Thursday, February 27, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SKUASY






Tarikh : 26 Febuari 2014 ( Rabu )
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah

KEHADIRAN :
1. En. Chong Pakkau (JPM)
2. En. Shahnawaz
3. Atlet - 16 Lelaki.
             - 4 Perempuan

LATIHAN
1. Short boast
2. Volley crosscourt

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Pelapis Skuasy Negeri Kedah Darul Aman akan mentertai kejohanan CIMB Rising Star National Junior Circuit 1 yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 Mac 2014 di Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
-

PROGRAM BINAAN
-

ULASAN
1. Perjalanan latihan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Jurulatih memberikan penerangan tentang latihan yang akan dibuat pada hari tersebut. Jurulatih terlebih dahulu menunjukkan demonstrasi tentang skill yang perlu dipelajari pemain seterusnya memecahkan para pemain kepada beberapa kumpulan untuk melakukan regangan dan memulakan latihan.
3. Atlet-atlet baru dilihat dapat menguasai skill yang diajar.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.

Tuesday, February 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT







Tarikh: 24 Februari 2014 ( Isnin )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman
2. Atlet – 10 Lelaki, 4 Perempuan

LATIHAN
1. Warm Up
2. Standing Clean and Jerk 80% - 90% x 2 x 6 set
3 . Wide Grip Jerk Press
4. Back Squat 90% x 6 set

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Zon Utara 1/2014 yang akan diadakan pada 14 – 16 Mac 2014 bertempat di Majlis Sukan Negeri Kedah.

KECEDERAAN
- Salah seorang atlet mengalami kecederaan pinggang dan menjalani latihan ringan sahaja. Kecederaan beliau akan dirujuk kepada pihak ISN dengan secepat mungkin.

PERALATAN
- Peralatan di pusat latihan ini seperti platform telah mengalami kerosakan yang teruk dan ini boleh meningkatkan risiko kecederaan kepada atlet ketika menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet yang memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.
2. PPN berbincang bersama jurulatih mengenai dewan angkat berat ini yang semakin uzur dari segi lantai yang telah mengalami kerosakan dan perbincangan akan dilakukan bersama pihak sekolah mengenai perpindahan dewan sedia ada ke dalam kelas yang disediakan oleh pihak sekolah.
3. Jurulatih memaklumkan atlet yang baru berdaftar dalam progam telah menunjukkan prestasi angkatan yang memuaskan dan perlu pengawasan yang sepenuhnya dari jurulatih.
4. Penekanan latihan tertumpu kepada teknik dan jumlah angkatan yang mampu diangkat dan aspek keselamatan atlet juga perlu ditingkatkan.
5. PPN menegur mengenai kebersihan dewan yang agak kurang memuaskan dan tindakan oleh jurulatih serta atlet perlu dilakukan segera.
6. Faktor kerosakan seperti platform sedikit sebnayak telah menganggu latihan dan risiko kecederaan yang mungkin dialami oleh atlet juga tinggi.

Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM BINAAN LATIHAN GIMNASTIK DI PLN KELANTAN









Program Latihan di Pusat Latihan Negeri Kelantan -Gimnastik Artistik

Seramai 7 orang atlet gimnastik artistik dan dua orang jurulatih separa masa (JSM) daripada pelapis Negeri Kedah telah dibawa untuk menyertai program latihan di PLN Kelantan pada 19-22 Februari 2014 yang lepas.

Objektif latihan ini di adakan adalah untuk memberi ruang kepada JSM untuk melatih atlet-atlet ke tahap skill yang lebih baik kerana kekangan yang dihadapi di pusat latihan sedia ada di negeri Kedah dan kelengkapan yang ada di PLN Kelantan. Selain itu, sdo yang hadir juga mahu melihat sendiri kondisi pusat latihan negeri Kelantan kerana JSM memaklumkan bahawa PLN Kelantan sesuai dijadikan contoh buat Kedah untuk membina gimnasium di PLN kelak.

Pasukan bertolak pada 19 haribulan menggunakan dua buah kereta dan menginap di Kenny Inn sepanjang dua hari program latihan dijalankan. Program latihan pada 20 haribulan bermula pada jam 8.30 pagi selepas sarapan. Sesi pagi berhenti pada jam 12.30 tengah hari dan disambung semula pada sesi petang bermula jam 3.00 petang hingga 6.30 petang.

Sesi pada hari kedua (21 haribulan) bermula pada jam 8.30 dan berehat sebentar pada jam 12.00 tengah hari untuk solat Jumaat. Latihan disambung semula bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam. Latihan selama dua hari ini fokus kepada latihan bagi acara 'vaulting' dimana gimnasium Kelantan yang mempunya 'pit' sesuai digunakan untuk meyakinkan atlet melakukan skill tanpa rasa takut.

Pasukan bertolak balik pada 22 haribulan pagi selepas sarapan dan tiba di Negeri Kedah pada jam 9.00 malam.

Pihak JSM berpuas hati dengan program yang dijalankan kali ini meskipun mengalami kekangan waktu latihan yang singkat kerana yakin prestasi atlet dapat ditingkatkan dengan lebih baik selepas latihan ini dan berharap kelak dapat menjalankan program yang sama dengan jangka masa lebih lama bagi memastikan atlet betul betul dapat impak daripada latihan yang dijalankan.

Daripada pihak USPTN Kedah, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak USPTN Kelantan atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang program diadakan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq bin Md. Ali.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH





TARIKH : 23 Februari 2014
MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : SMK Labu Besar

KEHADIRAN :
1. En. Kamal Arrifin (JSM)
2. Atlet: 4 Lelaki /2 Perempuan

LATIHAN :
1. Latihan ‘shooting’ mengikut jarak

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
Atlet pelapis negeri akan menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan 2014 di Kedah pada 26 Februari -2 Mac nanti.

PERALATAN :
-Bow
-Target butt
-Arrow

PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Atlet terlibat dengan latihan pusat sukan memanah Sukma bermula pada 20-25 Februari di SMK Labu Besar.
2. Kehadiran atlet akan bertambah pada sesi petang selepas sesi persekolahan.
3. Kesemua atlet yang berada di dalam latihan pusat akan ditapis buat kali terakhir berdasarkan perncapaian mereka di dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan 2014 nanti.
4. PPN juga telah memaklumkan tentang tarikh cadangan untuk penganjuran kejohanan peringkat zon utara nanti tetapi JSM memohon untuk menunda ke bulan April kerana kekangan yang dihadapi oleh JSM. Ini kerana JSM juga terlibat dengan Kejohananan MSSM Memanah di Labuan. Bagi soal penganjuran, pengerusi teknik persatuan yang merupakan JSM juga terlibat dalam kejohanan MSSM.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN SIRKIT 1/2014










Tarikh :17 hingga 20 Febuari 2014
Tempat : Dewan Angkat Berat SMK Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan.
Penyertaan : 3 Atlet Lelaki, 2 Atlet Wanita, 2 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Pasukan Angkat Berat Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1/2014 pada 17 hingga 20 Febuari 2014 yang telah diadakan di Dewan Angkat Berat SMK Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan. Sebanyak 15 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang turut disertai oleh Pelapis Kebangsaan dan juga pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ini merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh pasukan angkat berat pelapis pada tahun ini dan Pelapis Kedah telah menghantar seramai 5 orang atlet yang melepasi kelayakan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Kedah telah menghantar 3 orang atlet lelaki dan 2 orang atlet wanita bagi menyertai kejohanan tersebut.

Setelah diberi pendedahan kejohanan yang lepas, kebanyakkan atlet mununjukkan prestasi yang baik dan memberansangkan terutamanya atlet wanita iaitu Farhana Nabila Mohd Shamsudin (kategori 58 kg) yang mampu melakukan rekod angkatan peribadi beliau iaitu bagi acara clean and jerk iaitu dengan angkatan 71 kg dan acara snatch dengan angkatan 57 kg. Prestasi bagi atlet lelaki pula menunjukkan keputusan yang kurang memberansangkan kerana tiada angkatan yang dilakukan kecuali Abdul Malek Desa yang berjaya memperolehi pingat gangsa dalam kategori 105kg keatas. Hal ini kerana atlet ini terpaksa bersaing dengan atlet yang jauh lebih berpengalaman dan terpaksa memulakan angkatan dengan bebanan yang tinggi untuk memperolehi pingat. Secara keseluruhannya, prestasi atlet agak sederhana dalam kejohanan ini dan perbincangan dengan jurulatih telah dilakukan bagi meningkatkan lagi prestasi atlet angkat berat dalam mana-mana kejohanan yang akan diserta pada masa akan datang.

