Sunday, December 30, 2012

KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 02/2012 PULAU PINANG








Pasukan Pelapis Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Zon Utara 2/2012 bertempat di Super Gym Pulau Pinang pada 29 Disember 2012.

Seramai 7 atlet telah menyertai kejohanan pada kali ini terdiri daripada 2 atlet wanita dan 5 atlet lelaki yang dikendalikan oleh Jurulatih En. Mohd Norshah Rizal. Berikut keputusan Kejohanan Angkat Berat Zon Utara 02/2012 bagi atlet-atlet Angkat Berat Negeri Kedah.

Kategori Bawah 14 tahun.

1. Nurhanis Bin Abu Bakar (Kat 45Kg)
Snacth : 27Kg (Perak), clean & Jerk : 37Kg (Perak).
2. Fakrunnaim Bin Ibrahim (Kat 52Kg)
Snacth : 57Kg (Emas), Clean & Jerk : 73Kg (Emas)
3. Nurhamizan Bin Abu Bakar (Kat 56Kg)
Snacth : 47Kg (Emas), Clean & Jerk : 60Kg (Emas)
4. Mohd Syamil Ikmal Bin Abu Bakar (Kat 69Kg)
Snacth : 63Kg (Emas), Clean & Jerk : 76Kg (Emas).
5. Farhana Nabila Bt Mohd Shamsudin (Kat 53Kg keatas)
Snacth : 48Kg (Emas), Clean & Jerk : 57Kg (Emas)

Kategori Bawah 16 tahun

1. Noor Nisha Izzureen Bt Norzri (Kat 48Kg)
Snacth : 43Kg (Emas), Clean & Jerk : 53Kg (Emas)
2. Mohd Redwan Bin Hussin ( Kat 69Kg)
Snacth : 63Kg (Gangsa), Clean & Jerk : 83Kg(Gangsa)

Pada kejohanan kali ini semua atlet menunjukkan prestasi yang baik dimana mereka telah memecahkan rekod peribadi masing-masing.

 Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal b Hashim.

Wednesday, December 12, 2012

KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2012 - SELANGOR


Karnival Remaja Kebangsaan Siri 2/2012- Selangor akan berlangsung pada 10 hingga 14 Disember 2012 di negeri Selangor. Seramai 44 orang atlet dari negeri Kedah akan menyertai karnival tersebut. Moga semua atlet dapat mempamerkan aksi yang cemerlang serta berjaya meraih pingat untuk negeri Kedah.

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SUKAN GIMNASTIK.



Tarikh: 10 Disember 2012
Tempat : Gimnasium 3, Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Mesyuarat bermula dengan taklimat daripada Pegawai Teknikal sukan gimnastik. Tiada isu berbangkit didalam mesyuarat kali ini.

Mesyuarat juga menyentuh berkenaan dengan pertukaran pemain dan pendaftaran pemain. Mesyuarat berlangsung selama 15 minit.

Seramai 5 orang atlet dan 2 jurulatih Kedah telah menyertai karnival pada kali ini.

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SUKAN TINJU


Tarikh : 10 Disember 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat SUKSES, MSN Selangor
Masa : 8.30 Malam

Mesyuarat dimulakan dengan semua pengurus pasukan dan jurulatih membuat semakan semula berkaitan dengan pendaftaran dan membuat pengesahan setiap kategori.

Seramai 5 orang atlet dan 2 jurulatih Kedah telah menyertai karnival pada kali ini.

Berkenaan dengan peraturan pertandingan, terdapat perubahan dimana atlet yang berumur 14 tahun boleh bertanding. Perubahan ini tidak dimaklumkan lebih awal.

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SUKAN ANGKAT BERAT.






Tempat : Bilik Mesyuarat Kompleks Akuatik, Shah Alam

Masa : 8.30 Malam.

Mesyuarat dimulakan dengan semua pengurus pasukan dan jurulatih membuat semakan semula berkaitan dengan pendaftaran dan membuat pengesahan setiap kategori lelaki dan wanita.

Untuk makluman tuan jumlah keseluruhan penyertaan pada Karnival kali ini adalah seramai 102 atlet.

Seramai 8 orang atlet Kedah telah menyertai Karnival pada kali ini iaitu 5 atlet lelaki dan 3 atlet wanita dan 2 jurulatih. Pasukan Kedah telah membuat sedikit perubahan kategori wanita iaitu Nuraisyah Bt Mahamud iaitu dari Kategori 48Kg kepada 53Kg dan Kategori lelaki  iaitu Ku Muhamad Yuzir Bin Ku Ibrahim dari Kategori 77Kg kepada 85Kg.

Berkenaan dengan peraturan pertandingan, tiada perubahan dilakukan dan semua pengurus pasukan dan jurulatih bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan dan tiada isu berbangkit.

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SUKAN MEMANAH



Tarikh :10 Disember 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat SUKSES, MSN Selangor
Masa : 5.00 Petang

Mesyuarat dimulakan dengan semua pengurus pasukan dan jurulatih membuat semakan semula berkaitan dengan pendaftaran dan membuat pengesahan setiap kategori 1 dan 2, lelaki dan

Seramai 13 orang atlet Kedah telah menyertai Karnival pada kali ini iaitu 6 atlet lelaki dan 7 atlet wanita dan 2 jurulatih.

Berkenaan dengan peraturan pertandingan, tiada perubahan dilakukan dan semua pengurus pasukan dan jurulatih bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan dan tiada isu berbangkit.

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SUKAN SEPAK TAKRAW



Tarikh: 10 Disember 2012
Tempat : Bilik Seminar Pusat Akuatik Darul Ehsan
Masa: 8.00 Malam.

 Mesyuarat pengurus pasukan bagi Sukan Sepak Takraw kali ini berjalan dengan lancar. Pegawai teknikal telah memberi taklimat berkenaan dengan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa pertandingan.

Semakan pendaftaran dan pertukaran atlet juga dilakukan di dalam mesyuarat ini. Pertukaran nama pemain hanya boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus pasukan sahaja dan tidak boleh dilakukan semasa hari pertandingan.

Sebanyak 11 negeri telah menyertai KRK bagi sukan sepak takraw kali ini. Pasukan Kedah telah diundi seperti berikut:

Bawah 21

Kumpulan B

B1) P.Pinang
B2) Kedah
B3) Melaka
B4) SSTMI A

Bawah 18

Kumpulan D
D1) Negeri Sembilan A
D2) SSTMI A
D3) Kedah
D4) Kelantan

Pasukan Kedah hanya menyertai regu bawah 18 tahun dan regu bawah 21 tahun.

Sunday, December 2, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK










Tarikh              : 30 NOVEMBER 2012
Masa                : 9.30 – 11.30 PM
Tempat            : SK JITRA 3, JITRA.

Kehadiran: 

1. Mohd Faiz bin Mohd Ameer - JSM
2. 8 atlet

LATIHAN

1.      LATIHAN FIZIKAL ( PHYSICAL PREPARETION )
2.      PERSEDIAN TEKNIKAL (  TECNICAL PREPARETION )
3.      KEKUATAN BADAN ( BODY STENGTH )

UJIAN

tiada

PERTANDINGAN

-Tiada- 

KECEDERAAN

-Tiada-

PERALATAN

1. Menggunakan semua peralatan yang sedia ada.

PROGRAM BINAAN

Tiada

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa walaupun cuti persekolahan.

2. Jurulatih memaklumkan ramai atlet tidak dapat turun menjalani latihan kerana bercuti bersama keluarga. Bagi atlet yang berdekatan dan terlibat dengan Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan 2012 turun menjalani latihan seperti biasa. 

3. Jurulatih juga memaklumkan sesi latihan akan ditambah bagi membuat persediaan untuk menyertai Pertandingan Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan 2012  yang akan berlangsung tidak lama lagi.  Hasil perbincangan bersama jurulatih satu ujian kecergasan akan dijalankan ke atas atlet semasa kem penyediaan atlet USPTN KEDAH sebelum ke Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan 2012, bagi memastikan atlet sentiasa cergas sebelum menghadapi pertandingan tersebut.

4. Sepanjang pemantauan, latihan berjalan lancar dan atlet menunjukan semangat serta komitment yang tinggi semasa latihan dijalankan.


Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Zam sairon Bin Mat Dan @ Saadan
PPN Sukan Gimnastik