Friday, December 23, 2011

KEM LATIHAN SUKMA PAHANG 2012 FASA 1

Sebagai persediaan awal bagi menghadapi Sukma Pahang 2012, pihak Majlis Sukan Negeri Kedah telah mengambil inisiatif bagi mengadakan Kem Latihan Sukma Pahang Fasa 1 yang telah dijalankan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh. : 21 - 23 Disember 2011.

Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah, Alor Setar.

Sebanyak 8 sukan telah terlibat dalam kem ini iaitu Memanah, Berbasikal, Tinju, Olahraga, Karate, Taekwondo, Lawn Ball dan Petanque. Sebanyak 93 atlet telah terlibat dalam kem ini. Aktiviti yang merangkumi program latihan telah diatur dalam kem ini. Selain daripada itu, aktiviti - aktiviti Latihan Dalam Kumpulan juga turut diselitkan di dalam kem ini. Ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan keyakinan diri atlet sebagai proses untuk menghadapi Sukma Pahang 2012. Ybhg Dato' Hj Hamdan Bin Mohd Khalib , Exco Belia dan Sukan, Kesenian Warisan dan Kebudayaan juga turut hadir pada hari terakhir kem bagi menyempurnakan majlis penutup kem ini.

Diharapkan dengan rangka program sebegini, matlamat dan sasaran Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman di Sukma Pahang 2012 akan tercapai.

Sekian, terima kasih.

Thursday, December 22, 2011

LAPORAN RINGKAS MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN SKUASY BIL 02/11

Salam,

Berikut merupakan laporan ringkas dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Skuasy bil 02/11 yang telah dijalankan seperti ketetapan berikut :


Tempat : Bilik Mesyuarat MSNK

Tarikh : 20 Disember, 2011


Masa : 9.00pagi


Kehadiran : 1) En Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni ( Pengerusi )

2) En Andrew Lim ( Presiden Persatuan Skuasy Kedah D.A )
3) En Cheong Pak Kau - ( S/U Persatuan Skuasy Kedah D.A )
- ( Jurulatih Penuh Masa USPTN Kedah )
4) En Hasniwati Bt Halim - ( Wakil JBSN Kedah )
5)En Ahmad Najeeb Bin Othman - ( Wakil Perbadanan Stadium Negeri Kedah )
6) Cik Norhayati Bt Hj Mohd Saad - ( Wakil Perbadanan Stadium Negeri Kedah )
7) Cik Ku Fadzilah Ku Hamid - Setiausaha/PPN USPTN Kedah

Mesyuarat di mulakan dengan aluan Tuan Pengerusi dan pengesahan minit mesyuarat kali pertama oleh semua yang hadir.

Perbincangan

1. Perlaksanaan Program 2011/2012 (Program Latihan, Pusat Latihan & Jurulatih)

Seterusnya pembentangan Perlaksanaan Program 2011 dan 2012 oleh Cik Ku Fadzilah Ku Hamid, yang merangkumi program latihan, pusat latihan dan jurulatih, dimana bagi tahun 2012 dua orang jurulatih iaitu En Ng Hun Chong telah memohon untuk berhenti menjadi Jurulatih sambilan yang berpusat di Polimas Jitra Kedah, manakala En Teh Keng Chai pula telah mendapat kelulusan pertukaran Sekolah ke Selangor yang mana sebelum ini beliau menjalani latihan di Aimst Sungai Petani. Memandangkan terdapat kekosongan jawatan JSM maka Tuan Pengerusi menyarankan agar pihak persatuan memberi penamaan calon JSM yang baru memandangkan pencapaian atlet sekarang adalah di tahap yang amat memuaskan oleh yang demikian jumlah JSM perlu di kekalkan untuk mengimbangi dengan jumlah atlet yang sedia ada. Cadangan bagi penutupan pusat di Polimas Jitra dan penambahan JSM di PLN Kompleks Hijau Kuning. Faktor pertimbangan adalah memudahkan dari segi monitoring program selaras dengan penambahan atlet yang akan dijalankan pada tahun 2012.
2. Kejohanan, Program Binaan & Peruntukan Kewangan 2011

Kejohanan yang telah mendapat bantuan kewangan


1) Milo All Star (RM3,000.00)


2) National Junior Championship 2011 (RM3,000.00)

Lain-lain bantuan kewangan

1) Gaji JPM - RM 5,135.78 x 12 bln = RM61,629.36


2) Gaji JSM - RM 450.00 x 3 JSM x 10bln = RM13,500.00

Menjadikan jumlah bantuan adalah RM6,000.00 (kejohanan) + RM75,129.36 = RM81,129.36

3. Kalender Kejohanan 2012 (Kebangsaan & Dalaman)

3.1) Kejohanan Kebangsaan - bergantung dgn keputusan Majlis. USPTN Kedah akan menilai dari segi Kuota kejohanan berdasarkan prestasi pada tahun 2011.


3.2) Kejohanan Dalaman - 1 Kedah Circuit, 1 Kedah Division dan 1 Kedah close yang akan di laksanakan pada pertengahan tahun atau hujung tahun bergantung dengan kekosongan Takwim dari SRAM dan JPN.

4. Pembentangan berkaitan senarai Pencapaian Terbaik Atlet 2011 (Kebangsaan & Antarabangsa) dan cadangan nama atlet ke Sukma Pahang 2012 adalah seperti berikut :

1) Sivasangari A/P Subramaniam
2) Nazihah Hanis Abd Razak
3) Mohd Hafiz Zafri Bin Harif
4) Ong Sai Hung
5) Mivesh Kumar
6) Aifa Azman
7) Nurul Izzah Abd Razak

5. Cadangan Isu & Permasalahan

5.1) Sewa Gelanggang - Surat permohonan pengurangan sewa gelanggang telah dikeluarkan oleh pihak Persatuan, pihak Perbadanan Stadium telah bersetuju mengurangkan kepada RM350.00 sebulan bermula dari 1 Jan, 2011.


5.2) Masalah Jurulatih untuk pasukan Elite Kedah - telah di selesaikan dengan geran bantuan dari CIMB yang membayar gaji En Jrar Aslam sebanyak RM3,500.00/sbln yang bermula dari bulan Oktober, 2011. Dan Majlis Sukan Negeri Kedah juga telah bersetuju untuk top-up sebanyak RM1,500.00 kepada persatuan.


5.3) Perpindahan atlet Kedah iaitu Teh Min Jie dan Teh Min En kerana bapanya telah bertukar tempat kerja ke Selangor.Akan dipanjangkan untuk keputusan dari Tuan Pengarah MSNK.

Sekian, terima kasih

Tuesday, December 20, 2011

LAPORAN RINGKAS MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN TENPIN BOLING BIL 02/11






Salam,

Berikut merupakan laporan ringkas daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Tenpin Boling Bil 02/2011 yang telah diadakan seperti ketetapan berikut:-


Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Kedah.

Tarikh : 19 Disember 2011

Masa : 8.30 pagi

Kehadiran : En. Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni (Pengerusi)

YM Hj. Tengku Zahari Bin Dato’ Tengku Mahmud (Presiden PTBK)

En. Mohd Asraf Bin Shiratuddin (Penyelaras MSNK)

Pn. Hasniwati Binti Halim (wakil JBS Kedah)

En. Rosli Abd Halim (wakil JPN Kedah)

En. Helmi Shaharuddin Bin Che Ya (JPM USPTN Kedah)

En. Mohd Farid Bin Mohamad Fauzi (Setiausaha)

Mesyuarat bermula dengan aluan Pengerusi dan pembentangan Perlaksanaan Program 2011 oleh En. Mohd Farid Bin Mohamad Fauzi.


Perbincangan

1. Pusat latihan sokongan di Alor Setar telah ditutup kerana terdapat masalah dalaman diantara pengurusan Ole-ole Superbowl dengan pengurusan Komples Sentosa Penutupan ini telah meyebabkan atlet tidak dapat menjalankan latihan di Alor Setar. JPM USPTN Kedah telah memaklumkan bahawa sebahagian atlet daripada pusat latihan Alor Setar telah bertukar pusat latihan baru iaitu di Pekan Changlun, Jitra. Atlet dari pusat latihan Alor Setar yang masih menjalani latihan di pusat latihan Changlun ialah sebanyak 5 orang.

2. Mesyuarat memutuskan kutipan RM60 daripada atlet-atlet diteruskan bagi menampung sewaan lanes bagi pusat latihan sokongan. Kutipan ini dilaksanakan oleh pihak PTBK.

3. Didalam Mesyuarat ini juga, PPN telah memaklumkan cadangan nama atlet untuk SUKMA Pahang 2012. Sebanyak 8 orang atlet dibawah Program Pelapis telah dicadangkan untuk ke SUKMA 2012 Pahang. Atlet-atlet ini akan dipantau prestasinya sebelum atlet ini mewakili SUKMA 2012.

4. Tuan Pengerusi mencadangkan satu kem psikologi untuk atlet-atlet ini yang dikendalikan oleh Institut Sukan Negara bagi memantapkan mental setiap pemain.

5. Presiden PTBK telah memaklumkan bahawa Nasi Kandar Ali akan menaja pasukan Tenpin boling Sukma Kedah 2012.

6. Tuan Penyelaras MSNK telah memaklumkan bahawa MSNK telah menaja Mohamad Amirul Bin Che Mat ke Kejohanan Antarabangsa Tebuka Pesta Pulau Pinang 2011.

7. Wakil dari JPN memaklumkan terdapat peruntukan daripada JPN Negeri bagi tahun 2012. Peruntukan ini boleh dipohan oleh Pengerusi Teknik Negeri untuk ke Kejohanan. Cadangan bagi pelarasan penyaluran bantuan kewangan ini akan dibincangkan didalam mesyuarat akan datang.

(Tindakan PPN dan JPN)

8. Wakil dari JPN pohon agar kebajikan atlet yang yang sudah melepasi umur persekolahan ( 18 tahun ke atas ) diambil berat oleh pihak MSNK.

(Tindakan Penyelaras MSNK)

9. Wakil dari JPN memaklumkan bahawa Pengerusi Teknik Tenpin Boling Kedah tidak dapat hadir ke mesyuarat memandangkan pihak JPN dalam proses pengstrukturan semula bagi lantikan PT Negeri.

10. Wakil daripada JBS juga memaklumkan terdapat peruntukan daripada Kementerian Belia Dan Sukan untuk program sukan. Peruntukan tersebut haruslah dibuat oleh persatuan sendiri dengan memohon melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dengan mengisi borang e-bantuan di laman JBS Negeri dan JBS Negeri akan panjangkan kepada KBS untuk kelulusan.

(Tindakan PTBK)

11. Penyelaras MSNK memaklumkan bahawa pihak USPTN/MSNK telah berjaya melaksanakan 2 kejohanan dalaman dari 3 yang disasarkan.

12. Evaluation dalaman dirancang untuk dijalankan pada awal Bulan Januari 2011.

(Tindakan PPN/Penyelaras MSN Kedah)

13. JPM USPTNK dan JPM MSNK masih lagi bertindak sebagai roving coach bagi memantau pusat - pusat latihan sokongan di daerah Kulim, Kota Setar,Jitra dan Langkawi bagi perjalanan program bagi tahun 2011 dan 2012. Pemantauan ke atas program ini akan dijalankan oleh PPN dan Penyelaras MSNK.

(Tindakan JPM USPTN/JPM MSNK/PPN/Penyelaras MSNK)

14. PPN telah memohon kepada Penyelaras MSNK berkenaan penglibatan JPM USPTN Kedah ke Sukma dan perkara ini akan dipanjangkan ke bagi kelulusan Pengarah MSNK. Ini adalah memandangkan majoriti atlet yang akan ke Sukma Pahang 2012 adalah terdiri daripada atlet dariProgram Pelapis Negeri.

Mesyuarat di tangguh pada pukul 10.15 pagi.

Sekian Terima Kasih.

SEMOGA CEPAT SEMBUH





Untuk makluman, En Sabri Mansor iaitu JSM Sukan Gimnastik USPTN Kedah ( PLN SK Jitra 3) telah diserang angin ahmar pada 07 Disember 2011 yang lalu. Pada 19 Disember 2011, pihak USPTN Kedah telah mengadakan lawatan ke kediaman beliau bagi tujuan menziarah dan melihat kondisi beliau.

Dari pemerhatian, didapati beliau berada dalam keadaan pemulihan. Proses pemulihan berjalan lancar dan didapati beliau sudah boleh berjalan dan mengangkat tangan seperti biasa. Dari segi fizikal adalah baik. Namun beliau menghadapi masalah dari segi memori ingatan yang tidak kuat. Beliau tidak dapat membaca, menulis dan mengingati dengan baik secara jelas apa yang berlaku sebelum ini ( Recall memory problem ) . Namun begitu difahamkan bahawa gejala ini adalah sementara sahaja. Dilihat dari proses pemulihan dalam keadaan positif.

Nasihat doktor adalah untuk beliau mendapatkan rehat secukupnya. Diharapkan En Sabri Mansor akan cepat sembuh bagi meneruskan tugas - tugas beliau.

Sekian, terima kasih

Tuesday, December 13, 2011

STATISTIK PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KPN X PERLIS 2011 - KESELURUHAN

LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KPN X PERLIS - HARI KEEMPAT









Tarikh : 11 Disember 2011

Berikut merupakan keputusan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Kedah di Karnival Pelapis Negeri X 2011 Perlis bagi hari keempat yang merupakan hari terakhir kejohanan :

Sukan Angkat Berat

Sukan ini telah melabuhkan tirai kejohanan pada 10 Disember 2011. Keseluruhannya berjaya mengutip 7 Emas, 5 Perak dan 4 Gangsa. Satu pencapaian yang membanggakan dari sukan Angkat Berat.Tahniah

Sukan Sepak Takraw
Regu bawah 21

Kedah VS Tangkak

16 - 17,10-15,12-15
Kedah tewas 0 -3 di peringkat separuh akhir. Gagal mara ke peringkat akhir. Keseluruhan hanya 1 Gangsa dari Sukan Sepak Takraw.
Sukan Tinju
Mohd Syaiful Aiman Haassan yang beraksi dalam Kategori 50kg tewas di peringkat akhir kepada peninju dari Kelantan. Walaupun menjalani latihan dalam keadaan yang serba kekurangan, 1 Perak dan 4 Gangsa berjaya disumbangkan oleh Sukan Tinju. Tahniah.

Sukan Memanah

Nur Shafika Shabani 1 Perak ( Olimpik Round ) tewas kepada pemanah dari Pulau Pinang ( 3 – 7 ). Keseluruhannya Sukan Memanah telah berjaya menyumbangkan 3 Emas, 5 Perak dan 2 Gangsa.1 pencapaian membanggakan dari Sukan Memanah. Tahniah.
Secara keseluruhannya, Kedah menyertai 4 daripada 6 sukan yang dipertandingkan. Dari penyertaan 4 sukan ini, sebanyak 10 emas, 11 Perak dan 11 Gangsa telah berjaya diperolehi. Terima kasih diucapkan kepada Negeri Perlis selaku tuan rumah KPN X bagi penganjuran kali ini. Kepada semua pemenang pingat, tahniah diucapkan.Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada masa hadapan. Jumpa lagi di Pahang dan Selangor tahun hadapan.

Sekian, terima kasih.

Sunday, December 11, 2011

LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KPN X PERLIS - HARI KETIGA







Tarikh : 10 Disember 2011

Berikut merupakan keputusan keseluruhan bagi kontinjenen Negeri Kedah di Karnival Pelapis Negeri X 2011 Perlis bagi hari ketiga kejohanan.

Sukan Angkat Berat

Kategori 53Kg

Aishah Bt Mahmud

SN 54kg ( Emas) CNJ 67kg ( Emas )

Kategori 53kg

Farhana Nabila Bt Shamsudin

SN 40kg ( Ranking 4 ) CNJ ( Tiada angkatan )

Kategori 44kg

Nurnisha Izureen Bt Nazri

SN 35kg ( Perak ) CNJ ( Tiada angkatan )

Kategori +105

Mohd Malik Desa
SN 110kg ( Gangsa ) CNJ 140kg ( Perak )

Sukan Sepak Takraw

Peringkat Suku akhir
Regu bawah 21

Kedah VS SSTMI A

15-7,10-15,6-15,16-14,15-5

Kedah menang 3-2
Double bawah 21

Kedah VS Melaka

12-15,13-15,15-8,12-15
Kedah kalah 3-1
Regu bawah 21 Kedah akan bermain untuk peringkat separuh akhir pada 11Disember 2011 jam 9.00 pagi.
Sukan Tinju
Mohd Syaiful Aiman Haassan yang beraksi dalam Kategori 50kg dapat melayakkan diri ke peringkat akhir.
Kategori 46kg

Mohd Ali ( Gangsa )
Kategori 52kg
Mohd Khairul ( Gangsa )

Sukan Memanah

Nur Shafika Shabani kat I 50m ( Emas) 289, 30 m ( Perak ) 324
Mohd Razif Nayan 30m ( Perak ) 661
Sekian, terima kasih

Saturday, December 10, 2011

STATISTIK PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KPN X PERLIS 2011 - HARI KEDUA



LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KPN X PERLIS - HARI KEDUA











Tarikh :09 Disember 2011

Berikut merupakan keputusan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Kedah di Karnival Pelapis Negeri X 2011 Perlis bagi hari kedua kejohanan :

Sukan Angkat Berat

Kategori 77kg

Mohd Yusuf Azmi

SN 110kg ( Emas ) CNJ130kg ( Ke-5 )

Ku Mohd Yuzir Ku Ibrahim

SN 110kg ( Perak ) CNJ 136kg ( Emas )

Kategori 85kg

Mohd Khairul Anuar Bin Dollah

SN Tiada angkatan CNJ 100kg ( Gangsa )

Sukan Sepak Takraw

Regu Bawah 21 Tahun
Kedah VS Perlis

16-14,14-16,16-14,15-12

Kedah menang 3-1
Double Bawah 21 Tahun

Kedah VS Pahang

15-9,15-12,9-15,15-12

Kedah menang 3-1
Regu Bawah 18 Tahun

Kedah VS Kelantan

9-15,15-12,11-15,13-15

Kedah kalah 1-3
Regu Bawah 21 Tahun

Kedah VS SSTMI B

15-13,15-10,13-15,14-16,15-7

Kedah menang 3-2

Pasukan Kedah regu bawah 21 tahun layak ke suku akhir dan akan menentang SSTMI A di peringkat suku akhir.

Double bawah 21 juga turut mara ke suku akhir. Akan menentang Melaka di peringkat suku akhir.
Bagi pasukan Kedah bawah 18 tahun pula kandas di peringkat kumpulan.
Perlawanan peringkat suku akhir akan dijalankan pada 10 Disember 2011.

Sukan Tinju
Kategori 56 kg
Qayyum Bin Osman ( Gangsa )

2 peninju dapat melayakan diri ke separuh akhir iaitu Mohd Ali bagi kategori 46kg dan Aiman bagi kategori 50kg. Dan 2 peninju kta tewas iaitu Fikri bagi kategori 57kg dan Qubbi bagi kategori 48kg.
Sukan Memanah

Shafieka Shabani kat I jarak 60m ( Emas )

Sekian Terima Kasih

Friday, December 9, 2011

LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KPN X PERLIS - HARI PERTAMA

Tarikh: 8 Disember 2011

Untuk makluman , atlet - atlet Pelapis Kedah telah mula bertanding pada hari ini. Semua sukan daripada kontinjen Negeri Kedah telah bertanding pada hari ini. Berikut merupakan keputusan semasa bagi hari pertama kejohanan yang dijalankan.

Sukan Angkat Berat

1) Kategori 56kg Bawah Umur 21 tahun

Mohd Hanif Bin Yunus

SN 95kg (Emas) CNJ 110kg (Emas)

2) Kategori 62Kg Bawah Umur 21

Mohd Anas Bin Malik

SN 95 KG (Perak) CNJ 120 (Emas)

3)Kategori 69kg Bawah Umur 21

A) Mohd Dinie Akmal Md Lazat

SN 110 kg (Perak) CNJ 132 kg (Gangsa)

B)Mohd Solehin Bin Abd Rahim

SN 110kg (Perak) CNJ 132 (Tempat ke-4)


Sukan Sepak Takraw.

Double Bawah 21 Tahun

Kedah menang dengan SSTMI A dengan kiraan mata 3-2 (7-15,11-15,15-10,15-11,15-7)

Regu Bawah 21 Tahun

Kedah kalah dengan Negeri Sembilan dengan kiraan mata 3-1 (15-9,6-15,9-15,6-15)

Regu Bawah 18 Tahun

Kedah kalah dengan Johor Tangkak dengan kiraan mata 3-0 (9-15,9-15,6-15)

Sukan Tinju

Kategori 49kg (17 hingga 20 tahun)

Asamudin Maula bin Tajuddin (Gangsa)

Sukan Memanah

Kat 1 Wanita 70m.

Shafika Shabani – Pingat Perak ( 275.3 )

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada semua atlet yang masih bertanding, teruskan rentak kemenangan.

Sekian Terima Kasih