Wednesday, September 5, 2012

PERJUMPAAN MSN KEDAH BERSAMA PERSATUAN - PERSATUAN SUKAN NEGERI KEDAH


Sebagai langkah memperkasa Persatuan Sukan dan mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak Persatuan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri Kedah telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perjumpaan serta sesi perbincangan bersama Persatuan - Persatuan Sukan Negeri yang telah diadakan seperti berikut :

Tarikh : 05 September 2012

Tempat : Hotel Seri Malaysia, Alor Setar

Penglibatan : 38 Persatuan Sukan Negeri Kedah

Antara agenda perjumpaan adalah seperti berikut :

1 ) Taklimat dari MSN Kedah berkaitan dengan cadangan bantuan pentadbiran dan cadangan bantuan dari aspek program kepada Persatuan Negeri bagi tahun 2013.

2 ) Taklimat berkaitan Pesuruhjaya Sukan dan pendaftaran Persatuan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Diharapkan dengan perjumpaan seperti ini akan dapat mengukuhkan hubungan di antara pihak MSN Kedah dan Persatuan - Persatuan Sukan Negeri dalam melaksanakan program sukan yang lebih komprehensif dan bersepadu.

Sekian, terima kasih.

Fairul Fadzli

Sent from my 3310 ® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMANTAUAN AFTER SCHOOL PROGRAM SUKAN OLAHRAGA


Tarikh : 29 Ogos 2012

Masa : 4.30 Ptg

Tempat : SMK Aman Jaya, Sungai Petani

Kehadiran :

1. Jurulatih En. Sany Bin Md Saat
2. Jurulatih En. Mohd Azahar Bin Ismail
3. Jurulatih En. Zamsairon Bin Mat Dan
4. Atlet lelaki 8, wanita 12.

1. Dimaklumkan satu pemantauan telah di buat bersama jurulatih En. Zamsairon di SMK Aman jaya berkenaan dengan After School Program.

2. Latihan dijalankan 4 kali seminggu.

3. Latihan dikendalikan oleh En. Sany dan En. Azahar juga guru di sekolah terbabit.

4. Terdapat kemudahan untuk menjalani latihan seperti padang, dewan dan setor peralatan disediakan oleh pihak sekolah. Peralatan yang sedia ada adalah seperti mini hurdle, lembing, cakera dan beberapa peralatan lain.

5. Kebanyakkan pelajar yang menjalani latihan adalah dalam acara middle dan juga terdapat beberapa pelajar yang boleh diketengahkan dalam acara lontaran. Hanya 10 orang pelajar sahaja yang terpilih berdasarkan prestasi semasa, kehadiran dan disiplin untuk didaftarkan dalam program. Sementara pelajar-pelajar lain turut menjalani latihan seperti biasa kerana sebelum ini pelajar-pelajar tersebut telah pun menjalani latihan bersama pelajar-pelajar yang telah didaftarkan dalam 'After School Program'.

6. Jurulatih En. Sany juga memaklumkan terdapat satu pertandingan yang akan disertai oleh pelajar terbabit iaitu pertandingan Merentas Desa Jam Besar, Sungai Petani.

7. En. Zamsairon turut membantu memberi latihan kepada pelajar-pelajar dalam acara balingan. Dari pemerhatian dibuat pelajar-pelajar menjalani latihan dengan baik dan mengikuti segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. 

Sekian.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim