Monday, November 19, 2012

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK MSN KEDAH DAN SUKMA 2009 - 2014

Sebagai proses mengkaji semula Perancangan Strategik MSN Kedah 2009 - 2014, pihak MSN Kedah telah menganjurkan bengkel seperti tersebut :

Tarikh ; 18 - 20 November 2012

Tempat : Hotel Bustani, Jitra

31 pegawai dan kakitangan MSN Kedah dan USPTN Kedah telah terlibat dalam bengkel ini. Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini akan dapat memacu MSN Kedah di landasan yang terbaik selaras dengan visi MSN Kedah sebagai organisai peneraju pengurusan dan pembangunan sukan di Malaysia amnya dan Kedah khasnya.

Selamat berbengkel kepada semua.

Sekian.

Fairul Fadzli

Sent from my 3310 ® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 14, 2012

PEMANTAUAN @ PLN ANGKAT BERAT SMK ALOR JANGGUS


Tarikh : 7 November 2012
Masa : 4.30 Ptg
Tempat : SMK Alor Janggus

KEHADIRAN

1. En. Mohd Norshah Rizal (JPM)
2. 5 Atlet Lelaki dan 2 Atlet Wanita

LATIHAN

1. Classical Snatch
2. Front Squat
3. Bending

UJIAN

- Ujian Angkatan akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada hari Ahad iaitu 11 November 2012 di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Kedah.

PERTANDINGAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa dan kehadiran atlet semakin baik.

2. Terdapat seorang atlet berumur 12 yang baru memulakan latihan pada minggu lepas.

3. Jurulatih memohon untuk atlet-atlet SMK Alor Janggus diletakkan di Asrama Majlis Sukan Negeri Kedah untuk menjalani latihan bersama atlet-atlet SUKMA. Ini adalah kerana PLN SMK Tunku Anum akan berpindah ke pusat latihan sementara iaitu di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Kedah.

4. Atlet-atlet Alor Janggus akan ditempatkan di asrama Majlis Sukan Negeri Kedah sepanjang cuti sekolah ini. Pihak USPTN Kedah akan memohon kepada pihak Majlis Sukan Negeri Kedah untuk menyediakan makan minum kepada atlet-atlet terbabit.

5. Jurulatih juga memaklumkan beberapa atlet telah menunjukkan kematangan dalam latihan dan angkatan dimana terdapat atlet yang telah memecah rekod peribadi.

6. Hasil dari pemerhatian dibuat atlet-atlet dapat menerima segala arahan yang diberikan oleh jurulatih dan atlet- atlet tidak menghadapi masalah dengan jurulatih.

Sekian

Lporan disediakan oleh Akmal Hashim








Sunday, November 4, 2012

ANUGERAH BINTANG SUKAN DAN KOKURIKULUM







Salam,

Adalah dimaklumkan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar telah mengadakan satu Majlis Anugerah Bintang Sukan dan Kokurikulum. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Sentosa, Alor Setar pada 30 Oktober 2012. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah iaitu En. Mansor Bin Lat.

Pada majlis ini, 2 atlet di bawah program pelapis iaitu Farhana Nabila Bt Shamsudin (Sukan Angkat Berat) dan Nur Suriani Bt Mohd Noh (Sukan Berbasikal) telah mendapat Anugerah Khas Kecemerlangan Sukan. Atlet angkat berat adalah dibawah kendalian jurulatih En. Norshah Rizal Bin Ruslan dan atlet berbasikal dibawah kendalian jurulatih En. Razak Bin Kamis. Atlet-atlet ini telah berlatih di pusat latihan SMK Alor Janggus bermula pada tahun 2010. Jurulatih angkat berat iaitu En. Mohd Norshah Rizal juga telah mendapat jemputan untuk menghadiri majlis tersebut.

Ini adalah hasil dari program yang telah dijalankan di SMK Alor Janggus pada tahun 2010 yang mendapat kerjasama dari pihak sekolah untuk menjayakan program USPTN Kedah.
Sekian.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim

PEMANTAUAN @ PLN BADMINTON


Salam,

Sukan :Badminton
Tarikh: 29 Oktober 2012
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Dewan Badminton KBA, Alor Setar, Kedah


Kehadiran: 

1. En. Samidiono - JLN
2. En. Voon Man Chong - JSM
3. En. Ari Ansoro - JLN KBA
4. Puan Lindawati - JLN KBA
5. Cik Ong Shu Voon - JPM KBA
6. Atlet - 18 lelaki, 13 wanita

LATIHAN

1. Smash and Drop
2. Permainan antara atlet
3. 2 Lawan 1

UJIAN

Tiada

PERTANDINGAN

Semua atlet Badminton Negeri Kedah akan menyertai Kejohanan Bawah Umur 11/13/15 Kedah 2012 yang akan berlangsung pada 01 hingga 03 November 2012 di Dewan Persatuan Badminton Kedah, Alor Setar.

