Sunday, May 27, 2012

STATISTIK PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 01/2012 - HARI KETIGA


LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 01/2012 PAHANG - HARI KETIGA



Tarikh : 26 Mei 2012

Hari ketiga Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 menyaksikan atlet – atlet Pelapis Negeri Kedah menunjukkan prestasi yang membanggakan terutamanya bagi Sukan Memanah yang terus menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Negeri dan juga Tinju yang menyaksikan 4 petinju berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir yang dijadualkan akan berlangsung pada hari keempat Karnival. Berikut merupakan keputusan keseluruhan pungutan pingat Kontinjen Kedah pada hari ketiga Karnival :

Angkat Berat



Angkat Berat menutup tirai kejohanan pada hari ketiga Karnival. Hanya 1 atlet beraksi pada hari terakhir kejohanan iaitu Abdul Malik Bin Desa yang beraksi dalam kategori +105 kg dan berjaya menyumbangkan 1 pingat Perak kepada kontinjen dalam acara Snatch.Namun beliau gagal melakukan angkatan dalam acara Clean and Jerk apabila mengalami kecederaan di pergelangan tangan Keseluruhannya bagi sukan Angkat Berat sebanyak 5 Emas, 6 Perak dan 3 Gangsa  berjaya diperolehi. Diharapkan sukan Angkat Berat dapat meningkatkan prestasi bagi menghadapi Sukma Pahang 2012 yang bakal menjelang tiba. Berikut merupakan pencapaian Abdul Malik Bin Desa dalam kategori +105 kg :


1. Abdul Malik Bin Desa ( Bawah 21 Tahun)

   Kat +105 kg SN – 118 kg (Perak)  CJ – Tiada Angkatan

Tinju

Bagi sukan tinju, 4 atlet telah meneruskan aksi pada hari ketiga  kejohanan di peringkat separuh akhir. Keempat- empat atlet ini layak ke pusingan akhir. Berikut merupakan nama-nama atlet yang layak.

1. Kat 49 Kg Bawah 20 tahun.

Aisamudin Maula vs Petinju Melaka – Menang dengan kiraan mata 20 – 8. Pada peringkat akhir akan bertemu dengan petinju dari Sabah.

2. Kat 52 Kg Bawah 20 tahun.

Mohd Malik vs Petinju Sarawak – Menang dengan kiraan mata 17 – 17 namun diishtiharkan pemenang atas kelebihan tumbukan. Pada peringkat akhir akan bertemu petinju dari Kelantan.

3. Kat 48 Kg Bawah 16 tahun.

Mohd Ali Akbar vs Petinju Terengganu – Menang dengan kiraan mata 10 – 7. Pada peringkat akhir akan bertemu petinju dari Johor.

4. Kat  52 Kg Bawah 16 tahun

Muhammad Safirul Aiman vs Petinju Kelantan –Menang dengan kiraan mata 10 – 4. Pada peringkat akhir akan bertemu petinju dari Pelapis Serantau

Diharapkan pingat emas pertama dari sukan Tinju akan diperolehi daripada 4 peringkat akhir yang akan dihadapi oleh keempat – empat atlet tersebut.


Sepak Takraw

Bagi sukan Sepak Takraw, pertandingan pada hari ini melibatkan peringkat kumpulan dan peringkat suku akhir .  Berikut merupakan keputusan perlawanan pada hari ini.

Kedah VS Perlis  (Regu Bawah 18 Tahun) (Peringkat Kumpulan) Layak ke pusingan suku akhir.

Menang 3 – 0

15 – 11
15 – 2
15 – 11 

Kedah VS Perak ( Double Bawah 21 Tahun) (Peringkat Kumpulan)

Kalah 3 - 0 

10 - 15
12 - 15
8  - 15

Kedah VS Pasta (Regu Bawah 21 Tahun) (Peringkat Suku Akhir)

Menang 3 – 0

16 – 14
15 – 11
15 – 7

Perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan disambung pada hari keempat  bagi menentukan tempat ke peringkat seterusnya yang melibatkan 2 perlawanan pasukan Kedah. Berikut merupakan jadual  perlawanan pada hari keempat kejohanan :

Peringkat Suku Akhir

Kedah VS  SSTMI ‘B’  (Regu bawah 18 tahun) Jam 8.30 pagi

Peringkat Separuh Akhir

Kedah VS Kelantan (Regu bawah 21Tahun) Jam 11.00 pagi

Memanah


Sukan Memanah terus mengekalkan rentak kecemerlangan dalam menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Negeri Kedah pada hari ketiga kejohanan. Berikut merupakn atlet – atlet yang berjaya menyumbangkan pingat :

