengharumkan nama sekolah, negeri dan seterusnya negara. Mesyuarat ditangguhkan dan berakhir pada jam 11.30 pagi




Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

LAWATAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA





Tarikh: 11 Ogos 2014 ( Isnin )
Masa : 5.00 Petang
Tempat: Padang SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Zamsairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 5 Lelaki, 4 Perempuan



LATIHAN
1. Warm Up
2. Drill
3. Latihan Kecergasan
4. Lari Pecut 40m, 60m, 80m



UJIAN
- Ujian Kecergasan akan diadakan pada 14 Ogos 2014 ( Khamis ) di Dewan MSNK pada jam 4.00 petang.



PERTANDINGAN
- Ada atlet yang terpilih untuk menyertai Kejohanan Antara Zon Akhir 2014, Pahang dan melakukan persediaan untuk menyertai Kejohanan Terbuka Olahraga Pahang 2014 yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 21 – 24 Ogos 2014.


KECEDERAAN
- Tiada



PROGRAM BINAAN
- Klinik dan TID Sukan Olahraga akan diadakan di SMK Aman Jaya dan tarikh belum ditentukan lagi.



ULASAN
1. Kehadiran agak kurang memuaskan kerana ada atlet yang terlibat dengan aktiviti sekolah.
2. PPN memaklumkan kepada jurulatih dan atlet supaya bersiap sedia untuk dijalankan ujian kecergasan dan ujian tersebut akan dikendalikan oleh pihak ISN.
3. Atlet yang akan menghadapi peperiksaan akan diberi kelonggaran dalam latihan dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada jurulatih.
4. Atlet berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi kejohanan yang terdekat.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi