Monday, August 13, 2012

MESYUARAT POST MORTEM SUKMA PAHANG 2012

Sebagai menganalisis prestasi kontinjen Kedah di Sukma Pahang 2012, satu mesyuarat post mortem telah diadakan seperti berikut :

Tarikh : 13 Ogos 2012

Tempat : MSN Kedah

Masa : 2.30 petang

Semua pengurus dan jurulatih bagi 24 sukan yang disertai oleh Kedah di Sukma Pahang 2012 hadir dalam mesyuarat ini. 0iharapkan segala isu berbangkit yang timbul ketika Sukma Pahang 2012 dapat dianalisis bagi memperbaiki sasaran Kedah di Sukma Perlis yang akan diadakan pada tahun 2014 nanti.

Sekian, terima kasih.

Fairul Fadzli

Sent from my 3310 ® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 2, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON





Tarikh: 31 Julai 2012
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Dewan Badminton KBA, Alor Setar, Kedah

Kehadiran: 

1. En. Voon Man Chong - JSM
2. En. Ari Ansoro - JLN KBA
3. Puan Lindawati - JLN KBA
4. Cik Ong Shu Voon - JPM KBA
5. Atlet - 12 lelaki, 7 wanita

LATIHAN

1. Smash and Drop
2. Permainan antara atlet


UJIAN

Tiada

PERTANDINGAN

Tiada

KECEDERAAN

Tiada

PERALATAN

Tiada

PROGRAM BINAAN

1. Klinik sukan badminton akan diadakan pada bulan Oktober 2012. Sasaran peserta adalah atlet yang berumur 12 tahun. (Lepasan UPSR)

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
2. En. Samidiona JLN Sukan Badminton Negeri Kedah tidak dapat hadir untuk menjalankan latihan kerana sakit mata.
3. Latihan dijalankan bagi persiapan atlet ke Kejohanan Remaja Kebangsaan antara Negeri 2012 yang akan diadakan pada 19 September hingga 22 September 2012 di Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Kedah.
4. En. Neow Beng Seong (JSM) menjalankan latihan di Pusat Latihan Sokangan Daerah Kuala Muda, Sungai Petani.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohamad Fauzi

Wednesday, August 1, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GINMASTIK




Tarikh              : 30 JULAI 2012
Masa                : 4.30 – 6.30 PM
Tempat            : SK JITRA 3, JITRA.

Kehadiran: 
1. Mohd Faiz bin Mohd Ameer - JSM
2. 15 atlet
LATIHAN

1.       LATIHAN FIZIKAL ( PHYSICAL PREPARETION )
2.      PERSEDIAN TEKNIKAL (  TECNICAL PREPARETION )
3.      KEKUATAN BADAN ( BODY STENGTH )

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada- 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Menggunakan semua peralatan yang sedia ada.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-
ULASAN

1. Bulan ramadan tidak mamatahkan semangat atlet gimnastik SK Jitra 3 untuk turun menjalani latihan. Malah ramai atlet yang turun menjalani latihan walau pun letih berpuasa.

2. Jurulatih memaklumkan begitu kagum dengan semangat yang ditunjukan oleh atlet yang sanggup dan berkoban masa walau pun letih menjalani ibadah puasa. Dengan semangat atlet yang begitu tinggi memberi perangsang dan akan membuat yang terbaik untuk mendidik dan memajukan sukan gimnastik ketahap yang lebih tinggi.  

3. Jurulatih juga memaklumkan dengan kemasukan atlet MUHAMAD SYAKIR BIN SUBRI ke dalam Program Pelapis Kebangsaan di Majlis Sukan Negara Malaysia dapat memberi motivasi dan perangsang kepada atlet_atlet lain untuk terus memajukan diri dan terus berusahan untuk melayakan diri ke dalam Program Pelapis Kebangsaan.

4. Sepanjang pemantauan, latihan berjalan lancar dan atlet menunjukan semangat serta komitment yang tinggi semasa latihan dijalankan.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU




Tarikh     : 29 JULAI 2012
Masa       : 10.00PM - 11.30 PM
Tempat   : SMK KUALA NERANG, KUALA NERANG. ( Pusat Latihan Sokongan )

Kehadiran: 

1. Sarlizam Bin Ibrahim - JSM
2. 13 atlet

LATIHAN

1. School Boxing 
2. Sircuit Training

UJIAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

PERALATAN

1. Peralatan seperti Punch Bag telah rosak dan tidak boleh digunakan.
2. Semasa latihan jurulatih meminjam Punch Bag daripada persatuan Tomoi Kubang Pasu.

PROGRAM BINAAN

-Tiada-


ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa walau pun di bulan ramadan. Jurulatih memaklumkan untuk bulan ramadan, latihan hanya akan dilakukan di sebelah malam sahaja iaitu selepas solat terawih. Latihan akan bermula pada pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam dan dilakukan pada hari Jumaat,Ahad dan Selasa.
 
2. Jurulatih memaklumkan hasil perbincangan bersama JSM Ganesan, selepas Hari Raya Aidilfitri akan mengadakan satu program sparing bersama pusat latihan SMK Baling yang akan diadakan di Pusat Latihan Tinju, Majlis Sukan Negeri Kedah.

3. Jurulatih juga memaklumkan peralatan untuk latihan seperti punch bag telah rosak dan memohon jasa baik daripada pihak USPTN memberi sedikit bantuan untuk menggantikan punch bag yang sedia ada.

4. Latihan berjalan lancar walaupun di bulan ramadan dan atlet-atlet dapat menerima dan memahami latihan yang diberikan oleh jurulatih serta memberi komitmen yang tinggi.


Sekian terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Zam sairon Bin Mat Dan @ Saadan