KECEDERAAN

Tiada

PERALATAN

Tiada

PROGRAM BINAAN

1. Klinik sukan badminton akan diadakan pada bulan disember 2012. Sasaran peserta adalah atlet yang berumur 12 tahun.

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Untuk makluman, 2 orang atlet badminton Negeri Kedah baru sahaja balik daripada pemilihan untuk diserapkan didalam skuad Bam. Atlet tersebut ialah Noor Hazwani Hazair dan Koh Choon Woon.
3.Untuk makluman, En. Neow Beng Seong (JSM) menjalankan latihan di Pusat Latihan Sokangan Daerah Kuala Muda, Sungai Petani.
4. Latihan kali ini memberi penekatan kepada kemahiran atlet dan memperbaiki kesalahan yang dilakukan oleh atlet.

Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Fauzi






AFTER SCHOOL PROGRAM - PEMANTAUAN GIMRAMA


Salam,

Tarikh : 25 Oktober, 2012
Tempat : Tingkat 4, Star Parade
Kehadiran : 6 orang

Hasil Pemantauan

Didapati kehadiran gymnas-gynmas yang senior berkurangan, makluman dari jurulatih Ms. Katerina kebanyakkan mereka sudah lama tidak hadir latihan terutamanya pada musim peperiksaan akhir tahun, walaubagaimanapun terdapat ramai gymnas-gymnas baru yang mendaftar, oleh yang demikian saya telah memberi borang biodata atlet kepada mereka untuk di isi.

Ms. Katerina memaklumkan bahawa beliau ingin menjalani latihan di Dewan Kombat Majlis Sukan Negeri Kedah kerana, di tingkat 4 Star Parade ni ketinggian ceiling tidak mencukupi untuk membuat latihan apparatus seperti Riben, Bola dan sebagainya, oleh yang demikian jika boleh beliau mahu menjalani 2-3 hari seminggu di Dewan Kombat berselang seli latihan di Star Parade jika ada atlet sukan lain mengunakan dewan tersebut.

Masalah yang di hadapi sekarang ialah gymnas senior sudah hilang minat kerana beberapa faktor seperti kurang pertandingan pendedahan, pakaian yang makin tidak sesuai dengan umur mereka yang semakin naik di perli oleh rakan-rakan sekolah.

Oleh yang demikian tumpuan lebih di berikan kepada gymnas dari sekolah-sekolah Cina yang berdekatan dan gymnas yang berbangsa cina.


Sekian, terima kasih


Laporan disediakan oleh Ku Fadzilah Bt Ku Hamid



KLINIK TEKNIK SUKAN OLAHRAGA BAGI ACARA PADANG DAN BALAPAN


Salam

Untuk makluman, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dengan anjuran PIBG sekolah telah menjemput 2 JSM Sukan Olahraga iaitu En. Idris Bin Saad dan En. Zamsairon Bin Mat Dan serta 2 atlet Olahraga dibawah program Pelapis Negeri Kedah untuk menjalankan Klinik Teknik Sukan Olahraga bagi acara Padang dan Balapan. Klinik ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tempat : Sek. Men. Sains Pokok Sena

Tarikh   : 18 - 19 Oktober 2012

Masa     : 08.00pagi – 11.00pagi
               04.30 petang - 6.30 petang

Sukan   : Olahraga ( Padang & Balapan )

Sasaran umur : Pelajar berusia 13 hingga 16 tahun.

Penglibatan : 2 Jurulatih dan 2 Atlet.

Program dimulakan dengan taklimat daripada jurulatih SM Sains Pokok Sena berkenaan klinik yang dijalankan. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan lebih mendalam mengenai sukan Olahraga  melalui taklimat dan penerangan pengenalan peralatan sukan yang berkaitan dan demo sukan dari JSM USPTN Kedah dan atlet sukan berkaitan.

Setelah selesai sesi taklimat dan penerangan mengenai sukan Olahraga, pelajar-pelajar telah diberi asas program latihan seperti berikut:

1.       Drill ABC
2.       Teknik Hayunan Tangan
3.       Teknik Menggunakan Starting Block
4.       Teknik dan Asas Lontaran
5.       Teknik dan Asas Lompatan
6.       Teknik Larian Pecut dan Lari Berpagar


Seramai 25 pelajar telah terlibat dengan program Klinik Teknik Sukan Olahraga ini yang meliputi pecahan 13 pelajar lelaki dan 12 pelajar wanita. Tujuan klinik ini adalah ditumpukan kepada pelajat yang terlibat untuk kejohanan sukan bagi sekolah-sekolah asrama penuh yang akan berlansung tidak lama lagi.


Rumusan

Program pada kali ini mendapat sambutan yang baik dimana semua pelajar-pelajar menunjukkan minat dan bersungguh-sungguh untuk menjalani latihan. Dari pemerhatian yang dibuat dari program ini, pelajar-pelajar di SM Sains Pokok Sena ini mempunyai fizikal yang baik serta berbakat dalam Sukan Olahraga.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USPTN dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan dapat berkerjasama lagi di masa akan datang.

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Laporan disediakan oleh Zamsairon Mat Dan