Monday, April 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 17 April 2014 ( Khamis )
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KEHADIRAN :

1. En. Md Nor Bin Osman
2. En Abd Malek Bin Rahman
3. Atlet – 16 Lelaki, 4 Wanita


LATIHAN
1. Clean & Jerk
2 . Snatch Pull
3. Front Squat 90% x 6 set

UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1 / 2014 bertempat di Dewan IKBN Kuala Perlis, Perlis pada 22 – 27 April 2014.


KECEDERAAN
- Salah seoarang atlet mengalami kecederaan lutut dan direhatkan dalam menjalani latihan buat sementara waktu.


PERALATAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Seramai 3 orang atlet telah dipilih untuk menyertai Program Jangka Panjang 2020/2024 ( T20 ) pada 28 – 30 April 2014 bertempat di Pusat Ilmu, Janda Baik, Pahang.


ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet di PLN SMK Aor Janggus dibawa ke PLN Smk Tunku Anum untuk menjalani latihan bersama sebagai persiapan ke kejohanan di Perlis dan mendapat tunjuk ajar dari Jurulatih En Mad Nor Osman.
2. Atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan PPN menekankan bahawa disiplin atlet ketika menjalani latihan perlu dijaga dan perlu diberi penekanan.
3. PPN berbincang dengan jurulatih untuk menjemput jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu En Shahrizal untuk datang ke PLN SMK Tunku Anum bagi memberi tunjuk ajar mengenai latihan dan persiapan ke kejohanan memandangkan beliau telah berada di Alor Setar.
4. Program perjumpaan bersama ibu bapa akan dijalankan dan tarikh masih belum ditetapkan.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment