Sunday, December 29, 2013

Laporan Hari Kelapan Program Tindik Bersama PK

Tarikh : 22 Disember 2013 (ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 10.30 malam
Tempat : Tanah Rata, Cameron Highland

Bil. Atlet : 11 lelaki & 8 wanita
Bil.
J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PK : 1 orang

Hari kelapan program tindik dijalankan.
Aktiviti pada hari ini lebih kepada aktiviti santai buat semua atlet yang telah komited menjalani program tindik bermula daripada hari pertama program dijalankan.
Semua atlet diberi peluang untuk bersantai dan membeli belah di sekitar kawasan pasar di Brinchang.

Program pada hari terakhir akan bermula dengan atlet akan 'loading' semula barang-barang ke dalam lori, sarapan pagi dan seterusnya 'check out' daripada tempat penginapan untuk pergerakan pulang dimana tiga orang atlet kedah dan seorang atlet perlis akan bersama-sama sdo bergerak pulang ke utara tanah air.

Sekian, terima kasih,
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

Laporan Hari Ketujuh program Tindik Bersama Jurulatih PK







Tarikh : 21 Disember 2013 (sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Tanah Rata, Cameron Highland

Bil. Atlet : 11 lelaki & 8 wanita
Bil.
J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PK : 1 orang

Hari ketujuh program tindik dijalankan.
Aktiviti pada sesi pagi adalah leisure walk atau jungle walk dimana semua atlet dibawa berjalan melalui kawasan kawasan hutan sekitar Cameron Highland.

Pada sesi malam, aktiviti yang dijalankan adalah lebih khusus untuk melatih tahap keberanian dan ketahanan mental dan fizikal atlet dengan menjalankan aktiviti kembara malam atau night walk.
Program pada hari kelapan akan bermula pada jam 8.00 pagi

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

Laporan Hari Keenam Program Tindik Bersama Jurulatih PK






Tarikh : 20 Disember 2013 (jumaat)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Tanah Rata, Cameron Highland

Bil. Atlet : 11 lelaki & 8 wanita
Bil.
J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PK : 1 orang

Hari keenam program tindik dijalankan. Hari pertama program dijalankan di Cameron Highland.
Selepas sarapan pagi, semua atlet bergerak ke padang latihan bagi sesi latihan mengemaskan basic technique dan memanah pada jarak dekat.

Pada sesi petang, kesemua atlet diberi peluang untuk melawat kawasan kawasan menarik sekitar Cameron Highland.
Sesi taklimat ringkas diadakan oleh En. Othman dan En. Izuwan bagi perjalanan program sepanjang esok hari.
Program pada hari ketujuh akan bermula pada jam 7.45 pagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

Laporan Hari Kelima Program Tindik Bersama Jurulatih PK

Tarikh : 19 Disember 2013 (khamis)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Tanah Rata, Cameron Highland





Bil. Atlet : 11 lelaki & 8 wanita
Bil.
J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PK : 1 orang

Hari kelima program tindik dijalankan. Semua pegawai, jurulatih dan atlet 'check out' daripada tempat penginapan untuk bergerak ke Cameron Highland selepas sarapan pagi.

Sebanyak 4 buah van, 2 buah kereta dan sebuah lori digunakan semasa pergerakan ke Cameron Higland.

Pegawai, jurulatih, dan atlet memanah menginap di White Rose, Cameron Highland bagi baki program tindik sehingga 23hb ini.

Selepas selesai sesi makan malam, En. Othman mengadakan satu sesi taklimat ringkas kepada atlet mengenai tentatif program di Cameron Highland.
Program pada hari keenam akan bermula pada jam 7.45 pagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Safiq bin Md Ali.

Laporan Hari Keempat Program Tindik Memanah Bersama Jurulatih PK







Tarikh : 18 Disember 2013 (rabu)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Komplek Sukan MSN Keramat

Bil. Atlet : 11 lelaki & 9 wanita
Bil.
J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PK : 1 orang

Hari keempat program tindik dijalankan. Sesi pagi bermula daripada sarapan di komplek sukan Msn Keramat dan seterusnya latihan asas untuk semua atlet memanah. Warming up dikendalikan oleh atlet dan dibantu oleh En. Syafiq.

Latihan pada hari ini lebih kepada panahan pada jarak jarak tertentu yang dikendalikan oleh 3 jurulatih pelapis negeri.

En. Othman membetulkan teknik-teknik memanah kepada atlet pelapis.
Sesi pagi berakhir dengan mini games olympic round yang mempertandingkan semua peserta yang terlibat dalam program ini.

Sesi petang bermula pada jam 2.30 petang selepas solat dan makan tengahari. Sesi petang disambung dengan pertandingan olympic round buat semua peserta untuk kali kedua.

Cooling down dikendalikan sendiri oleh atlet.
Latihan dihentikan awal bagi tujuan penyimpanan alatan memanah ke dalam lori untuk dibawa ke Cameron Highland.

Pada jam 8.30 malam, En. Giam memberi sedikit taklimat ringkas mengenai pergerakan atlet ke Cameron Higland pada esok pagi dan penyerahan elaun perjalanan kepada pegawai, jurulatih dan atlet.

Pergerakan ke Cameron Highland daripada tempat penginapan adalah pada jam 8.30 pagi esok.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

Wednesday, December 18, 2013

Laporan Hari Ketiga Program Tindik Bersama Jurulatih PK







Tarikh : 17 Disember 2013 (selasa)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Komplek Sukan MSN Keramat
Bil. Atlet : 11 lelaki & 9 wanita
Bil.
J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PK : 1 orang

Hari ketiga program tindik dijalankan. Sesi pagi bermula daripada sarapan di komplek sukan Msn Keramat dan seterusnya latihan asas untuk semua atlet memanah. Warming up dikendalikan oleh En. Jefry Ngaiman dan dibantu oleh En. Zainuddin dan En. Amran.
En. Othman membetulkan teknik-teknik memanah kepada atlet pelapis.

Sesi petang bermula pada jam 2.30 petang selepas solat dan makan tengahhari. Kesemua atlet melakukan latihan memanah pada jarak 30M.
Sesi petang diakhiri dengan semua atlet dan jurulatih bermain futsal bersama. Cooling down di kendalikan oleh atlet pelapis kebangsaan.

Seorang atlet mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan, En. Giam telah bawa atlet ke klinik untuk tindakan lanjut dan dinasihatkan rehat selama dua hari.
Latihan pada hari keempat akan bermula pada jam 7.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

Laporan Hari Kedua Program Tindik Bersama Jurulatih PK






Tarikh : 16 Disember 2013 (isnin)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Komplek Sukan MSN Keramat
Bil. Atlet : 11 lelaki & 9 wanita
Bil. J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PN : 1 orang

Bermula jam 7.30 pagi, kesemua atlet bergerak dari tempat penginapan ke komplek sukan MSN Keramat untuk bersarapan dan seterusnya menjalani latihan sesi pagi dan petang bersama jurulatih pelapis kebangsaan dan dibantu oleh tiga orang jurulatih pelapis negeri iaitu En. Zainuddin Talib, En. Amran Hamidi dan En. Jefry Ngaiman.

Kesemua atlet nampak bersemangat untuk menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih pelapis kebangsaan iaitu En. Othman Wahab.
Latihan sesi pagi tamat pada jam 12.00 tengah hari dan disambung semula ke sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas makan tengahari. Latihan pada sebelah petang tamat jam 6.30 petang dan diakhiri dengan pemberian baju t-shirt kepada atlet dan sedikit 'feedback' ringkas daripada En. Othman Wahab.

Sesi makan malam bermula jam 7.30 malam, kemudiannya semua atlet dibawa balik ke tempat penginapan untuk berehat.
Program pada hari ketiga akan bermula pada jam 7.30 pagi esok.

Sekain, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

Monday, December 16, 2013

Laporan Hari Pertama Program Tindik bersama Pelapis Kebangsaan (PK)






Tarikh : 15 Disember 2013 (Ahad)
Masa : 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam
Tempat : Komplek Sukan MSN Keramat

Program tindik ini diadakan selama 9 hari bermula pada 15 Disember 2013 hingga 23 Disember 2013 yang bertempat di Komplek Sukan MSN Keramat dan di Cameron Highland.

Kesemua atlet, jurulatih dan pegawai menginap di Safari Hotel, Ampang bermula 15 Disember 2013 hingga 18 Disember 2013 dan akan bergerak ke Cameron Higland untuk menjalani latihan 'physical conditioning' bersama sama atlet PK yang lain.

Hari pertama program tindik dimulakan dengan pendaftaran atlet-atlet memanah yang terpilih hasil daripada program kem bakat yang lepas. Sehingga jam 10.00 malam, kesemua atlet yang telah berdaftar adalah seramai 19 orang yang terdiri daripada 11 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita dan daripada jumlah tersebut 3 orang terdiri daripada atlet memanah Kedah.

Perjalanan program pada hari pertama lebih menjurus kepada aspek pengurusan di mana En. Giam dan saya berhubung dengan sdo-sdo negeri berkenaan ketibaan atlet-atlet daripada negeri masing-masing.
Pada jam 4.30 petang, taklimat ringkas telah diberi oleh En. Giam kepada semua atlet berhubung tentatif program pada hari berikutnya.

Jam 7.45 malam, kesemua atlet diiringi oleh sdo dan jurulatih untuk sesi makan malam berdekatan dengan tempat penginapan atlet, dan program pada hari pertama berakhir pada jam 10.30 malam.
Program pada hari kedua akan bermula pada jam 7.30 pagi dengan sesi sarapan pagi dan seterusnya sesi latihan bersama jurulatih pelapis kebangsaan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md. Ali.

Wednesday, December 4, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA








Tarikh: 3 Disember 2013 ( Selasa )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Gimnasium MSNK

KEHADIRAN : 

1. En. Zamsairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 4 Lelaki, 6 Perempuan

LATIHAN

1. Warm Up 3 pusingan padang
2. Drill ( Bounding, Back Kick, High Knee, Lunges, Ankle Flick )
3. Shuttle Run 10 m – 30 s
4. Sit Up with medicine ball – 30 s
5. Lunges with medicine ball – 1- step
6. Throwing medicine ball – 10 kali
7. Lari pecut 20 m
UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Seramai 6 orang atlet menyertai Program Latihan Bersama Jurulatih Kebangsaan yang diadakan pada 21 Oktober hingga 31 Disember 2013 bertempat di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ULASAN

1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Latihan dijalankan di dalam gymnasium MSNK dan tumpuan latihan adalah dari segi kekuatan dan kecergasan atlet.
3. Terdapat beberapa atlet Pelapis telah dipilih untuk menyertai Pasukan Olahraga SUKMA negeri pada tahun hadapan.
4. Tahap kecergasan atlet yang perlu ditingkatkan kerana ada atlet yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM dan baru sahaja menjalani latihan.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

PROGRAM LATIHAN BERSAMA JURULATIH PELAPIS SERANTAU







Seramai 6 orang atlet Pelapis Kedah bagi Sukan Olahraga telah menjalani Program Latihan Bersama Jurulatih Pelapis Serantau Anjuran Majlis Sukan Negara yang telah diadakan pada 21 Oktober 2013 hingga 31 Disember 2013 di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Sesi latihan dilakukan sebanyak 2 sesi iaitu satu sesi di waktu pagi dan satu sesi di waktu petang. Atlet yang terpilih ini adalah dari acara tukul besi, lontar peluru dan acara pecut.

Berikut merupakan senarai atlet yang menjalani latihan tersebut :
1. Fatin Nabihah Binti Ibrahim ( Tukul Besi )
2. Mohamad Farhan Bin Hamdi ( Tukul Besi )
3. Noor Imanina Binti Idris ( Lontar Peluru )
4. Loqman Nur Bin Salman ( 400 M )
5. Mohd Ifran Bin Azhar ( 110 M L/Pagar )
6. Mohd Ihsan Bin Azhar ( 100,200 M )

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Hafizuddin bin Mohamad Rodzi.