Wednesday, October 31, 2012

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON







Tarikh: 29 Oktober 2012
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Dewan Badminton KBA, Alor Setar, Kedah

Kehadiran: 

1. En. Samidiono - JLN
2. En. Voon Man Chong - JSM
3. En. Ari Ansoro - JLN KBA
4. Puan Lindawati - JLN KBA
5. Cik Ong Shu Voon - JPM KBA
6. Atlet - 18 lelaki, 13 wanita

LATIHAN

1. Smash and Drop
2. Permainan antara atlet
3. 2 Lawan 1


UJIAN

Tiada

PERTANDINGAN

Semua atlet Badminton Negeri Kedah akan menyertai Kejohanan Bawah Umur 11/13/15 Kedah 2012 yang akan berlangsung pada 01 hingga 03 November 2012 di Dewan Persatuan Badminton Kedah, Alor Setar.

KECEDERAAN

Tiada

PERALATAN

Tiada

PROGRAM BINAAN

1. Klinik sukan badminton akan diadakan pada bulan disember 2012. Sasaran peserta adalah atlet yang berumur 12 tahun.

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

2. Untuk makluman, 2 orang atlet badminton Negeri Kedah baru sahaja kembali dari pemilihan untuk diserapkan didalam Skuad BAM. Atlet tersebut ialah Noor Hazwani Hazair dan Koh Choon Woon.

3.Untuk makluman, En. Neow Beng Seong (JSM) menjalankan latihan di Pusat Latihan Sokangan Daerah Kuala Muda, Sungai Petani.

4. Latihan kali ini memberi penekatan kepada kemahiran atlet dan memperbaiki kesalahan yang dilakukan oleh atlet.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

Monday, October 22, 2012

KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN










Tarikh: 18 hingga 21 Oktober 2012
Tempat : Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negeri Sembilan
Penyertaan: 4 atlet lelaki, 2 atlet wanita dan 2 Jurulatih

Pada kejohanan kali ini, 2 pingat dipertandingkan setiap kategori iaitu melalui acara Snatch dan Clean & Jerk. Untuk penyertaan Pasukan Angkat Berat Negeri Kedah pada kali ini, menyumbangkan pingat sebanyak 2 Emas dan 2 Perak. Bagi pingat emas diperolehi daripada atlet wanita iaitu Farhana Nabila Kategori 58KG dengan angkatan Snacth 45kg dan Clean&Jerk 53kg , manakala pingat Perak juga diperolehi melalui atlet wanita iaitu Nurnisha Izzureen kategori 48kg dengan angkata Snacth 40kg dan Clean& Jerk 50kg. Keputusan bagi atlet-atlet lelaki adalah seperti berikut:

1. Mohd Syamil Iqmal B. Abu Bakar Kategori 69KG (Snacth : Tiada angkatan, Clean&Jerk, Tiada angkatan) 
2. Mohd Redwan B. Hussain Kategori 62KG (Snacth : 65kg, Clean&Jerk : Tiada angkatan) 
3. Fakrunnaim B. Ibrahim Kategori 50KG (Snacth : 52kg pecah rekod peribadi, Clean&Jerk : Tiada angkatan).
 4. Nur Hamizan B. Abu Bakar Kategori 50KG(Snacth : Tiada angkatan, Clean&Jerk : Tiada angkatan).

Seorang atlet lelaki yang mengalami kecederaan lutut semasa membuat angkatan snacth iaitu Mohd Syamil Iqmal, oleh itu jurulatih membuat keputusan untuk menarik diri dalam acara Clean&Jerk supaya tidak mengalami kecederan yang lebih serius.Terdapat juga atlet yang telah memecah rekod peribadi iaitu Fakrunnaim dalam acara Snacth iaitu dari 50kg kepada 52kg. Atlet-atlet lelaki agak gugup memandangkan ini adalah kali pertama mereka menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal b. Hashim

MESYUARAT PENGURUS KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 16 TAHUN.








Tarikh : 18 Oktober 2012
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Sembilan.

Dimaklumkan bahawa 15 buah negeri dan 75 orang atlet telah menyertai kejohanan pada kali ini.
Bagi Pasukan Kedah seramai 6 atlet menyertai kejohanan iaitu 4 orang lelaki dan 2 orang wanita. En. Mohd Norshah Rizal (JPM) akan mengendalikan atlet-atlet ini.
 Tiada perubahan peraturan atau kategori mahupun had kelayakan. Semua pengurus pasukan bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal b. Hashim.

Monday, October 15, 2012

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh.   :   14 Oktober 2012
Masa.     :   4.30 Petang
Tempat. :   SMK Alor Janggus

KEHADIRAN
1. Mohd Norshah Rizal Bin Ruslan (JPM)
2. Atlet : 4 lelaki 2 wanita

LATIHAN
1. Standing Clean & Jerk
2. Clean Pull
3. Back Squat

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet-atlet akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 16 Tahun di Negeri Sembilan
KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memohon tali pinggang untuk latihan.

PROGRAM BINAAN
1. En. Mohd Norshah Rizal sentiasa membawa atlet-atlet SMK Alor Janggus menjalani latihan bersama Jurulatih En. Mohd Nor dan atlet-atlet senior di Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum setiap 2 minggu sekali.

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa.
2. Kehadiran atlet memuaskan dan disiplin atlet semakin baik dan prestasi atlet kian meningkat.
3. Latihan dijalankan bagi menghadapi Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 16 Tahun yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada 18 hingga 21 Oktober 2012 di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Sembilan.
4. Seramai 6 atlet dan 2 jurulatih akan terlibat pada kejohanan tersebut.
5. Jurulatih memohon untuk mendapatkan tali pinggang bagi menjalani latihan. Pihak USPTN akan cuba membuat permohonan berkaitan dengan perkara tersebut kepada pihak Cawangan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal b. Hashim.