Wednesday, March 27, 2013

Pemantauan PLN Angkat Berat (SMK Alor Janggus)






Tarikh: 26 Mac 2013
Masa: 4.00 Petang
Tempat: SMK Alor Janggus.

Kehadiran: 
1. En. Mohd Norshah Rizal Bin Ruslan
2. Atlet - 7 lelaki, 2 wanita

LATIHAN
1. Standing Clean Jerk
2. Front Squat
3. Military Press


UJIAN
-
Tiada
-
PERTANDINGAN
-
KECEDERAAN
-
Tiada
-
PERALATAN
-
Tiada

PROGRAM BINAAN

1. Empat Orang atlet iaitu 2 lelaki dan 2 wanita telah mengikuti Kem Bakat Angkat Berat Siri 1/2013 yang bertempat di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman pada 16 - 22 Mac 2013.

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Kehadiran atlet wanita kurang memuaskan.
3. Sebahagian atlet terlibat dengan sukan sekolah.
4. SMK Alor Janggus telah mendapat Gym Angkat Berat baru. Gym baru ini lebih selesa berbanding tempat latihan sebelum ini. Peruntukan gym ini disalurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid b. Mohammad Fauzi

Sunday, March 10, 2013

JAWATAN KOSONG – PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN (S27) DAN PEMBANTU TADBIR (N17) DI USPTN KEDAH








SYARAT LANTIKAN

1. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (S27)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia @ kelayakan yang diiktiraf setaraf  oleh kerajaan; atau

    (ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Dan

d) lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia & sukan) 


2. PEMBANTU TADBIR (N17)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer
dan/atau mengambil trengkas).


Sila hantar resume anda kepada ;

Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah
Majlis Sukan Negeri Kedah
05150 Jalan Suka Menanti
Alor Setar , Kedah Darul Aman.



Tarikh Tutup : 15 Mac 2013