Berikut merupakan atlet yang berjaya meraih pingat dalam kategori masing-masing dalam Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1/ 2014 :

NAMA
SNATCH
CLEAN AND JERK
JUMLAH ANGKATAN
PINGAT
Farhana Nabila Mohd Shamsudin
(kategori 58kg)

57 kg
71kg
128kg
Perak
Mohd Malek Bin Desa
(kategori 105kg keatas)

125kg
165kg
290 kg
Gangsa
Noor Nisha Izzureen Norzri
(kategori 48kg)

Tiada
Angkatan
Tiada
Angkatan
Tiada
-
Mohd Yusuf Bin Azmi
(kategori 77kg)

Tiada
Angkatan
150kg
150kg
-
Khairul Anuar Bin Dollah
(kategori 85kg)

Tiada
Angkatan
Tiada
Angkatan
Tiada
-


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin bin Mohd Rodzi.

Sunday, February 23, 2014

Laporan Latihan Pra Kejohanan Lumba Basikal Trek Remaja (Sirkit 1/2014)






Tarikh : 20 Februari 2014 (Khamis)
Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Velodrom Cheras, Kuala Lumpur

Bil. Atlet : 8 lelaki & 1 perempuan
Bil. J/latih : 2 orang

Untuk hari kedua pasukan berbasikal PLN.Negeri Kedah Darul Aman di veledrom Cheras, sesi latihan bagi memantapkan pasukan untuk menyertai kejohanan yang akan berlangsung pada esok hari dimulakan dengan sesi latihan pada sebelah pagi bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelihatan pelumba-pelumba baru sudah dapat membiasakan diri dengan keadaan trek dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa didalam trek sudah difahami para pelumba. Disebelah petang pula, latihan untuk sesi kedua dijalankan bermula jam 3 petang.

Walaupun masalah kekurangan basikal trek masih tidak dapat diatasi, pasukan PLN Kedah tetap bersemangat untuk menjalani latihan. Sesi latihan petang dimulakan dengan pelumba melakukan pemanasan badan diikuti latihan team pursuit, team sprint, jump dan standing start 1 lap

Selepas kesemua latihan yang dirancang pihak jurulatih berjaya dijalankan. Para pelumba diberi sedikit taklimat tentang kejohanan yang bermula pada esok hari. Bagi jurulatih, untuk sirkit yang pertama ini berdasarkan faktor pelumba baru dan latihan yang singkat diatas trek, bukan kemenangan mutlak yang dicari tetapi cukup untuk para pelumba memberikan saingan yang padu kepada pihak lawan dan sekiranya pelumba pasukan mampu memberikan kemenangan. Itu dianggap bonus dan menunjukkan pasukan PLN Kedah berada dilandasan tepat untuk merangkul pingat pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syahir.

Wednesday, February 19, 2014

LAWATAN PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW











Tarikh : 18.02.2014
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar

Kehadiran :
Jurulatih
1. En. Zabidi Bin Shariff
2. En. Abd Malik Bin Samsudin

Atlet : 31 orang

LATIHAN
1. Wamp up
2. Latihan kemahiran mengawal bola
3. Latihan tubi dan kawalan bola
4. Latihan Pemilihan Regu

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan sepaktakraw Remaja PSM 2014

KECERDERAAN
Tiada

PERALATAN
Peralatan yg sedia ada


PROGRAM BINAAN
1. Kejohanan dalaman

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa.
2. Jurulatih memaklumkan untuk tahun 2014 latihan ditumpukan kepada atlet bawah 12 tahun dan atlet tingkatan 1,2,3 dan 4.
Sekian terima kasih
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan

Tuesday, February 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU






Tarikh : 14 Februari 2014
Masa : 7.15 pagi
Tempat : SMK Tunku Putera, Baling

Kehadiran
1. Ganesan a/l Ramasamy - JSM
2. Atlet - 16 lelaki

Latihan
1. School Boxing
2. Sparring

Ujian
- Tiada

Pertandingan
1. Kejohanan Pelapis Antara Zon (Utara), 1/2014 di Alor Setar, Kedah.

Kecederaan
- Tiada

Peralatan
- Tiada


Program Binaan
- Tiada

Ulasan
1. Latihan diadakan seawal jam 7.15 pagi.
2. Kehadiran atlet amat memuaskan.
3. Jurulatih menekankan teknik-teknik tumbukan agar atlet-atlet ini lebih berkeyakinan sewaktu bertanding nanti.
4. Jurulatih juga memberikan kata-kata semangat agar mereka lebih fokus semasa menjalani latihan dan lebih berdaya saing ketika menghadapi pertandingan nanti.

Sekian. Terima kasih.
Laporan disediakan oleh Nor Azian Hassan.

Wednesday, February 12, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT







Tarikh: 11 Februari 2014 ( Selasa )
Masa: 4.45 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman
2. Atlet – 7 Lelaki, 4 Perempuan

LATIHAN
1. Warm Up
2. Standing Snatch 80% - 90% x 6 set
3 . Snatch Pull 100% x 6 set
4. Front Squat 100% x 6 set

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1/2014 yang akan diadakan pada 16 – 20 Febuari 2014 bertempat di Dewan SMK Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan. Selain itu salah seorang atlet telah terpilih untuk menyertai Program Pelapis Serantau 2014.

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Peralatan di pusat latihan ini seperti platform telah mengalami kerosakan yang teruk dan ini boleh meningkatkan risiko kecederaan kepada atlet ketika menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet yang kurang memuaskan kerana ada atlet yang terlibat dengan aktiviti sekolah.
2. Pencarian atlet wanita perlu dilakukan dengan segera melalui Klinik dan TID Sukan kerana atlet wanita semakin berkurang.
3. Jurulatih memaklumkan atlet yang baru berdaftar dalam progam telah menunjukkan prestasi angkatan yang memuaskan dan perlu pengawasan yang sepenuhnya dari jurulatih.
4. Pendedahan teknik angkatan yang betul ditunjukkan oleh jurulatih kepada atlet baru bagi mengelak sebarang kecederaan.
5. PPN berbincang dengan jurulatih supaya penukaran tempat latihan perlulah ditukarkan dengan segera ke bilik darjah yang disediakan oleh pihak sekolah kerana tempat sedia ada sudah tidak mampu menampung jumlah atlet yang ada.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Sunday, February 9, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MSSK SUKAN MEMANAH 2014






TARIKH : 6 Februari 2014
MASA : 10.30 Pagi
TEMPAT : SMK Labu Besar

KEHADIRAN :
1. En. Kamal Arrifin (JSM)
2. En. Nadzry Hashim (JSM)

Pada 6 Februari 2014 hingga 9 Februari 2014 merupakan hari kejohanan memanah MSSK yang diadakan di SMK Labu Besar, Kulim. Kebanyakan atlet di dalam program menyertai kejohanan MSSK kali ini yang masing-masing mewakili daerah Kulim Bandar Baru dan Daerah Baling-Sik yang merupakan pusat latihan bagi program memanah di Negeri Kedah. Pagi ini bermula dengan ‘sighters’. Sesi petang akan bermula dengan jarak memanah 90M- 18L, 60M- 15L, dan 40M- 12L, 70M-18W -60M- 15W, 40M- 12W.

Kejohanan akan disambung pada esok hari dan tamat pada hari Ahad. Seramai 154 peserta dan 41 orang pegawai terlibat pada kejohanan kali ini. Dalam masa yang sama, JSM sedang melakukan 'scouting' bagi memilih atlet baru untuk dimasukkan di dalam program pelapis negeri pada sesi 2014. JSM juga memaklumkan akan berikan senarai nama atlet pelapis memanah yang akan terlibat dalam Sukma kali ini dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

Thursday, February 6, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA






Tarikh: 4 Febuari 2014 ( Selasa )
Masa: 4.00 Petang
Tempat: Padang MSNK

KEHADIRAN :
1. En. Zamsairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 3 Lelaki, 3 Perempuan

LATIHAN
1. Dinamik Warm Up
2. Drill ABC
3. Latihan Kecergasan, Bebanan dan Teknik

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada


KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN

1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.

2. Atlet menjalani latihan untuk melayakkan mereka mewakili sekolah dalam acara masing-masing dalam Kejohanan MSSD.

3. PPN berbincang dengan jurulatih supaya penambahan atlet perlu dilakukan terutamanya bagi acara lontaran dan terdapat beberapa sekolah yang akan dikenalpasti untuk dijadikan Pusat Latihan bagi Program Penggalakkan Sukan (PPS) dan perbincangan seterusnya akan dilakukan oleh pihak USPTN.

4. Perbincangan jurulatih dan PPN yang menyarankan supaya Klinik dan TID Sukan Olahraga diadakan di SMK Aman Jaya, Sungai Petani bagi acara pecut dan jarak jauh sementara bagi acara lontaran akan diadakan di SMK Alor Janggus, Alor Setar.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi