Sunday, July 28, 2013

Laporan Pemantauan Sukan Taekwondo






Tarikh   :  27.7.2013
Masa    :  10.00 Pagi
Tempat :  SMK Dato' Bijaya Setia

KEHADIRAN:
1.       En. Sivakumar A/L Muniam (JSM)
2.       4 orang atlet lelaki

LATIHAN:
1. Latihan kicking technique
2. Latihan sparring technique

UJIAN:
-Ujian kecergasan kemungkinan akan dilakukan pada 24.8.2013 (Sabtu).

PERTANDINGAN:
·      Pertandingan terdekat ialah Kejohanan Taekwondo MSSK yang akan diadakan di SMK Kulim pada 7.9.2013.

KECEDERAAN:
-Tiada

PERALATAN:
1.   Kicking target

PROGRAM BINAAN:
-Tiada

ULASAN:
1.  Kehadiran atlet kurang memberangsangkan.

2.   Hasil daripada perbincangan, PPN yang dibantu oleh Jurulatih akan melakukan ujian kecergasan untuk atlet pelapis pada 24.8.2013.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq bin Md Ali.

Monday, July 22, 2013

Laporan Pemantauan Sukan Olahraga






Tarikh: 21 Julai 2013 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, Alor Setar.

KEHADIRAN :
1. En. Zamsairon Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 7 Lelaki, 8 Perempuan 

LATIHAN
1. Warm Up ( 2 pusingan padang )
2. Drill ( Bounding, Back Kick, High Knee, Lunges, Ankle Flick )
3. Latihan Kecergasan.
4. Latihan Teknik.

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Olahraga Kedah akan menyertai  Kejohanan Terbuka Selangor 2013 pada 14 September dan 15 September 2013 yang akan diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Jurulatih memberi taklimat tentang latihan yang akan dijalankan serta fungsi dan keberkesanan latihan yang dilakukan terhadap prestasi atlet.
3. Jurulatih menunjukan demo teknik yang akan dilakukan oleh atlet supaya atlet lebih memahami dan dapat melakukan teknik latihan dengan betul.
4. Semua atlet dapat melakukan latihan dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan berpuasa.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin bin Mohamad Rodzi.

Sunday, July 21, 2013

Laporan Pemantauan Sukan Gimnastik







Tarikh   :  18.7.2013
Masa    :  5.00 Petang
Tempat :  SK Jitra 3

KEHADIRAN:
1.       En. Ahmad Sabri Bin Mansor (JSM)
2.      3 orang atlet perempuan
3.       4 orang atlet lelaki

LATIHAN:
1. Latihan kecergasan
2. Latihan physical strength

UJIAN:
-Tiada

PERTANDINGAN:
-Tiada

KECEDERAAN:
-Tiada

PERALATAN:
-Tiada

PROGRAM BINAAN:
-Tiada

ULASAN:
1.    Jurulatih memberi kelonggaran kepada atlet untuk mengikuti jadual latihan kerana majoriti atlet gimnastik beragama Islam dan rata-rata di bawah umur 10 tahun.
2.    Latihan yang dijalankan lebih banyak ditekankan kepada aspek stamina.
3   Jurulatih bijak memenuhi sesi latihan dimana atlet yang hadir diberi peluang untuk bermain tenis dalam suasana rekreasi. Ini dapat mengelakkan atlet daripada jadi bosan akibat tekanan daripada latihan yang selalu dilakukan. 
4. Ibu bapa yang hadir ke pusat latihan negeri sedikit sebanyak membantu meningkatkan motivasi atlet ketika menjalani latihan di bulan ramadhan.
5. Pegawai Pembangunan Negeri juga memaklumkan kepada JSM bahawa surat memohon dewan gimnastik sudah dihantar ke Majlis Sukan Negara, dan sekarang  menunggu tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq bin Md Ali.

Tuesday, July 16, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO










Tarikh   :  15.7.2013
Masa    :  8.30 Malam
Tempat :  PLN Vision Taekwondo

KEHADIRAN:
1.       En. Sivakumar A/L Muniam (JSM)
3.       9 orang atlet lelaki
4.       1 orang atlet perempuan

LATIHAN:
1. Latihan kicking by partner

UJIAN:
-tiada

PERTANDINGAN:
·      Pertandingan terdekat yang bakal dihadapi ialah Kejohanan Sport Excell Grand Final yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 14-15 September 2013.

KECEDERAAN:
-Atlet yang cedera pada kejohanan lepas sudah kembali melakukan latihan ringan yang dipantau jurulatih.

PERALATAN:
1.   Mats
2.   Kicking target

PROGRAM BINAAN:
-Tiada

ULASAN:
1.    Latihan dijalankan seperti biasa tetapi atlet yang beragama Islam diberi pelepasan daripada latihan pada sebelah malam dan hanya melakukan latihan pada sebelah pagi.
2.   Seramai dua orang atlet iaitu Kausallyah a/p Morthi dan Mohd Lutfi Amir bin Mazlan telah layak ke Pelapis Serantau. 

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq bin Md Ali.


LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA






Tarikh: 16 Julai 2013 ( Isnin )
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya, Sungai Petani ( PLN Sokongan )

KEHADIRAN :  
1. En. Idris bin Saad (JSM)
2. Atlet – 2 Lelaki, 4 Perempuan

LATIHAN
1. Warm Up ( 3 pusingan padang )
2. Drill ABC
3. Latihan Plyometric.
4. Latihan Teknik.

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Salah seorang atlet lelaki iaitu Lim Aun Hui mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada 

ULASAN
1. Latihan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Latihan yang dijalankan mengikut kesesuaian dan kemampuan atlet memandangkan atlet yang beragama Islam menjalani ibadah puasa.
3. Jurulatih sentiasa memantau latihan yang dilakukan bagi mengelak sebarang kecederaan berlaku.
4. Penumpuan latihan diberikan kepada atlet balingan bagi memperbaiki teknik-teknik lontaran yang betul.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi