Sunday, October 20, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SKUASY









Tarikh : 08.10.2013
Masa : 5.00 Petang
Tempat : GELANGGANG SKUASY, KOMPLEKS SUKAN MUADZAM SHAH, ALOR SETAR.

Kehadiran :
Jurulatih
1. En. Chong Pak Kau
2. En. Jrar Aslam
Atlet : 26 orang

LATIHAN
1. Wamp up
2. Latihan Sparing Partner
3. Run Court

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Skuasy Piala Ong Beng Hee/Nicol David 2013

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Peralatan yg sedia ada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa
2. Jurulatih memaklumkan latihan ditumpukan untuk Kejohanan Skuasy Piala Ong Beng Hee/Nicol David 2013 yang berlangsung pada 21 - 27 Oktober 2013 di Kota Bahru, Kelantan.
4. Jurulatih juga memaklumkan bahawa telah memohon penambahan gelanggang skuasy dari Exco Sukan Negeri Kedah dan masih lagi dalam perbincangan.

Sekian terima kasih
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan

Tuesday, October 8, 2013

LAWATAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN






Tarikh: 3 Oktober  2013 ( Khamis )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Kompleks Sukan Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah

KEHADIRAN : 
 1. En. Karimi Bin Abu Bakar (JPM)
2. Atlet – 5 Lelaki, 2 Perempuan

LATIHAN
1. Latihan Fizikal ( Warm Up )
2. Tacking
3. Latihan Gybing
4. Teori Capzise Drill 

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Keadaan cuaca yang hujan menyebabkan latihan dijalankan agak sedikit lewat.
2. Kehadiran atlet amat memuaskan.
3. Jurulatih memberi taklimat mengenai latihan Tacking ( membelok dalam keadaan bertentangan dengan angin ) dengan betul secara teori sebelum dilakukan di air.  
4. Jurulatih memberi teguran berkenaan dengan penjagaan bot yang kurang dititikberatkan oleh atlet.
5. Sebelum atlet turun ke air, semua bot dan peralatan perlulah di periksa dan dipasang dengan betul bagi mengelak kerosakan dan menganggu perjalanan latihan.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi


Wednesday, October 2, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN






Tarikh: 25 September 2013 ( Rabu )
Masa: 4.00 Petang
Tempat: Kompleks Sukan Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah

KEHADIRAN :  

1. En. Karimi Bin Abu Bakar (JPM)
2. Atlet – 5 Lelaki, 3 Perempuan

LATIHAN
1.    Latihan Fizikal ( Warm Up )
2.  Latihan Tacking
2.   Tac33.  Latihan Jibing
4.    Mark Rounding
UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Latihan dijalankan agak sedikit lewat kerana jurulatih menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Sukan  Pelayaran Bil 1/2013.
2. Kehadiran atlet amat memuaskan.
3. Persiapan bot dijalankan dengan teliti dan perlu pengawasan sepenuhya oleh jurulatih.
3. Taklimat berkenaan latihan dan demo oleh jurulatih dilakukan sebelum atlet menjalankan praktikal di air dan jurulatih menyarankan atlet supaya peka dalam setiap arahan yang dikeluarkan.
4. Atlet bersemangat dalam menjalani latihan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin bin Mohd Rodzi.


Tuesday, October 1, 2013

LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT, TINJU DAN BERBASIKAL







Tarikh  : 27-28 September  2013
Sukan : Angkat Berat, Tinju, dan Berbasikal
Tempat : SMK Tunku Putera, Baling,  Kedah Darul Aman.

Kehadiran : 1) Keseluruhan Peserta: 110 orang
                     2) Pegawai USPTN : 5 orang
                     3) Pegawai ISN : 7 orang
                     4) Jurulatih - 6 Jurulatih

Bertarikh 27 hingga 28 September  2013, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah dengan kerjasama pihak Institut Sukan Negara dan  SMK Tunku Putera  telah menganjurkan program Klinik dan TID bagi sukan angkat berat, tinju dan berbasikal bagi memperkenalkan ketiga-tiga sukan tersebut kepada pelajar-pelajar serta mengenal pasti bakat-bakat baru yang berpotensi untuk dimasukkan ke dalam program pelapis negeri Kedah.  Sepanjang dua hari program dijalankan, penyertaan dan kerjasama di antara pihak ISN, sekolah, pelajar-pelajar, dengan pihak USPTN Kedah berjalan dengan lancar dimana penyertaan keseluruhan pelajar bagi kedua-dua sukan mencapai hampir 110 orang. Berikut merupakan tentatif perjalanan program klinik dan TID yang telah dijalankan:

Sesi pada hari pertama program dimulakan dengan pendaftaran pelajar-pelajar yang berminat megikuti program ini. Program diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pemangku Ketua Unit USPTN, En. Mohd Farid B Mohamad Fauzi dan seterusnya merasmikan program Klinik dan TID sukan tersebut.
Program diteruskan dengan sesi taklimat daripada pegawai-pegawai ISN mengenai pengenalan sukan dan kelebihan terpilih menjadi atlet pelapis negeri. Selepas selesai taklimat, para pelajar telah diuji dengan beberapa ujian yang dilakukan oleh pihak ISN dari Unit TID. Antara ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:

JENIS UJIAN
ANGKAT BERAT
BERBASIKAL
TINJU
Antropometrik
/
/
/
Kuasa
/
/
/
Kelenturan
/
/
/
Kekuatan
/
/
/
Kepantasan
/
/
/
Daya Tahan Otot

/
/

Selepas selesai ujian dilakukan, jurulatih tinju pelapis negeri, En. Ganesan telah menunjukkan sedikit demo suka tinju kepada para peserta sebagai langkah untuk menaikkan semangat para peserta.
Upacara penutup bagi program ini di sempurnakan oleh Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri iaitu En. Mohd  Farid b Mohamad Fauzi dengan memberi sepatah dua kata bagi semua yang hadir program Klinik dan TID Sukan pada kali ini, dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak ISN, sekolah-sekolah berhampiran serta atlet sendiri yang telah hadir ke program selama dua hari.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq.