Tuesday, October 25, 2011

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PELAPIS NEGERI 2011










Tarikh: 20 - 23 Oktober 2011
Tempat: Dewan 227 MBPJ, Petaling Jaya.

Pasukan Kedah telah mendaftar untuk semua kategori. Antara kategori yang disertai oleh pasukan Kedah ialah bawah 21tahun(regu), bawah 18 tahun(regu) dan bawah 21 (double).
Bagi kategori bawah 21 tahun regu, pasukan Kedah telah diundi bersama SSTMI A dan Pahang di dalam kumpulan A manakala bagi kategori bawah 18 tahun regu, pasukan Kedah telah diundi bersama SSTMI B dan Perlis di dalam kumpulan B. Bagi kategori bawah 21 double pula, pasukan Kedah diundi bersama pasukan SSTMI B dan Perak di dalam kumpulan D.
Pasukan Kedah kategori bawah 18 tahun regu dan bawah 21 double telah berjaya ke tahap suku akhir manakala kategori bawah 21 regu kandas di peringkat kumpulan.

Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Sepak Takraw Antara PLN 2011 bagi pasukan Kedah:

KEDAH VS SSTMI B (Double)
(0-3)
15 - 17
10 - 15
14 - 16

Kedah VS SSTMI B (B18)
(1-3)
11 - 15
15 - 10
8 - 15
14 - 16

KEDAH VS SSTMI A (B21)
(0-3)
10 - 15
14 - 16
10 - 15

Kedah VS Perlis (B18)
(3-0)
15 - 10
15 - 11
15 - 7

Kedah VS Perak (Double)
(3-0)
15 - 12
15 - 11
15 - 8

Kedah VS Pahang (B21)
(1-3)
12 - 15
14 - 16
16 - 14
13 - 15

Kedah VS Terangganu (B18) S. akhir
(0-3)
11 - 15
14 - 16
12 - 15

Kedah VS Kelantan (Double) S.Akhir
(1-3)
11 - 15
6 - 15
16 - 14
14 - 16

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

Tuesday, October 18, 2011

LAPORAN PENUH KLINIK DAN KEJOHANAN DALAMAN SUKAN SEPAK TAKRAW USPTN KEDAH 2011
















Salam,

Klinik Sukan Sepak Takraw Dan Kejohanan Dalaman Sukan Sepak Takraw USPTN Kedah 2011 telah diadakan pada 15 Oktober 2011 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Seramai 51 peserta berumur 12 tahun telah mengambil bahagian yang terdiri daripada wakil setiap daerah di negeri Kedah. Setiap daerah telah menghantar peserta sukan sepak takraw yang terbaik di daerah masing-masing.

Program binaan ini bermula dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Azmee Bin Abdun. Selepas upacara perasmian, majlis diteruskan dengan upacara penyerahan tajaan. Syarikat Gajah Emas dan Syarikat Pallas telah menyerahkan tajaan yang berupa tajaan baju, kasut, bola dan jaring kepada Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah bagi pelaksanaan klinik ini.

Program diteruskan dengan Klinik Sepak Takraw yang dikendalikan oleh 5 orang jurulatih iaitu En. Zabidi Syariff, En. S.Manimaran, En. Azman Ismail, En. Abd Malek Shamsudin dan En. Nazirul Ikram Rozali. Dalam sesi klinik ini peserta akan diajar oleh jurulatih berkenaan cara dan teknik yang betul dalam sukan sepak takraw.

Selepas sesi klinik, program diteruskan dengan Kejohanan Dalaman Sukan Sepak Takraw. Peserta kejohanan ini terdiri daripada peserta klinik. Peserta mewakili daerah masing-masing dalam kejohanan ini. Sebanyak 13 regu mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Sebelum perlawanan akhir diadakan, satu perlawanan pertunjukan telah diadakan untuk tontonan peserta klinik dan juga tetamu – tetamu yang hadir. Antara nama besar yang beraksi dalam perlawanan pertunjukan ini ialah En S. Saravanan, En Malek Shamsudin dan juga En Faizal Adnan iaitu anak kepada lagenda sepaktakraw Negara Adnan Saidin. YM Datuk Tengku Zainol bin Tengku Yahaya, Pemangku Presiden Gabungan Sepaktakraw Negeri Kedah juga turut berangkat bagi Majlis Penutup kejohanan ini. Selain daripada itu, beliau juga turut memberikan sumbangan hamper kepada semua peserta yang menyertai kejohanan ini. Di perlawanan akhir, Pasukan Daerah Kota Setar telah menewaskan pasukan jemputan dari Perlis dengan kiraan mata 15 – 7, 8 – 15, 15 – 6.

Untuk makluman, 12 pemain yang terbaik dalam kejohanan ini akan ditawarkan tempat dalam Program Pelapis 2012. Pemain terbaik ini juga akan ditawarkan sesi persekolahan dan penginapan di Asrama SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.

Program ini mendapat sokongan daripada semua pihak. Antaranya Majlis Sukan Negeri Kedah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman dan keluarga peserta. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program berakhir pada jam 6.30 petang.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Fauzi

Thursday, October 13, 2011

PEMANTAUAN @ PLN GIMNASTIK








Sukan : Gimnastik

Kehadiran : 15 atlet 2 jurulatih

Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Jitra 3, Jitra.

Masa : 4.30 hingga 6.00 Petang

Tarikh : 12.10.2011 ( RABU )

Program / Latihan

LATIHAN FIZIKAL ( PHYSICAL TRAINING )

PERSEDIAN TEKNIKAL ( TECHNICAL PREPARATION )

KEKUATAN BADAN ( BODY STRENGTH )

Aktiviti.

1. Latihan gimnastik berjalan seperti biasa. Kehadiran atlet semakin bertambah kerana ramai atlet baru turut menjalani latihan. Didapati ramai juga atlet yang terlibat dengan program sukan sekolah.

2. Jurulatih memaklumkan sesi latihan akan ditambah bagi membuat persediaan untuk menyertai Pertandingan Gimnastik Artistik Kebangsaan S.P.T.S 2011 yang akan berlangsung di Dewan SUKPA, Kompleks Sukan Pahang, Bandar Indra Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada tarikh 30 Oktober hingga 04 November 2011.

3. Jurulatih juga memaklumkan seramai 6 orang atlet daripada pusat USPTN Kedah akan mengikuti pertandingan tersebut. 6 atlet tersebut terdiri 3 atlet lelaki dan 3 atlet perempuan.

4. Memaklumkan kepada Jurulatih untuk membuat control test kepada atlet-arlet sebelum ke Pertandingan Gimnastik Artistik Kebangsaan S.P.T.S 2011.

Sepanjang pemantauan dibuat atlet-atlet menunjukkan minat yang tinggi dan memberi komitmen sepenuhnya semasa menjalani latihan.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Zamsairon Mat Dan @ Saadan

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN DAN KEJURULATIHAN KBA 2011






Tarikh : 12.11.2011

Masa: 8.30 malam

Tempat: Bilik Mesyurat KBA

Pengerusi: Presiden KBA

Kehadiran: 11 Orang

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan pengerusi

2. Laporan Jurulatih

3. Laporan instruktur

4. Laporan SDO

5. ASBC & KSBA 2011 age - Group Open.

6. SUKMA 2012, Kuantan Pahang.

7. Hal lain-lain.

Untuk makluman , mesyuarat ini adalah untuk memutuskan beberapa keputusan bersama terutamanya berkaitan dengan Program Persatuan dan juga Program Pelapis.


Diantara masalah dan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat ini ialah:

1) Masalah- Kehadiran atlet kurang memuaskan.

Keputusan- Atlet diberi masa dua minggu untuk menghadiri latihan penuh. Sekiranya atlet tidak mencapai kehadiran tahap 70%, atlet tersebut tidak dibenarkan bertanding di mana-mana kejohanan.

2) Masalah - Kebenaran ke kejohanan ASBC & KSBA 2011 age - Group yang dijadualkan akan berlangsung dari 5 - 7 November 2011. Keputusan- KBA telah bersetuju untuk menghantar atlet yang menghadiri latihah lebih 70% sahaja untuk didaftarkan dalam kejohanan ini.

3) Perancangan bagi menjalankan kejohanan dalaman - Akan dijalankan pada 14 - 16 November 2011. Kategori umur ialah bawah 11 tahun, 13 tahun,15 tahun dan 17 tahun.

4 ) Talent scouting akan dijalankan pada masa kejohanan bawah umur tersebut.

Isu yang dikemukakan kepada SDO ialah :

1. Status Geran Bantuan gaji En. Samidiono - Dalam proses pembayaran

2. Bantuan bulu tangkis

Keputusan dan juga cadangan bagi pelaksanaan program pada tahun 2012 akan dikemukakan dan dibincangkan lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Badminton yang akan dijalankan nanti.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Fauzi

Tuesday, October 11, 2011

PEMANTAUAN @ PLN ANGKAT BERAT










Salam,

Dimaklumkan satu sesi pemantauan telah dijalankan bagi PLN Angkat Berat pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 09 Oktober 2011(Ahad)

Masa : 5.30 Petang

Tempat : SMK Alor Janggus

Kehadiran : 1 Jurulatih 5 atlet

Latihan

1. Standing Clean Combination 8 set

2. Clean Pull 6 set

3. Free excercise

Maklumbalas/ perbincangan

1. 5 Atlet terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita daripada PLN ini bersama 2 lagi atlet dari PLN SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman 1 lelaki dan 1 wanita akan menyertai kejohanan Angkat Berat bawah 16 tahun terbuka kelantan pada 20 hingga 22 Oktober 2011 di SMK Tiang Chandi.

2. Tempat latihan tidak mempunyai platform yang lengkap. Lantai tempat latihan mengalami kerosakan(lantai pecah).

3. Pihak sekolah telah menyumbangkan 10 meja makmal yang sudah tidak digunakan lagi untuk di jadikan platform latihan akan tetapi platform tidak boleh lagi digunakan dan diletakkan disana ini adalah kerana lantai tempat latihan perlu diperbaiki terlebih dahulu.

4. Jurulatih juga memaklumkan dan dari pemerhatian yang dibuat bahawa sekiranya hujan latihan tidak dapat dijalankan kerana air akan bertakung dan merbahaya untuk menjalani latihan.

5. Latihan berjalan lancar dan atlet-atlet bersemangat menjalani latihan bagi menyertai kejohanan yang terdekat ini.

Sekian untuk makluman.
Laporan disediakan oleh Akmal Hashim.

Monday, October 10, 2011

SELAMAT BERTUGAS



Selamat bertugas diucapkan kepada En Jrar Aslam , Jurulatih Penuh Masa bagi Sukan Skuasy yang baru di lantik oleh Persatuan Skuasy Kedah Darul Aman. Gaji bagi Jurulatih tersebut dibiayai oleh "CIMB Foundation Grant for Foreign Elite Coach" sebanyak RM42,000.00 bagi tempoh 1 tahun. Beliau mula melaporkan diri secara rasmi pada 01 Oktober 2011 yang lalu. Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada beliau.

PEMANTAUAN @ PLN OLAHRAGA










Dimaklumkan satu sesi pemantauan telah dijalankan bagi PLN Olahraga pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 09 Oktober 2011(Ahad)

Masa: 4.30 Petang

Tempat : SMK Alor Janggus

Kehadiran : 1 Jurulatih 10 atlet

Latihan.

1. Strength
2. Drill
3. Speed Endurance

Maklumbalas / perbincangan

1. Untuk makluman, atlet lontaran iaitu Mohd Azwan Fahmi Bin Zuhairi(Cakera/peluru) telah ditawarkan ke ASZU pada 15 Oktober 2011. Terdapat juga atlet yang telah menjalani latihan bersama (attachment program) ASZS di Johor iaitu Mohd Helmi bin Ahmad (100M / 200M) dibawah jurulatih ASZS iaitu Azmi Ibrahim. Tujuan atlet ini dihantar ke ASZS (attachment program) adalah untuk memantapkan lagi prestasi beliau dimana di Negeri Kedah tiada pesaing untuk mengukur tahap prestasi beliau dari masa ke semasa.

2. Untuk makluman,Majlis Sukan Negeri Kedah telah memberi peruntukan kepada seorang lagi atlet iaitu Mohd Akmal Bin Md Zain (Lembing) untuk menjalani latihan di Johor bersama satu kelab olahraga iaitu Nordin Jadi athletic Club dimana atlet ini akan menjalani latihan disana serta memperbaiki sedikit sebanyak latihan seperti run up, speed dan teknik.

3. Atlet-atlet dari PLN SMK Alor Janggus menunjukkan satu perkembangan yang baik dimana latihan seperti Drill dan teknik dapat dipelajari dengan baik. Beberapa atlet PLN SMK Alor Janggus juga kerap menjalani latihan bersama atlet Sukma dimana mereka menunjukkan kesungguhan dengan datang berlatih di MSN Kedah dan Stadium Darulaman walaupun jadual latihan di PLN SMK Alor Janggus 4 kali seminggu.

4. Jurulatih memaklumkan bahawa kehadiran atlet agak memuaskan dan terdapat atlet yang perlu digugurkan pada penghujung tahun ini kerana terdapat atlet yang kurang menjalani latihan tanpa sebab dan akan digantikan dengan atlet-atlet yang lain.

5. Dari pemerhatian latihan dijalankan dengan baik dan lancar serta atlet dapat menerima program latihan yang dijalankan oleh jurulatih.

sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim

Sunday, October 9, 2011

Ujian Angkatan dan Pemantauan PLN Sukan Angkat Berat










Ujian angkatan bagi atlet Sukan Angkat Berat telah dijalankan di PLN Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman telah dijalankan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 05 Oktober 2011 (Rabu)

Tempat : Dewan Angkat Berat SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

Masa : 5.00 - 7.00 Petang

Kehadiran : 2 Jurulatih dan 14 atlet

Ujian ini turut disertai oleh atlet-atlet dari PLN SMK Alor Janggus iaitu seramai 5 orang atlet, dimana ujian ini dipantau oleh 2 orang jurulatih iaitu En. Mohd Norshah Rizal Bin Ruslan dan En. Mohd Nor Bin Osman.

Keseluruhan daripada angkatan acara snacth bagi atlet lelaki 33 angkatan, 10 angkatan gagal dicatatkan (30.30%). Bagi acara clean & jerk pula 10 angkatan juga gagal dicatatkan daripada 33 angkatan (30.30%) dengan 2 atlet dapat mencatatkan angkatan peribadi terbaik.

Bagi atlet wanita, acara snacth 2 angkatan gagal dicatatkan daripada 9 angkatan (22.22%) dan acara clean & jerk pula 2 angkatan juga gagal dicatatkan daripada keseluruhan 9 angkatan (22.22%). Angkatan peribadi terbaik bagi kedua-dua acara untuk atlet wanita gagal dicatatkan.

Setelah selesai ujian ini, jurulatih telah memberi sedikit maklumbalas mengenai ujian ini kepada atlet-atlet dimana jurulatih menegur dan membetulkan kesilapan -kesilapan yang dilakukan oleh atlet semasa ujian tersebut. Ujian ini juga adalah sebahagian daripada persediaan untuk atlet-atlet yang akan bertanding di Kejohanan Angkat Berat Bawah 16 Tahun di Kelantan pada 20 hingga 22 Oktober 2011 nanti.

Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim.