Tuesday, January 17, 2012

PERJUMPAAN TUAN PENGARAH MSN KEDAH BERSAMA ATLET - ATLET KEBANGSAAN

Sebagai persediaan menghadapi Sukma Pahang 2012, pihak MSN Kedah telah mengambil inisiatif bagi mengadakan perjumpaan Tuan Pengarah MSN Kedah bersama - sama atlet - atlet Negeri Kedah yang kini menjalani latihan dalam program - program utama di MSN Bukit Jalil. Perjumpaan ini telah diadakan seperti tarikh dan tempat berikut :

Tarikh : 17 Januari 2012

Tempat : Cafe atlet, Majlis Sukan Negara Malaysia.

Masa : 3.30 petang

Perjumpaan yang diadakan dalam keadaan santai ini ialah bagi mengeratkan hubungan atlet - atlet ini bersama pihak pengurusan MSN Kedah di samping penyampaian amanat - amanat semasa dari Tuan Pengarah kepada para atlet - atlet. Selain daripada itu, perjumpaan ini juga adalah sebagai medium komunikasi atlet - atlet bersama pihak pengurusan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah MSN Kedah, Tn Syed Khairol Anuar B Syed Abidin kerana sudi hadir bagi menjayakan perjumpaan ini.

MESYUARAT KETUA UNIT BIL 01/12

Sebagai pembuka tirai bagi tahun 2012, Mesyuarat Ketua Unit Bil 01/12 telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 16 - 18 Januari 2012

Tempat : Bilik Rajawali, MSNM

Tujuan mesyuarat ini dijalankan ialah bagi menilai perjalanan program bagi tahun 2011 dan perancangan program bagi tahun 2012. Selain daripada itu, Ketua Unit Negeri - Negeri juga membentangkan rumusan program bagi tahun 2011 dan juga capaian sistem rating dan KPI USPTN masing - masing. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Cawangan Pelapis iaitu En Jefri Ngadirin turut juga dihadiri oleh Ketua - Ketua Unit Cawangan, Pengurus - Pengurus Sukan dan juga wakil - wakil PPN setiap negeri.

Selamat bermesyuarat diucapkan kepada semua.

Sunday, January 8, 2012

Pemantauan PLN Sukan Tenpin Boling Kedah







Tarikh : 06 Januari 2012
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Ampang Superbowl, Sungai Petani.
Kehadiran : 8 Atlet Lelaki, 6 Atlet Wanita dan 2 Jurulatih.

Latihan Sukan Tenpin Boling berjalan seperti biasa. Pembayaran sewaan lorong untuk latihan bagi bulan Januari 2012 adalah ditanggung oleh Persatuan Tenpin Boling Negeri Kedah melalui kutipan daripada ibu bapa atlet. Ini adalah berdasarkan keputusan bersama yang telah diputuskan dalam mesyuarat JKK tenpin boling sebelum ini.

Program latihan untuk kali ini ialah:
A) Warm -up
B) Briefing Sparing System Pin 7 and Pin 10
C) Balancing Drill
D) 1 Step Drill
C) 2 Step Drill
D) 3 Step Drill
E) 4 Step Drill
F) 5 Step Drill
G) Full Stop Approach
H) Sparing System - Pin 7 and Pin 10
I) Briefing mistake Practical Pin 7 and Pin 10
J) Cool Down

Lorong yang akan digunakan bagi National Evaluation Sukan Tenpin Boling juga telah ditempah pada tarikh dan masa yang ditetapkan iaitu pada 17 Januari 2012 jam 5.00 petang. Semua atlet dibawah program akan terlibat dalam evaluation ini.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

Thursday, January 5, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN DAN KEJURULATIHAN SUKAN BADMINTON KEDAH







Tarikh : 02 Januari 2011


Masa : 08.30 Malam


Tempat : Bilik Mesyuarat Persatuan Badminton Kedah


Kehadiran : En. Teoh Teng Chor (Pengerusi)
En. Goh Yen Yen
En. Mohd Farid Bin Mohamad Fauzi
En. Chin Yoon Foo
En. Voon Man Chong
En. Samidiono
En. Ari Anshori
Cik Ong Shu Voon

Agenda : 1) Ucapan Pengerusi
2) Meluluskan Minit Mesyuarat yang lalu
3) Perkara yang berbangkit
4) Laporan Jurulatih
5) Sirkit Remaja Kebangsaan 2012
6) Laporan SDO
7) Lain-lain hal

Perbincangan

1) Kehadiran sangat memuaskan pada bulan disember. Ini adalah kerana semua atlet yang terlibat dengan peperiksaan telah hadir untuk menjalani latihan.

2) Pihak KBA mengucapkan terima kasih kepada Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara kerana memberi bantuan kewangan dan kerjasama yang sangat baik kepada KBA.

3) JSM USPTN Kedah, En. Leong Weng Tuck telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana Penyakit Kanser Hati. Info daripada doktor yang merawat En. Leong Weng Tuck telah memaklumkan bahawa keadaan beliau sangat serius. Melalui keputusan bersama dalam mesyuarat JKK bil 2/2011 Sukan Badminton yang dijalankan pada 27 Disember 2011 telah bersetuju bagi penggantian tempat En. Leong Weng Tuck. KBA akan memajukan permohonan ini kepada pihak USPTN Kedah mengikut due date yang telah ditetapkan iaitu sebelum 7 Januari 2012.

4) Mesyuarat ini juga telah memutuskan nama-nama atlet yang akan menyertai Sirkit Remaja Kebangsaan 2012. Diantara nama yang telah dipilih untuk ke Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A 2012 Perlis ialah:


a) Bawah 12 Tahun (Perseorangan Lelaki)
- Khor Jun Yuan
- Hor Wy Fong
- Ng Yu Neng
- Ooi Jhy Dar
- Lee Tao
- Mohd Hakim

b) Bawah 12 Tahun (Beregu Lelaki)
- Khor Jun Yuan & Ooi Jhy Dar
- Lee Tao & Steve Eng Chun Yu
- Ng Yu Neng & Hor Wy Fong

c) Bawah 14 Tahun (Perseorangan Wanita)
- Pearly Tan
- Eng Sin Jou
- Eng You Thien
- Chee Yi Min
- Ong Shin Joe
- Nur Shahira

d) Bawah 12 Tahun (Beregu Wanita)
- Pearly Tan & Lim Hui Hui
- Eng Sin Jou & Ong You Thien
- Chee Yi Min & Ong Shin Joe
- Ooi Hui Xin & Chuah Yi Chian

e) Bawah 14 Tahun (Perseorangan Lelaki)
- Muhd Syauqi
- Tan Wei Liang
- Chah Zhen Dong
- Ong Wiliam
- Lim Khai Xuan
- Gan Yee Thang

f) Bawah 14 Tahun (Beregu Lelaki)
- Muhd Syauqi & Tan Wei Liang
- Chah Zhen Dong & Ong Wiliam
- Gan Yee Thang & Helmi
- Lim Khai Xuan &Eng Chin Hong

g) Bawah 14 Tahun(Perseorangan Wanita)
- Kok Pei Xin
- Yon Siew Theng
- Kok Zi Ting
- Chong Xin Hong
- Beh Wen Hui

h) Bawah 14 Tahun (Beregu Wanita)
- Kok Pei Xin & Yon Siew Theng
- Kok Zi Ting & Chong Xin Hong

i) Bawah 16 Tahun (Perseorangan Lelaki)
- Teoh Leong Lynn
- Tan Wei Jun
- Eng Jia Jiun
- Andrew Liw
- Ong Wee Lix
- Boay Choon How

j) Bawah 16 Tahun ( Beregu Lelaki)
- Tan Wei Jun & Eng Jia Jiun
- Ong Wee Lix & Andrew Liw
- Teoh Leong Lynn & Tan Hong Chern
- Rickson Tan & Low Guan Liang

k) Bawah 16 Tahun ( Perseorangan Wanita)
- Natalie Wong
- Noor Hazwani
- Koh Ching Woon
- Tan Jun Yi
- Lee Vie Naa
- Tan Yao En

q) Bawah 16 Tahun ( Beregu Wanita)
- Natalie Wong & Tan Jun Yi
- Koh Ching Woon & Noor Hazwani
- Tan Yao En & Lee Vie Naa

r) Bawah 18 Tahun ( Perseorangan Lelaki)
- Tan Chee Tean
- Muhd Amirul
- Kee Chong Sheng
- Joachim Lee
- Chan Huan Chun
- Jeevaa A/L Velayutham

s) Bawah 18 Tahun (Beregu Lelaki)
- Tan Chee Tean & Jeevaa A/L Velayutham
- Kee Chong Sheng & Muhd Amirul
- Chan Huan Chun & Joachim Lee

t) Bawah 18 Tahun ( Perseorangan Wanita)
- Nur Aiffa Tajeri
- Lum Sin Pei

u) Bawah 18 Tahun (Beregu Wanita)
- Nur Aiffa Tajeri & Lum Sin Pei

4) Jurulatih telah memaklumkan bahawa seorang atlet wanita Kedah iaitu Noo Hazwani telah ditawarkan untuk pemilihan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Prestasi yang ditunjukkan semasa pemilihan sangat baik dan memenuhi syarat panel pemilih. Namun begitu, pihak SSBJ memaklumkan bahawa kuota untuk tingkatan tiga di sekolah tersebut telah penuh dan tiada tempat untuk Noor Hazwani meneruskan sesi persekolahan di sana.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 10.30 malam.

Sekian Terima Kasih

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Fauzi

Monday, January 2, 2012

PEMANTAUAN @ PLN BADMINTON










Tarikh: 02.01.12
Tempat: Dewan KBA
Masa: 8.30 pg hingga 11.30 pg
Kedatangan: 3 orang Jurulatih, 16 Atlet Lelaki dan 14 Atlet Wanita

Latihan untuk pagi ini adalah latihan kecergasan dan latihan kemahiran. Ia dimulakan dengan larian tanpa henti selama 30 minit. Selepas selesai larian, jurulatih telah memberi latihan litar untuk atlet.

Selepas selesai latihan kecergasan, jurulatih telah memberikan latihan kemahiran kepada atlet. Diantara latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada atlet ialah pengawalan gelanggang, perseorangan lawan beregu, pukulan panjang dan pukulan pendek.