Recurve Wanita Kat 2 (50 M - II)

1. Fatin Shahirah Mohd Yani (508) - Emas

Recurve Wanita Kat 1 (30 M)

2. Norshafika Shabani (329) – Emas

Recurve Wanita Kat 2 (30 M)

3. Aisyah Farhanah Bt Abdul Manaf  (606) – Perak

4. Fatin Shahirah Bt Mohd Yani (1077) - Gangsa

5. Norshafika Shabani (Keseluruhan) - Perak .


Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang berjaya menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Negeri Kedah

Sekian laporan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 bagi hari ketiga pertandingan untuk makluman.













Saturday, May 26, 2012

STATISTIK PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 01/2012 - HARI KEDUA


LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 01/2012 PAHANG - HARI KEDUA


Tarikh : 25 Mei 2012

Pemburuan pingat di Kanival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 diteruskan dengan hari kedua pertandingan yang menyaksikan sebanyak  3 Emas dan 1 Perak disumbangkan oleh atlet – atlet Pelapis Negeri Kedah. Berikut merupakan laporan pencapaian atlet – atlet dari 4 sukan yang menyertai Karnival ini :

Angkat Berat

Barisan badang muda Negeri Kedah meneruskan aksi pada hari kedua kejohanan dengan penyertaan dalam  Kat 69 Kg dan Kat 77 Kg bawah 21 tahun.Berikut merupakan pencapaian atlet Angkat Berat pada hari kedua kejohanan :

1. Mohd Sollehin Bin Abd Rahin ( Bawah 21 Tahun)
   Kat 69 kg SN – 115 kg (Emas)  CJ 133 kg - (Emas)
2. Mohd Yusof Bin Azmi (Bawah 21 Tahun)
   Kat 77 kg SN – 105 kg (Perak) CJ 130 kg - (Ke- 4 ) 

Tinju

Bagi sukan tinju, 2 atlet telah meneruskan aksi pada hari kedua kejohanan. Kedua- dua atlet ini layak ke pusingan seterusnya. Berikut merupakan nama-nama atlet yang layak. 

1. Aisamudin Maula- Kat 49 Kg bawah 20 tahun. (Layak ke pusingan separuh akhir)
2. Mohd Malik - Kat 52 Kg bawah 20 tahun. (layak ke pusingan separuh akhir)
4 atlet akan meneruskan aksi pada hari ketiga kejohanan pada peringkat separuh akhir.

Sepak Takraw

Bagi sukan Sepak Takraw, pertandingan pada hari ini  masih lagi melibatkan peringkat kumpulan.  Berikut merupakan keputusan perlawanan pada hari ini.

Kedah VS Johor Segamat ( Double Bawah 21 Tahun)

Kalah 3 - 2 

10 - 15
15 - 12
12 - 15 
15 - 8
16 - 17

Perlawanan peringkat kumpulan akan disambung pada ketiga bagi menentukan tempat ke peringkat suku akhir yang melibatkan 2 perlawanan pasukan Kedah. Berikut merupakan jadual  perlawanan pada hari ketiga kejohanan :

Bawah 18 Tahun 

Kedah Vs Perlis

Double 21 Tahun 

Kedah Vs Perak


Memanah

Sukan Memanah memulakan pertandingan pada hari ini. Seramai 14 orang atlet daripada Negeri Kedah telah terlibat. Berikut merupakan atlet yang berjaya membuat panahan emas kepada Kontinjen Negeri Kedah :

Recurve Wanita Kat 1 (70 M)
1. Norshafika Shabani (302) - Emas

Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang berjaya menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Negeri Kedah

Sekian laporan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 bagi hari kedua pertandingan.

Terima kasih.















Friday, May 25, 2012

STATISTIK PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 01/2012 - HARI PERTAMA


LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 01/2012 PAHANG - HARI PERTAMA


Tarikh : 24 Mei 2012 

Untuk makluman, Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 membuka gelanggang pada hari ini. Sukan yang bertanding pada hari ini ialah sukan Angkat Berat, Tinju dan Sepak Takraw. Bagi sukan Memanah hanya"Official Sighter" dan "Official Equipment Check" dijalankan. Pertandingan Memanah akan bermula pada tarikh 25 Mei 2012. Berikut merupakan keputusan semasa bagi hari pertama kejohanan yang dijalankan. 


Angkat Berat

Barisan badang muda Negeri Kedah memulakan aksi pada hari pertama kejohanan dengan penyertaan dalam kategori 44 kg bawah 16 tahun wanita, Kategori 53 kg bawah 21 tahun wanita, Kategori 56 kg bawah 21 tahun lelaki dan kategori 62 kg bawah 21 tahun lelaki. Berikut merupakan pencapaian atlet Angkat Berat pada hari pertama kejohanan :

1. Nur Nisha Izzureen Bt Nazri  (Bawah 16 Tahun Wanita)
Kat 44 Kg SN - 40 (Emas)  CJ – 48 (Perak)

2. Nur Aisyah Bt Mahmud (Bawah 21 Tahun Wanita)
Kat 53 Kg SN – 55 (Emas)  CJ – 64 (Gangsa)

3. Mohd Anas Bin Malik (Bawah 21 Tahun Lelaki)
KAT 56 Kg  SN – 95 (Emas)  CJ – 116 (Perak)

4. Mohd Hanif (Bawah 21 Tahun Lelaki)
KAT 56 Kg  SN – 90(Gangsa)  CJ – 110 (Gangsa)

5. Mohd Dinie Akmal Bin Mat Lazat (Bawah 21 Tahun Lelaki)
KAT 62 Kg SN 110 (Perak) CJ – 132 (Perak)

6. Mohd Aznil Bin Bidin (Bawah 21 Tahun Lelaki)
KAT 62 SN -93 (Ke- 6) CJ – 120 (Ke – 6)

Tinju

Bagi sukan tinju, seramai 7 peserta yang yang telah bertanding pada hari ini. Terdapat 3 peserta telah layak ke pusingan seterusnya. Berikut merupakan keputusan 3 peserta yang layak. 

1. Mohd Naim Khan – (60 Kg)  (Gangsa)
2. Mohd Ali Akbar – (48 Kg) (Separuh Akhir)
3. Muhammad Safirul Aiman – (Separuh Akhir)

Sepak Takraw

Berikut merupakan pasukan yang berada didalam kumpulan bersama pasukan Kedah. 

Bawah Umur 21 Tahun

Kumpulan D
SSTMI A
Kedah
Terangganu

Double Bawah Umur 21 Tahun

Kumpulan C
Segamat
Perak 
Kedah 
Pasta

Bawah Umur 18 Tahun 

Kumpulan C 
Tangkak 
Kedah 
Perlis


Bagi sukan Sepak Takraw, pertandingan pada hari ini melibatkan peringkat kumpulan.  Berikut merupakan keputusan perlawanan pada hari ini.

Kedah VS SSTMI A (Bawah 21 Tahun)

Kalah 3-2 

13 - 15
10 - 15
15 - 13
15 - 11
10 - 15

Kedah VS Tangkak ( Bawah 18 Tahun)

Kalah 3-2

15 - 7
15 - 17
12 - 15
15 - 13
 8 - 15

Kedah VS Terangganu ( Bawah 21 Tahun)

Menang 3 - 1 

10 - 15
15 - 11
15 - 3
15 - 11

Kedah VS Pasta (Double 21 Tahun)

Kalah 3 - 0

8   - 15
10 - 15
5   - 15

Sekian laporan hari pertama Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 bagi hari pertama pertandingan.













Thursday, May 24, 2012

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN DAN STATISTIK PENYERTAAN ATLET PELAPIS KEDAH KE KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 01/2012

Untuk makluman, Karnival Remaja Kebangsaan akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 hingga 27 Mei 2012


Venue : Angkat Berat          - Politeknik Sultan Ahmad Shah.
              Memanah               - Politeknik Sultan Ahmad Shah.
              Sepaktakraw          - Indoor Arena, UIAM.
              Tinju                        - Teluk Cempedak.


Penyertaan : Angkat Berat, Memanah, Sepaktakraw dan Tinju


Sepertimana menjadi kebiasaan dalam penganjuran Karnival sebelum ini, mesyuarat Pengurus Pasukan telah dijalankan seperti ketetapan berikut :





Berikut merupakan Statistik Penyertaan Atket Pelapis Kedah ke Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 :



Kepada semua atlet Pelapis Negeri Kedah selamat bertanding diucapkan.

" Champions keep playing until they get it right "
" Success is never permanent, and failure is never final "

PEMANTAUAN @ PLN TINJU


Tarikh     : 21 MEI 2012
Masa       : 4.00 PM
Tempat   : SMK TUNKU PUTERA, BALING.

KEHADIRAN

1. Ganesan A/L Ramasamy - JSM
2. Mohd Firdaus bin Johari - Guru Penyelaras Tinju SMK Tunku Putera
3. 25 atlet

LATIHAN

1. School Boxing 
2. Sparing

UJIAN 

- Tiada -

PERTANDINGAN

1. 11 orang atlet akan menyertai Karnival Remaja Kebangsaan1/2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mac 2012 di Kuantan Pahang.

2. 2 Jurulatih yang terlibat iaitu En. Ganesan A/L Ramasamy(JSM), En. Othman Bin Saad(JPM, MSNK). Manakala En. Mohd Firdaus bin Johari sebagai guru pengiring.

KECEDERAAN

-Tiada-

PERALATAN

1. Peralatan seperti glove telah rosak dan tidak bolah digunakan.

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1. Jurulatih memberi taklimat mengenai Sukan Tinju untuk atlet-atlet yang baru. Jurulatih juga memberi "Basic Tranning" untuk atlet-atlet baru.
  
2. Jurulatih memaklumkan bagi atlet yang terlibat dengan Karnival Remaja Kebangsaan akan membuat sparing untuk persediaan pertandingan di Kuantan Pahang nanti. Jurulatih juga memaklumkan bagi atlet-atlet yang baru menunjukan minat serta kesungguhan yang tinggi semasa latihan.

3. Jurulatih memaklumkan peralatan untuk latihan seperti glove telah rosak dan memohon jasa baik daripada pihak USPTN memberi sedikit bantuan untuk menggantikan glove yang sedia ada. Dengan peralatan yang terhad serta bilangan atlet yang bertambah menjadi sedikit kesukaran semasa menjalani latihan. Atlet juga memaklumkan kurang selesa semasa latihan kerana terpaksa bertukar-tukar glove setiap kali menjalani latihan.

4. Latihan berjalan lancar dan atlet-atlet dapat menerima dan memahami latihan yang diberikan oleh jurulatih. Jurulatih juga turut menunjukkan (Demo) teknik-teknik latihan kepada atlet dari SMK Tunku Putera.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh Mohd Zam sairon Bin Mat Dan @ Saadan








UJIAN ANGKATAN SUKAN ANGKAT BERAT


Ujian Angkatan bagi atlet-atlet Sukan Angkat Berat telah dijalankan di SMK Tunku Anum pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh              :    09 Mei 2012

Masa                :    4.30 Ptg - 6.00 Ptg

Kehadiran        : 1 Jurulatih (En. Norshah Rizal Bin Ruslan)JPM)
                           8 atlet lelaki dan 3 atlet wanita

Ujian ini melibatkan atlet-atlet PLN SMK Alor Janggus iaitu seramai 8 atlet dan 3 atlet dari PLN SMK Tunku Anum. Atlet-atlet SUKMA tidak terlibat dengan ujian ini kerana sedang menjalani Latihan Pusat FASA II di Pusat Kecemerlangan Sukan Angkat Berat, Rompin Pahang.

Keseluruhan daripada angkatan Snatch bagi atlet lelaki adalah sebanyak 24 angkatan dimana 11 angkatan gagal dicatatkan iaitu sebanyak 45.9% dan acara Clean & Jerk 10 angkatan gagal dicatatkan daripada 24 angkatan menjadikan 41.7%. Hanya seorang atlet sahaja yang telah mencatatkan angkatan peribadi terbaik dalam acara clean & jerk.

Bagi atlet wanita pula dalam acara snatch, sebanyak 3 angkatan gagal daripada 9 angkatan yang berjaya dilakukan menjadikan 33.33%. Dalam acara clean & jerk pula sebanyak 4 angkatan gagal dicatatkan daripada 9 angkatan menjadikan 44.44%. Bagi kategori ini tiada angkatan peribadi dicatatkan.

Diakhir Ujian ini, atlet-atlet telah diberi teguran dan maklumbalas mengenai ujian ini oleh jurulatih dimana teknik-teknik angkatan perlu diperbaiki. Ujian ini adalah untuk melihat prestasi atlet-atlet dan ujian ini juga adalah untuk membuat atlet-atlet sentiasa bersedia dalam menghadapi setiap pertandingan ataupun kejohanan yang disertai.

Sekian.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim