Wednesday, July 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 22 Julai 2014 ( Selasa )
Masa: 10.00 malam
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KEHADIRAN :
1. En Md Nor Osman
2. Atlet – 7 Lelaki, 1 Wanita



LATIHAN
1. Standing Clean and Jerk
2. Front Squat


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Antara Zon yang akan diadakan di Pahang.



KECEDERAAN
- Tiada



PERALATAN
- Semua peralatan berada dalam keadaan baik.


PROGRAM BINAAN
- Program TID dan Klinik Sukan akan diadakan di SMK Alor Janggus selepas Hari Raya Aidilfitri.


ULASAN
1. Kehadiran atlet memberangsangkan terutamanya atlet lelaki dan semua atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.
2. Jurulatih memberi taklimat berkaitan dengan latihan dan memperbetulkan teknik-teknik yang kurang kemas ketika latihan dijalankan.
3. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlet olahraga dari sekolah berkenaan mungkin akan menyertai sukan angkat berat dan sekarang telah pun menjalani latihan.
4. TID dan Klinik Sukan akan dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi menambah jumlah atlet terutamanya atlet wanita.
5. PPN merancang akan membuat permohonan untuk membuka satu lagi pusat latihan sokongan iaitu di SMK Sanglang dan jurulatih PPS iaitu En Yusoff Azmi merupakan calon untuk menjadi jurulatih di sekolah tersebut bermula tahun hadapan.
6. Program latihan yang lebih ringan berbanding hari-hari biasa dilakukan memandangkan latihan dilakukan di dalam bulan puasa.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment