Monday, June 16, 2014

LAWATAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 15 Jun 2014 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 10 Lelaki, 2 Wanita


LATIHAN

1. Standing Clean and Jerk 90 % x 6 set
2 . Back Squat x 8 set
3. Front Squat x 6 set

UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 2 / 2014 bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Keadaan platform yang rosak teruk dan sudah tidak dapat digunakan lagi.


PROGRAM BINAAN
- Program TID dan Klinik Sukan akan diadakan di SMK Alor Janggus dan tarikh belum ditentukan lagi.


ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.
2. PPN telah berbincang dengan pihak sekolah dan pihak sekolah bersetuju untuk menaiktaraf dewan ini dengan membaikpulih serta menambah 1 lagi ruang dewan untuk memperbesarkan dewan latihan sedia ada.
3. PPN diberitahu oleh pihak sekolah bahawa pihak JPN terutamanya Pengarah JPN Kedah akan membuat lawatan ke Pusat Latihan ini dan akan memberi peruntukkan kepada pihak sekolah untuk menaiktaraf pusat latihan ini berikutan kejayaan 2 atlet sekolah ini yang telah memperolehi 3 pingat gangsa di SUKMA Perlis 2014.
4. TID dan Klinik Sukan akan dijalankan sebelum puasa bagi menambah jumlah atlet terutamanya atlet wanita.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Wednesday, June 11, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPS ANGKAT BERAT







Tarikh: 10 Jun 2014 ( Isnin )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Pusat Latihan Sanglang ( PPS )

KEHADIRAN :

1. En Md Nor Osman ( JSM )
2. En Mohd Yusof Azmi

2. Atlet – 12 Lelaki, 2 Wanita



LATIHAN
1. Asas Clean & Jerk
2. Lompat Jauh ( Kekuatan Kaki )


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat PPS Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 2 / 2014 bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.



KECEDERAAN
- Tiada



PERALATAN
- Semua peralatan ini diperolehi daripada Pusat Latihan SMK Tunku Anum dan PPN akan memohon bantuan dari pihak MSNK untuk membekalkan platform yang sempurna kepada pusat latihan ini.


PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN

1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

2. PPN berbincang bersama jurulatih untuk memperkembangkan lagi pusat latihan ini terutamanya bagi menarik minat atlet wanita sekitar kampung tersebut.

3. Jurulatih En Mad Nor Osman ( JSM ) memantau prestasi semasa atlet di pusat latihan ini dan membantu En Mohd Yusoff Azmi untuk memperbaiki teknik-teknik asas angkatan.

4. Terdapat seorang atlet yang berpotensi untuk diketengahkan dan JSM ingin membawa beliau ke Pusat Latihan SMK Tunku Anum.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Monday, June 9, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN ANGKAT BERAT








Tarikh: 9 Jun 2014 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 12 Lelaki, 2 Wanita


LATIHAN

1. Front Squat x 6 set
2 . Back Squat x 8 set

UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 2 / 2014 bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Keadaan platform yang telah uzur dan member risiko kecederaan kepada atlet ketika menjalani latihan.


PROGRAM BINAAN
- Program TID dan Klinik Sukan akan diadakan di SMK Alor Janggus dan tarikh belum ditentukan lagi.


ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.
2. PPN mengucapkan tahniah kepada 2 orang atlet dari Pusat Latihan ini yang telah memperolehi 3 pingat gangsa di SUKMA Perlis 2014 melalui atlet wanita iaitu bagi kategori 48kg dan 58kg iaitu Farhana Nabila dan Nor Nisya Izureen.
3. Dewan lantai telah dibaiki oleh pihak sekolah dan PPN ingin memohon bantuan peruntukkan dari pihak MSNK untuk membeli getah lantai bagi mengelak dewan lantai kembali rosak.
4. Penumpuan pencarian atlet wanita akan diperhebatkan bagi menambah jumlah atlet wanita di kedua-dua pusat latihan.
5. Program PPS di Pusat Latihan Sanglang telah pun dibuka dan dijalankan serta dipergiatkan lagi serta permohonan telah pun dibuat ke pihak cawangan oleh Ketua Unit En Farid Mohd Fauzi.
6. Semua atlet menjalani latihan di luar dewan bagi membolehkan dewan lantai kering sepenuhnya.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi