Thursday, January 31, 2013

SESI PENERANGAN PROGRAM PELAPIS DAN SUKAN ANGKAT BERAT






Sesi Penerangan Program Pelapis dan Sukan Angkat Berat kepada Ibu Bapa.

Tarikh : 30 Januari 2013

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Bilik Wawasan, SMK Alor Janggus.

Kehadiran : 1 PPN, 1 JPM Angkat Berat, 3 Guru SMK Alor Janggus, 9 orang waris


Pihak USPTN Kedah dengan Kerjasama pihak SMK Alor Janggus telah mengadakan satu program penerangan berkaitan pelaksanaan program pelapis kepada ibu bapa pelajar sukan Angkat Berat. Program ini juga merupakan kesinambungan dari program TID yang telah dijalankan pada 27 dan 28 Januari 2013 yang lalu. Penerangan ini hanya ditumpukan kepada ibu bapa pelajar-pelajar wanita yang baru terpilih semasa menjalani ujian TID yang lalu sahaja, ini adalah kerana pelajar-pelajar tersebut tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa masing.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari YBhg Puan Hajjah Rahmah iaitu pengetua SMK Alor Janggus. Pembentangan berkaitan Program Pelapis telah diberikan oleh pihak USPTN Kedah. Seterusnya sedikit penerangan berkaitan Sukan Angkat Berat dan berkenaan jadual latihan diberikan oleh Jurulatih Angkat Berat iaitu En. Mohd Norshah Rizal.

Sesi soal jawab juga turut dibuka kepada ibu bapa dan pelajar untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Sukan Angkat Berat ataupun Program Pelapis.

Sesi penerangan ini juga turut menyatakan peranan ibu bapa dalam membantu melaksanakan program di peringkat sekolah. Pihak sekolah juga memaklumkan kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah telah mendapat kelulusan dari pihak JPN untuk membina Dewan latihan Angkat Berat "Mini Gymnasium" supaya latihan dijalankan dengan lebih selesa. Dalam sesi penerangan ini juga turut memperjelaskan mengenai hala tuju pelajar dalam bidang sukan yang diceburi. Turut dijemput semasa sesi penerangan ini adalah 2 atlet senior wanita yang telah  mencapai kejayaan mengharumkan nama sekolah sebagai penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar baru terutamanya pelajar wanita  untuk menceburi sukan Angkat Berat. Hasil dari sesi penerangan ini, 5 atlet wanita sahaja yang meneruskan minat untuk menceburkan diri dalam sukan Angkat Berat.

Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Alor Janggus dalam membantu dan berkerjasama untuk melancarkan pelaksanaan program ini.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim.

LAPORAN PROGRAM KLINIK PENGENALAN SUKAN DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT, OLAHRAGA DAN SEPAK TAKRAW 2013












 
Tarikh  : 27 - 28 Januari 2013

Sukan : Angkat Berat, Olahraga dan Sepak Takraw

Tempat : SMK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah Darul Aman.


Kehadiran : 1) Peserta - 123 Lelaki dan 115 Wanita  = 238 orang
                  2) Pegawai - 9 Pegawai
                  3) Jurulatih - 4 Jurulatih
                  4) Pembantu - 15 Orang Atlet Senior

SMK Alor Janggus merupakan Pusat Latihan Sokongan kepada Program Pelapis Negeri Kedah dan juga sebagai pusat penempatan atlet – atlet bagi menjalani program latihan. Bagi meyambung kesinambungan tahun 2012, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah dengan kerjasama SMK Alor Janggus telah menganjurkan Klinik Sukan dan TID bagi 3 jenis sukan iaitu Sukan Angkat Berat, Sukan Olahraga dan Sukan Sepak Takraw.  Penyertaan pelajar bagi program ini amat memberangsangkan dengan kerjasama pihak sekolah yang sangat baik. Jadual perjalanan program adalah seperti berikut:

Hari Pertama ( 27 Januari 2013 )

Hari pertama kami mengambil pendekatan untuk mempromosi sukan dengan mengadakan taklimat daripada jurulatih berkenaan pengenalan peralatan sukan terbabit dan juga demo sukan. Selepas selesai taklimat daripada jurulatih, para pelajar telah diuji dengan beberapa ujian seperti berikut :


1) Standing Broad Jump
2) Jangkauan melunjur
3) Tekan Tubi
4) Bangun Tubi
5) Lompatan Menegak
6) Pecut 40m


Setelah ujian selesai dijalankan, Jurulatih telah membuat pemilihan dan memilih pelajar-pelajar yang mempunyai saiz fizikal yang sesuai untuk sukan masing-masing. Semua pelajar yang terpilih akan dinilai dengan ujian spesifik sukan masing-masing pada hari kedua.

Atlet yang telah disenarai pendek untuk ujian spesifik ialah :

1) Olahraga - 16 Lelaki dan 17 Wanita
2) Angkat Berat - 17 Lelaki dan 9 wanita
3) Sepak Takraw - 30 Lelaki

Hari Kedua (28 Januari 2013)

Pada hari kedua, pelajar yang terpilih pada hari pertama akan dinilai melalui ujian spesifik sukan masing-masing.
Berikut merupakan pelajar yang telah disenarai pendek mengikut sukan :

1) Olahraga - 16 Lelaki dan 17 Wanita
2) Angkat Berat - 9 Lelaki 2 Wanita
3) Sepak Takraw - 10 Lelaki

Berikut merupakan ujian spesifik yang dijalankan mengikut sukan :

1) Olahraga - Teknik Asas Merejam Lembing, Lontar Peluru, Lempar Cakera dan teknik asas drill ABC.

2) Angkat Berat - Back Squat -Lelaki dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kategori bawah (20 kg - 35 kg) dan kategori atas (35 kg - 40 kg) manakala bagi  wanita, (15 kg - 25 kg)  Tujuan ujian ini ialah bagi melihat kekuatan kaki dan pinggang pelajar yang dipilih. 

3) Sepak takraw - kawalan bola dan lenturan. 

Pengkhususan klinik dan TID ini ialah bagi memlih atlet bagi acaran lontaran bagi sukan olahraga. Manakala bagi sukan Angkat Berat penumpuan ialah kepada pencarian atlet - atlet wanita yang semakin berkurangan. Terdapat 10 pelajar wanita yang terpilih pada awalnya tidak dapat menyertai sukan ini memandangkan tidak mendapat kebenaran dari ibu - bapa masing - masing kerana persepsi negatif ke atas sukan ini. Berlanjutan dari ini, satu taklimat bersama ibu - bapa pelajar tersebut akan diadakan pada 30 Januari 2013 pada jam 9.30 pagi bertempat di SMK Alor Janggus bagi mewujudkan pemahaman kepada ibu - bapa tersebut berkaitan sukan Angkat Berat.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal b. Hashim.